Hai buat semua pencinta dan peminat kucing. Sudah lama rasanya tidak berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak dikongsikan tentang anak-anak bulus dirumah yang sekarang ini dah mencecah 30 ekor. Bila dah banyak memang akan ada yang sakit dan sebagainya. Sebelum ini Kak Bell ada berkongsi tips, kucing terkena FLUTD (batu karanag), Hematoma, Pyometra dan sebagainya. Bolehlah rujuk entri sebelum ini.

Kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang kucing yang terkena jangkitan fungus atau kurap (ringworm). Penyakit kulit pada kucing ini pelbagai dan perlu dapatkan nasihat veterinar untuk sahkan apa sakitnya. Sejak akhir tahun 2019 beberapa ekor kucing perliharaan Kak Bell terkena fungus selain baka dari Cik Lucy yang sangat sensitif sakit Alergic Dermatitis. Disebabkan sudah terlalu banyak dan tak terkawal, maka mudahlah penyakit berjangkit.
Penyakit Kulit Yang Biasa Berlaku Pada Kucing
Berikut adalah diantara penyakit yang sering berlaku. Kak Bell cuma berikan sedikit penerangan tentang beberapa jenis penyakit sahaja.
Jangkitan Yeast/Kulat
Biasanya akan menyerang telinga kucing disebabkan oleh fungus. Telinga merupakan bahagian badan kucing yang senang dijangkiti fungus. Telinga kucing akan ada cecair hitam atau kuning, cuping kemerahan dan sering menggaru. Jangkitan boleh dirawat menggunakan antifungal. Kak Bell gunakan Oridermyl Ointment.
Eosinophilic Granuloma (EGC)
Penyakit berkaitan inflammatory atau keradangan kulit kucing ini puncanya tidak dikenalpasti dengan tepat. Penyebab utama mungkin berpunca dari jangkitan bakteria, alahan makanan atau kutu. Ulser pada bahagian hidung atau mulut (Rodet Ulcers) juga termasuk dalam kategori EGC.
Ringworm/Kurap
Ringworm atau kurap merupakan jangkitan akibat fungus dan senang menjangkiti kucing berumur kurang 1 tahun. Kawasan jangkitan berbentuk bulat, bulu gugur dan berkerak. Ringworm amat mudah merebak kepada kucing peliharaan yang lain dan manusia. Rawatan bergantung pada tahap jangkitan termasuk penggunaan syampu berubat, ointment atau ubatan oral.

Jerawat (Feline Acne)
Selalunya tumbuh di bahagian atau sekitar dagu kucing. Berpunca dari poor grooming, stress atau penyakit kulit yang lain.
Ear Mites
Mites ialah sejenis parasit yang tertarik pada wax dan minyak dalam telinga kucing. Mites yang membiak di dalam telinga akan menyebabkan keradangan. Kucing akan menggaru telinga berlebihan, terdapat cairan hitam dan berbau busuk.
Lice dan Flea
Merupakan masalah yang paling kerap berlaku pada kucing. Beza lice yang hanya bergerak atau merangkap pada badan kucing berbanding flea yang melompat kepada kucing yang lain. Lice hanya boleh hidup 1 /2 hari tanpa hos berbanding flea yang boleh hidup selama 100 hari tanpa hos.
Stud Tail
Juga dikenali sebagai hyperplasia kelenjar ekor dan ianya merujuk kepada kelenjar di hujung ekor yang mengeluarkan minyak berlebihan atau wax. Menyebabkan keguguran bulu diekor dan berminyak.
Penyakit-penyakit lain adalah seperti kelemumur, tumor kulit, scabies, alopecia, sporotrichosis, alergic dermatitis dan compulsive grooming (grooming berlebihan).
Ringworm Atau Kurap Pada Kucing
Ringworm penyakit kulit kucing yang disebabkan oleh fungus yang dikenali sebagai Microsporum Canis. Fungus ini boleh menyerang kucing pelbagai usia dengan cepat. Pengalaman Kak bell pernah dalam satu masa 4-5 ekor terkena ringworm disebabkan ibu kucing yang menjangkiti anak kucing.

Masa ini agak teruk dijankiti ketika Mika berumur kurang sebulan

Kebiasannya kawasan yang sering dijangkiti adalah sekitar muka, belakang telinga, ekor dan kaki kucing. Memang kesian bila anak kucing yang masih kecil terkena kurap kerana masih menyusu dan tidak boleh diasingkan dengan ibu dan adik-beradik yang lain. Terpaksalah tabah ketika berikan rawatan dan penjagaan. Untuk kurap kucing yang teruk, berkerak seperti yang biasa dilihat pada kucing stray/jalanan tidak pasti ianya adalah di dalam kategori yang sama atau tidak.
Kucing yang terkena jangkitan fungus akan sentiasa menggaru dan sehingga boleh luka. Kawasan jangkitan akan berbentuk seperti lingkaran cincin bulat dan merebak pun secara membulat. Pada bahagian jangkitan, bulu akan gugur dan akan terasa kasar berkerak bila disentuh dengan jari.

Mika dah kembali sihat
Rawatan Kucing Terkena Ringworm/Kurap Kucing
Jika kucing perliharaan anda mempunyai tanda-tanda ringworm, hendaklah segera ke Vet untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya rawatan yang diberikan adalah ubat oral, ubat sapu dan mandian syampoo fungus kucing. Bagi kes yang agak kronik, dicadangkan kucing dicukur bagi memudahkan rawatan. Langkah terbaik adalah mengasingkan kucing yang terkena jangkitan dari kucing yang lain dan sentiasa membasuh tangan dengan bersih setelah memegang atau memberikan rawatan kepada kucing.

Penggunaan ubat dari vet memerlukan pemakaian kolar pada kucing dan memang agak menyukarkan bagi kucing kecil kerana tiada saiz kecil untuk kolar. Jadi untuk kucing dirumah, Kak Bell tidak menggunakan ubat sapu yang diberikan dan menggunakan ubat sapu Himalaya iaitu Canisep. Ubat ini boleh digunakan sebagai anti bakteria, antimaggot dan antifungal. Ada juga yang menggunakan spray fungus kucing, tetapi Kak Bell hanya menggunakan ubat sapu.

Dibahagian bulatan bulu sudah mulai tumbuh kesan akibat fungus

Bulu baru tunbuh (bahagian berwarna cerah)

Kak Bell gunakan Canisep disebabkan ianya organik dan tidak beracun jika dijilat oleh kucing. Setelah disapu setiap hari, ringworm pada anak kucing semakin baik dan bulu baru sudah mulai tumbuh. Bagi yang hadapi masalah sama, bolehlah cuba menggunakan Canisep sebagai salep ringworm kucing.
Bagaimana kucing rumah (indoor) boleh dijangkiti kurap?
Cara fungus merebak adalah melalui penyebaran spora melalui permukaan, partikel debu/habuk dan juga melalui udara. Jadi ianya amat mudah merebak kepada kucing yang lain.
Berapa lama kurap kucing boleh hidup?
Spora ringworm boleh kekal hidup dipermukaan seperti pakaian, tempat tidur, dan di tempat lain selagi bekalan makanan mereka (sel kulit mati) ada, dan mereka mempunyai persekitaran yang lembap dan hangat. Spora dapat hidup dalam tempoh agak lama selama 12 hingga 20 bulan.
Bolehkah kurap kucing menjangkiti manusia?
Ya. Ringworm dapat menular dengan cepat dan bersifat zoonosis yang bermaksud dapat menular dan menjangkiti manusia. Sesetengah manusia yang terdedah akan mungkin terkena jangkitan. Kesan ringworm kucing pada manusia adalah sama dengan kehadiran lingkaran berbentuk bulat kemerahan.
Kredit: http://kucingkuduniaku.blogspot.com