Pasta Spiral Goreng Pedas Dengan Sosej

Hi semua! Pasta fusilli atau spiral ni Kak Bell terlebih rebus setengah paket masa buat Pasta Spiral Cheese tempohari. Jadi baki pasta tu Kak Bell gunakan untuk masak pasta spiral pedas atau bercili.


Pada mulanya Kak Bell rasa agak pelik bila pasta ni digoreng pedas. Maklumlah biasanya pasta lebih sesuai dimasak lemak berkeju atau menggunakan sos pasta yang lain. Pasta ni dibahagikan kepada dua kategori iaitu pasta kering (pasta secca) dan pasta basah/fresh (pasta fresca). Pasta kering tu dari jenis pasta mat saleh ni lah yang mudah kita dapati dalam bungkusan-bungkusan di pasar raya. Mi atau noodles yang biasa kita gunakan tu pula tidak termasuk dalam kategori pasta kerana bahan dan cara pembuatannya nya tidak sama.


Bagi resepi asal pasta cili bersosej ini menggunakan chilli flakes atau serbuk cili dan gunakan Italian Sausage. Disebabkan tiada bahan, jadi Kak Bell olah la pakai cili kisar dan mana pulak la nak cari sosej Itali kan. Pakai sahajalah sosej yang ada dan disesuaikan dengan tekak melayu kita ni. Untuk lada tu, sebenarnya lebih sedap jika gunakan capsicum. Bila dipotong memanjang dengan warna-warni capsicum mesti cantik kejadian pasta goreng pedas ni kan.


Bahan A
1 mangkuk pasta spiral
2-3 batang sosej (potong dadu)
3 sudu besar cili kisar
garam dan gula
Serbuk perasa
Minyak zaitun/biasa

Bahan B (hiris/potong panjang*)
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada hijau*
1 biji lada merah*


Cara memasak:
1) Rebus pasta hingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak semasa merebus, kemudian ketepikan.
2) Panaskan minyak masak atau minyak zaitun dalam kuali, gorengkan sosej hingga separuh masak atau perang.


3) Ketepikan sosej dalam kuali dan tumis bawang besar/merah dan bawang putih dengan api kecil hingga naik bau. Kak Bell gunakan manual chopper untuk bawang.
4) Masukkan cili kisar/serbuk cili dan tumis hingga pecah minyak atau garing.
5) Masukkan tomato, lada merah dan lada hijau dan kacau seketika.


6) Tambahkan pasta spiral dan aduk rata.
7) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.


TIPS!
  • Boleh gantikan lada dengan capsicum merah, hijau dan kuning
  • Boleh gunakan chilli flakes atau serbuk cili menggantikan cili kisar
  • Gunakan sedikit cili padi merah jika nak lebih pedas
  • Jika guna tomato ceri tak hanya belah 2
  • Jika gunakan ayam atau daging kisar, tumis dahulu sebelum masukkan bawang. 
  • Boleh taburkan herba oregano kering dan daun pasli segar
  • Untuk perasa boleh guna Secukup Rasa atau kiub ayam
  • Tambahkan 1 sudu sos tiram jika suka



Bagi Kak Bell, pasta goreng pedas ni ok jelah rasanya. Rasa tak berkenan sangat bila makan pasta yang pedas. Mungkin akan datang Kak Bell nak cuba gunakan serbuk cili atau chilli flakes untuk rasa perbezaannya. So far so good untuk korang cuba resepi pasta goreng pedas ni.

CONVERSATION

12 comments:

  1. Adoiii kecur plak masuk pepagi sini oii...pasta ko mengancamnyaa..nampak simple tapi kenyang tu kan kalau makan...

    ReplyDelete
  2. nice. mudah. sedap sudah pasti!
    asyik makan nasi, kekadang sesuai jugak buat pasta gini kan.
    tukar selera.
    lelebih time PKP ni hah, sis kan. ubah hala tuju tekak ke arah barat plak hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Anak mommy suka makan pasta, tapi yang pedas ni untuk mommy la. Anak tak reti lagi makan pedas-pedas ni

    ReplyDelete
  4. terus terliur tengok gambar haha selalu goreng spiral ni takdak cili, just letak blackpaper je, thanks share kak bella

    ReplyDelete
  5. nampak macam pedas, saya memang suka pedas, bolehkah cari bahan lepas ni

    ReplyDelete
  6. Fuhhh sedap ni, jarang makan pasta pedas, kita yg melayu jelah kot makan pasta pedas..tapi perut kita kan..boleh le olah mcm mana kita nak buat kan kan..:)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba buat pasta lagi, biasa buat spaghetti je. Bahannya pun sikit, bolehlah cuba buat nanti, nampak sedap!

    ReplyDelete
  8. I like it when pasta added with a little bit of spiciness! Definitely yum! I will add a little bit of curry powder for extra flavoring!

    ReplyDelete
  9. Thank you share resepi ni. Boleh cuba pasta goreng pedas ni plak. Macam menarik je

    ReplyDelete
  10. wah nampak sedaplah pasta spriral goreng pedas yang Bella buat ni, nanti nak try juga sy suka yang pedas, Tips yang dikongsikan sangat membantu..tq

    ReplyDelete
  11. Kak blm lg cuba masak pasta, nti nak try buatlah ikut resepi bella, nak rasa sedap ke tidak pasta pedas ni.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi makan pasta masak macam ni. lagipon kita bukan peminat makanan pasta2 ni. tp tgok ni nmpak sedap pulak.

    ReplyDelete

Back
to top