Resepi Nasi Goreng Kacang Buncis Pedas - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Nasi Goreng Kacang Buncis Pedas

Trending

Resepi Nasi Goreng Kacang Buncis Pedas

Hi semua! Kebetulan ada lebihan nasi semalam, selepas pulang dari kerja memang rutinlah memasak makan di tengah malam. Bila dah lapar perut hendak diisi, kalau tidak tak boleh nak tidur lena. Anda diluar sana jangan ikut tabiat buruk Kak Bell ni ya.


Bahan-bahan untuk memasak pun cukup, jadi Kak Bell buat Nasi Goreng Kacang Buncis Pedas. Asalnya nak gorengkan dahulu ikan bilis dan dimasukkan kemudian. Akhirnya Kak Bell kisar sekali dengan bahan lain untuk dijadikan perencah. Hati dan limpa ayam yang masih ada baki, dimasukkan sekali sebagai bahan rencah.

Untuk resepi nasi goreng mudah yang sedap, tidak kiralah nasi goreng bodoh atau nasi goreng biasa, nasi yang digunakan seelok-eloknya nasi yang telah sejuk dan tidak lembik. Barulah nasi goreng akan menjadi lebih sedap. Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan A
Nasi sejuk secukupnya
1 paket kacang buncis
1 batang lada merah
Sedikit hati dan limpa ayam
Garam & perasa
Minyak masak

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
10 biji cili api
2 ulas bawang kecil
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga hampir garing.
2) Masukkan hati dan limpa ayam, kacau hingga masak dan bahan rencah garing.
3) Masukkan garam, perasa kemudian masukkan kacang buncis dan lada. Kacau seketika.
4) Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sebati dengan rencahnya.


Bagi yang ingin melihat video cara memasak, boleh tonton di bawah. Jangan lupa like, komen dan subscribe ya.


TIPS!
  • Boleh juga gantikan dengan cili kering atau lada benggala
  • Boleh tambah lada sulah dan pecahkan telur
  • Jika tiada ikan bilis, gunakan kiub ikan bilis Maggi
  • Boleh gaul dahulu nasi sejuk dengan sedikit garam
  • Jika tak nak kisar ikan bilis, boleh goreng sahaja dan masukkkan kemudian.

Nasi Goreng Kacang Buncis Kak Bell ini terlebih pedasnya sebab gunakan cili padai kampung. Pedas-pedas manja barulah lebih berselera ketika makan. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post