Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Trending

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Labu air memang Kak Bell sangat familiar tetapi jarang sangat Kak Bell gunakan untuk memasak. Sekali-sekala masak masakan berkuah seperti ikan patin atau gulai, boleh sahaja tambahkan sayur labu air ni. Dah dapat 2-in-1 sekali sayur. Masakan ringkas yang selalunya orang akan buat adalah seperti masak bening, goreng atau tumis air.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Untuk perkongsian kali ini, Kak Bell buat Tumis Labu Air. Caranya mudah dan langkah memasak pun semua sama sahaja. Cuma yang jadi beza mungkin dari segi penggunaan bahan seperti ikan bilis, udang kering, isi ayam atau pun serai untuk tumisan.


Bagi menu Tumis Labu Air, Kak Bell gunakan beberapa ekor udang segar dan semestinya kena ada serbuk lada hitam. Labu air atau long melon (Calabash) ni Kak Bell pakai sebelah sahaja sebab sorang aje pun nak makan. Kalau yang nak buat kenduri, sesuaikanlah bahan-bahannya ya.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Bahan A
1/2 biji labu air
1/2 cekak suhun
3 ekor udang segar
Sedikit lobak
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam/ikan bilis
Garam dan gula
Minyak masak
Air

Bahan B
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1/2 inci halia

Cara memasak:
1) Kupas labu air dan dipotong serong atau dadu. Potong ikut suka pun boleh.
2) Untuk suhun, kerat dan rendam terlebih dahulu sehingga lembut supaya nanti tak over meyerap kuah.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

3) Panaskan sedikit minyak dalam periuk/kuali dan tumis bahan B sampai wangi.
4) Masukkan lobak dan udang segar dan godek-godek tumis sekejap.

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

5) Masukkan air, serbuk lada hitam, kiub ayam dan potongan labu air dan biarkan hingga mendidih.
6) Campakkan suhun dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Masak hingga labu air lembut dan tutupkan api.


TIPS!
  • Boleh gunakan ikan bilis atau udang kering jika tiada udang segar
  • Jika gunakan isi ayam, tumis dahulu pad step 4
  • Tutup periuk 5 minit untuk empukkan labu, kemudian buka semula tutup periuk supaya labu tidak lembik.
  • Boleh juga masukkan sedikit sos tiram dan guna serai yang diketuk semasa menumis
  • Boleh tambahkan fucuk atau tauhu

Resepi Tumis Labu Air Dengan Udang Segar Mudah Dan Sedap

Rasa labu air adalah tawar dan bersifat sejuk. Sebab tu kita kena tambahkan sedikit lada hitam semasa memasaknya. Walaubagaimanapun, sayur labu air ni bagus dan banyak khasiat sebab banyak kandugan air. So, baki labu air yang ada tu nanti, Kak Bell nak buat goreng pedas pula sebab Kak Bell tak pernah rasa. Oklah selamat memasak dan sabar ketika RMO ni. Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Leya hari tu buat Tumis Petola. Labu air ni pun sedap juga kan... Lagi-lagi makan dengan lauk kampung je

    ReplyDelete
  2. Mudah sangat resipi nih. Leh bookmark dlu. Mana tau nt bln puasa nak cuba.

    ReplyDelete
  3. Memarik ni tapi sebenarnya famili tak suka labu air so tak pernah beli huhu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi resepi ni. Sedap dan sennag nak buat resepi ni. Musim PKP ni boleh lah cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  5. Lama juga tak masak macam ni, Sis suka masak macam ni letak suun bebanyak, pepanas hirup sedapnya kan Bella..Nanti nak suruh Suami beli labu air laaa, jangan di bawa balik labu sayung sudah! Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Boleh la cuba resipi Bell ni time PKP ni. Dah tak tahu nak masak apa dah ni. Kalau masak benda sama takut jemu.

    ReplyDelete
  7. Ibu saya jarang masak labu air ni jadi rasanya tak pernah makan kut, tapi cara masaknya mudah je kan,

    ReplyDelete
  8. sekali sekala makan sup pula, tukar menu, apa salahnya kakbell. kalau dah bosan makan makanan yang bergoreng, bolehlah cuba resepi kakbell. senang pun senang, bahan pun simple. :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. musim pkp ni ramai share resepi semua sedap2 yang penting mudah nak masak hehe

    ReplyDelete
  10. Resepi kak bell share mudah dan simple, plus siap ada tips lagi (optional those yang nak tukar bahan). Thanks kak bell, good info. Huda pun suka makan, sayur tumis air sedap. Makan gitu pun sedap if without nasi.

    ReplyDelete
  11. Sis selalu gak masak macam ni tapi tak pernah guna labu air. Sis selalu gunakan petola dan masukkan teloq..fuhh sodap

    ReplyDelete
  12. Lama jugala tak makan labu air ni..Allahuakbar samapi lupa sayur ni..sedap sayur ni..memng buat berkuah macam ni..mak selalu masak dulu..

    ReplyDelete
  13. Labu air dgn petola lain ke sama? eh dah confuse pulak, rasanya mcm xpernah jumpa labu air... jakunnya saya 😝

    ReplyDelete
  14. Inilah style Rawlins masak labu air gak. Suka letak ayam dan letak fucuk - whoa sebijik masakan arwah nenek Rawlins hehehe

    ReplyDelete
  15. Tak pernah beli labu air ni.
    Sebab tak tau ada yang makan ke tidak. Kita pun tak pernah makan.
    Rasa dia macam mana ehh..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post