Resepi Ungkep Ayam Paling Sedap! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ungkep Ayam Paling Sedap!

Trending

Resepi Ungkep Ayam Paling Sedap!

Ayam Ungkep menu ringkas yang sememangnya menjadi masakan kegemaran Kak Bell. Seperti yang Kak Bell kongsikan dalam Resepi Ungkep Ayam sebelum ini, cara membuatnya lebih kurang seperti memasak rendang tetapi ungkep ayam ini menggunakan jintan manis (Fennel Seeds), jintan putih (Cumin Seeds) dan ketumbar (Coriander Seeds).

Ayam ungkep Indonesia atau ayam ungkep jawa ini tidak menggunakan santan dan anda semua boleh juga menggunakan daging jika suka. Untuk kali ini Kak Bell memasak ayam ungkep untuk jamuan hari raya di tempat kerja. Ini pertama kali Kak Bell masak dalam kuantiti yang banyak. Bahan-bahan yang digunakan sama sahaja, tetapi bolehlah diolah mengikut kesuaian.


Cuma untuk masakan ini, Kak Bell lebih suka bahan-bahannya dikisar lebih halus supaya mudah ketika makan tanpa rasa kasar bahan-bahan rempah yang digunakan. Ayam juga boleh diperapkan dahulu ayam dengan garam dan kunyit dan jika tidak diperap pun tidak menjadi masalah.


Bahan A
2 ekor ayam
1 batang serai (dititik)
2 keping asam keping
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
15 ulas bawang putih
10-15 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
20 biji cili api (ikut suka)
2 inci halia
4 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis


Cara memasak:

1) Kisar semua bahan B dan bersihkan 2 ekor ayam yang telah dipotong kecil. Kuantiti bahan-bahan boleh diolah ikut kesesuaian. Kak Bell buat lebih untuk semua bahan.




2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan B hingga pecah minyak dan naik bau. Gunakan api perlahan.



3) Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, serai dititik dan gaul rata. Tutupkan periuk/kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit masak.



4) Bila ayam empuk, masukkan air separas ayam dan biarkan mendidih.



5) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa, aduk rata dan biarkan kuah kering.


Bila memasak dalam kuantiti yang banyak, Kak Bell sarankan menggunakan kuali yang lebih besar supaya proses mengacau lebih senang. Tempoh memasak juga akan lenih lama kerana perlu menunggu air dan bahan-bahan kering dan sebati dengan ayam. Anda semua bolehlah tonton video di bawah cara memasak ungkep ayam ini.



Alhamdulillah rasa ungkep ayam Kak Bell disukai oleh kawan sekerja. Selepas ini jika ada kelapangan Kak Bell akan cuba resepi daging ungkep pula. Selamat mencuba.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post