Zaman dulu-dulu dalam era 90-an, kalau tiada stok bahan basah di rumah, memang makanan tin jadi pilihan especially sardin atau sotong tin. Waktu tu kira sardin tin ni dah murah untuk buat hidangan sekeluarga. Tapi la ni, bukan main harga sardin tin ni. Dah bukan jadi makanan orang yang tak mampu dah. Mahal bukan main bak kata orang macam harga Yahudi! Walaupun mahal dan ibarat harga orang have-have, kita beli juga kan bila dah teringin.
Resepi yang Kak Bell nak kongsikan ni menggunakan ikan sardin tin. Memang banyak je resepi yang boleh dibuat dengan sardin. Sepanjang Kak Bell makan ikan sardin tin, ini pertama kali Kak Bell cuba cara menggoreng dahulu sebelum di masak. Katanya bila di goreng dahulu, masakan ikan sardin akan menjadi lebih sedap. Sebab tu lah Kak Bell cuba nak tahu dan rasa apa bezanya.
Ok, sebelum kita teruskan dengan resepi, tahu tak yang ikan sardin tin ni ada 2 jenis? Ya, sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel. Kalau tengok pada tin, memang sama saja tapi memang dah ada siap-siap label. Kita aje yang mungkin tak perasan ada 2 jenis ikan sardin dan ada bezanya untuk sardin tin yang kita beli tu.
Kalau ikan sardin tin, bilangan ikannya banyak dan bersaiz kecil berbanding ikan makeral yang lebih besar dan biasanya ada 2 ketul sahaja. Dari segi rasa tak jauh mana pun sebab sos tomato dia sama sahaja. Terpulanglah nak pakai yang mana, samaada ikan sardin atau makerel (mabong/kembung). Yang penting beli jenama yang di yakini tiada masalah ya. Malas nak cerita nanti geli pula korang nak makan sardin tin. Jom cuba resepi Sardin Goreng Masak Kicap.
Kak Bell pakai sardin tin Adabi. Brand cap ayam habis sebab Covid!
Bahan A
1 tin sardin kecil
4 batang cili kering (kerat 2)
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 asam keping
1 biji tomato
Sedikit labu air
Kicap manis
Garam dan gula
Minyak
Bahan B (dihiris)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit halia
Cara memasak:
1) Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Goreng ikan dengan api sederhana sehingga garing, angkat dan ketepikan.
4) Masukkan kuah sardin, kicap manis, asam keping dan sedikit air. Biarkan sampai labu air masak/lembut.
6) Bila sayur dah lembut, masukkan sardin goreng, baki hirisan bawang, tomato dan kacau rata.
- Boleh guna samaada ikan sardin tin atau makeral
- Berhati-hati semasa menggoreng sardin kerana ikan akan meletup-letup.
- Boleh guna cili padi atau lada merah gantikan cili kering
- Kerat 2 cili kering dan rendam air untuk buang biji
- Kak Bell tambahkan labu air menggantikan kentang
Memang ada beza dari segi rasa bila ikan sardin ni digoreng garing terlebih dahulu. Sesuailah dengan kegigihan masa menggoreng. Minyak dia memang meletup-letup ya sampai nak amik gambar pun kena tutup api dapur. Haha. Ikan sardin pun tak mudah hancur ketika di masak. So, bolehlah cuba. Oklah bye.