Harini Kak Bell nak kongsikan resepi masakan ayam yang sangat mudah dan enak. Hidangan ringkas yang sedap ini adalah Ayam Ungkep yang merupakan masakan masyarakat Jawa. Masakannya seakan-akan rendang tetapi penggunaan beberapa bahan herba menjadikannya berbeza rasa.

'Ungkep' tu dari pembacaan Kak Bell, merujuk kepada semua bahan yang digunakan digaul sebati dan rata dan periuk ditutup sepanjang proses memasaknya supaya ayam meyerap semua bahan. Kalau salah pemahaman Kak Bell pasal makna 'ungkep' tu bolehlah betulkan ya.
Ayam Ungkep ni tak perlu gunakan santan dan bahan istimewanya menggunakan jintan manis (Fennel Seeds), jintan putih (Cumin Seeds) dan ketumbar (Coriander Seeds). Kak Bell yakin mesti ada di antara kita ni yang tak tahu nak bezakan jintan kan? Senang sahaja nak kenal. Jintan putih tu warnanya lebih gelap, manakala jintan manis berwarna lebih cerah atau putih. So, korang ingat dengan cara terbalik, jintan putih warnanya hitam/gelap.

Sumber Google
Untuk dapatkan masakan yang lebih sedap, tak perlu kisar hancur jintan dan ketumbar. Cukup sekadar tumbuk kasar. Tetapi Kak Bell sarankan tumbuk hancur dalam 80-90% sebab nanti rimas masa nak makan sebab rempah kasar tu bersepah-sepah. Sebenarnya bahan rempah jintan tu tak perlu terlalu banyak, cukup untuk bagi rasa sahaja, then barulah sesuai ditumbuk kasar.
Bahan A
10 ketul bahagian ayam
1 batang serai (dititik)
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili api (ikut suka)
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan B hingga pecah minyak dan naik bau. Gunakan api perlahan.

Bahan tumisnya agak kasar kerana blender rosak dan terlebih jintan. Kak Bell over sediakan bahan untuk seekor ayam. Biasalah masak malam-malam buta, otak pun tak betul sangat.

4) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa, aduk rata dan biarkan kuah kering.

- Boleh lebihkan cili padi hijau jika nak pedas
- Masukkan air sama paras dengan ayam, jangan terlalu banyak
- Jika gunakan ayam kampung perlu lebihkan air
- Masak dengan api perlahan dan periuk ditutup. Sekali sekala kacau supaya tidak hangit.

Masakan Ayam Ungkep ni kalau dimakan tanpa lauk pauk lain pun sudah memadai. Rasanya pun akan lebih sedap selepas dimasukkan dalam peti ais kemudian dipanaskan. Memang terasa bahan-bahannya. Yang mana dah cuba, sedap tak masakan ayam ungkep Jawa ni?
Menu pebret wak ni.
ReplyDeleteYe ke. Mesti anak Jawa ni kan? Betul ke cara sy masak?
DeleteBiasanya dalam sebulan mesti ada gak Sis masak ungkep ni, tapi ni belum ada lagi nak masak, tengok Bella post ni terus rasa nak cari ayam tua...tapi tu le time PKp ni susah le nak dapatnya...nanti Sis cuba plak resepi Bella ni haaa
ReplyDeleteni baru kali ke-2 buat. hehe.
Deletebiasa dgr tp tk pernah try lg...skali tgk mcm rendang..oh tkde santan..byk juga guna jintan ye
ReplyDeleteye. tak perlu santan.
DeleteNi lagi satu resepi yang tak pernah buat Bell. Thank you bagi suggestion. Jintan tu suka kalau tumbuk lumat2 sebab tak nak tergigit masa makan nanti.
ReplyDeleteWC Kak Ezna.
Deletenampak mudah je. nanti nak cuba lah. thanks share resepi kak bella
ReplyDeletesemua resepi mudah je. Susah2 malas nak buat.
Deletenampak kakbell dah siap masak pun dah nampak elok sedap. apa lagi kalau merasa. haha. kita tak pernah dengar nama ungkep. nama je jawa. haha.
ReplyDeleteLa ye ke. Cuba tanya parent mesti tau punya. Hehe.
DeleteRajinnya bella masak, keja pun ada masa masak, mkn dgn sapa tu? Sedap msk camni nti nak cubalah
ReplyDeleteNi masakan orang Jawa ke? Sedap ke? Blm pernah makan rasanya hihi...
ReplyDeleteungkep is masakan jawa lah kan.
ReplyDeleteaida pernah buat. just herba tu aida kurangkan, sis.
karang anak2 menjerit kang bila nak makan.
ungkep gaya aida berkuah skit. sedap ekk makan dgn nasi panas.
lenkali boleh try ungkep kaya sis plak gini. nampak lazat sungguh.
Wahhh senang nak masak ni. TQ share resepi nanti Qis nak cuba sebab lama lagi duduk rumah kan.. nanti share lagi resepi best-best
ReplyDeleteOkey nak try buatlah ayam masak ungkep ni. Cuma ada beberapa bahan saja tak ada. Ketumbar, serai dan daun limau purut. Yang lain semua ada. Tak sabar nak cuba. Thank you share resipi ni.
ReplyDeleteTak pernh buat lagi. .Selalu mak yang buat.. Hehehe. Memang sedp ayamm asak ungkep ni. .Makan bertambah. .yummy. .ok dh ade idea nak masak ape.. Hehe
ReplyDeleteMenarik gak resipi nie. Rasa cam Rawlins boleh try time PKP nie kan. Tapi kena keluar beli bahan-bahan dulu la sebab Rawlins jarang masak hehehe
ReplyDelete