Resepi Pasta Spiral Goreng Cheese

Trending

Resepi Pasta Spiral Goreng Cheese

Pasta adalah salah satu makanan yang mempunyai penggemar diseluruh dunia. Jika bercakap tentang pasta pasti negara Itali dikatakan negara asal makanan pasta. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya pasta originally berasal dari China!


Pasta ni menjadi popular di Itali setelah Marco Polo membawanya dari China pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368). Orang Cina telah pun memakan mi seawal 3000 BC/SM (sebelum masehi) dan pada kurun ke-18 pasta telah dihasilkan secara meluas di seluruh Itali dan menjadi makanan lazim di kalangan semua golongan masyarakat di sana. Conclusion, pasta originally comes from Italy is a myth!

Terdapat lebih kurang 350 jenis pasta di seluruh dunia dan rasanya mungkin lebih. Pasta ni pelbagai nama dan bentuk. Diantara yang popular seperti spageti, angel hair, fetucini, vermicelli, lasagna, makaroni, penne, fusilli (spiral), farfalle (bentuk rama-rama atau bowtie) dan juga ravioli yang merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang ada inti.

Sumber Google

Dalam banyak-banyak pasta ni cuma beberapa jenis sahaja ang pernah Kak Bell cuba. Beberapa hari lepas Kak Bell teringin sangat nak makan pasta dan keju. Jadi terhasillah menu Pasta Spiral Goreng Berkeju. Kak Bell gunakan pasta fusilli yang membawa maksud ‘corkscrew’ dalam bahasa Itali dan lebih dikenali sebagai 'spiral' disebabkan bentuknya. Begitulah sedikit mukaddimah pasal pasta, jom layan resepi pula.


Bahan A
1/2 paket pasta fusilli/spiral
3 ekor udang segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 keping keju cheesedale
2 sudu besar minyak zaitun
Brokoli
Garam

Bahan B (potong dadu)
1/2 labu bawang Holland/bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cili merah*
2 batang sosej
1/4 batang lobak merah
Kak Bell guna manual chopper untuk bahan bertanda *


Cara membuatnya:
1) Rebus pasta spiral dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak masak dan sedikit garam. Rebus hingga lembut dan toskan.
2) Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan bertanda * hingga wangi.


3) Masukkan udang dan masak seketika.
4) Masukkan pula sosej, karot dan brokoli. Kacau rata.


5) Kemudian masukkan pasta dan aduk rata bahan-bahan supaya mesra.
6) Perasakan dengan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam.


7) Akhir sekali masukkan keju yang di hiris dan kacau hingga keju cair.

TIPS!
  • Boleh padankan dengan sayuran lain seperti cendawan, kobis unggu atau kacang pea.
  • Boleh gunakan minyak masak biasa atau minyak sayuran lain
  • Gunakan daging cincang supaya lebih sedap (step 2).
  • Untuk bawang dan cili merah, gunakan manual chopper lebih cepat dan mudah
  • Tambahkan sedikit gula sebagai perasa. Tak percaya cuba letak.


Mudah sahaja nak membuatnya. Kak Bell gunakan 2 keping keju supaya lebih sikit rasa kejunya. Tak adanya nak pakai grated cheese. Kita ni org kampung, jadi pakai keju cheesedale je. Haha. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

19 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. kakbell, thank u for resepi mudah once again. kakbell masak simple je kan. tapi saya ni kalau nak masak, kena google duluan. haha. ok, tak tahu asal pasta dari china. tau dari itali ja. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 gugel juga. Adjust sikit bahan dan ikit kesesuaian.

      Delete
  2. Rajinnya Bella ya... bagis ajare resepi cuma bab paata ni aia tak berapa minat aebab tekak melayu haha... nut good to know sbb anak2 suka.

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya. Saya pun antara penggemar pasta. Terima kasih share resepi. Nanti nak suruh mak buatkan hehe

    ReplyDelete
  4. selalun je goreng spiral ni tak terpikir pulak nak letak cheese. menarik untuk dicuba

    ReplyDelete
  5. Thank you share resepi ni. Macam-macam resepi boleh buat dengan pasta ni kan

    ReplyDelete
  6. Seriously pasta was originated from China?... oolalaaaa... tergezut den... walau bagaimanapun, resipi Kak Bell tu memang yummylicious laaaa... nanti balik KL nak cuba la masak untuk my kids4... thanks for the recipe ya Kak Bell...

    ReplyDelete
  7. Lama pulak tak buat pasta spiral goreng ni, bahan still ada tapi tak buat2 lagi. Tgok bella buat baru teringat ada pasta..hahaha. Ok nanti kita buat lah

    ReplyDelete
  8. sedap nampaknya ni dari bahan2 yg bella guna.
    minat makan gini.
    tapi, tu la... anak2 aida hanya makan spageti & macaroni je.
    lain2 diorang tak brape makan.
    tu yg aida x pernah beli other than spageti & macaroni.
    resepi ni mungkin aida nak buat dgn macaroni.

    ReplyDelete
  9. Selalunya saya beli spageti dengan makaroni. Yang lain tak pernah beli. Yang spiral tu pernah lah makan. Nanti nak cuba lah resipi ni nampak sedap untuk dicuba

    ReplyDelete
  10. Sesekali makan Pasta memang syok gak kan, Sis musim PKP ni belum ada masak pasta lagi, bahan dan barang semua ada je tu..nantilah nak buat gak macam Bella ni ha...
    Bella, selalu Bella masak, makan untuk seorang ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi masak agak lebih sampai ke malam atau 2,3 kali makan. Hehe

      Delete
  11. Menarik..
    Nanti boleh la try.
    Warna nya pun nampak meriah.
    Mesti anak anak pun suka ni kan..

    ReplyDelete
  12. wah kak bell mengancam sungguh gambar pasta spiral goreng cheese tu.. nanti boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  13. wahhh nampak sedap ni sis bella.. nanti nak cuba la .. anak suka bab pasta ada cheese2 nih.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Masa g Italy 2 tahun lepas, masuk kedai pasta. Ya rabbi, murah betul. Kalau tak mikir ke berat beg, mmg borong. My kids suka menu pasta

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Wow sedap ni bella.. TB pun suka.. Boleh la try resepi ni nanti.. Harraz pun peminat pasta jugak tau.. Nak pulak letak mayonis.. Lagi berselera dia

    ReplyDelete
Previous Post Next Post