Kacang Panjang Tumis Telur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kacang Panjang Tumis Telur

Trending

Kacang Panjang Tumis Telur

Kacang panjang ni Kak Bell beli Ahad lepas di pasar minggu Taman Tun Dr. Ismail. Dah jadi kebiasaan kalau ke sana mesti akan cari serba sedikit sayuran. Kak Bell beli yang 3 jenis sayur RM5. Sayurnya pun masih elok dan yang penting murah. Disebabkan teringin nak makan kacang panjang, tu yang Kak Bell buat menu kacang panjang tumis telur.


Selain kacang panjang, lebih sedap kalau gunakan kacang buncis. Jika dah tambahkan telur kompem memang sedaplah. Selalu, kalau mak-mak masak, cantik aje telurnya hancur dan rata ke seluruh kacang. Masakan Kak Bell ni macam failed aje telurnya tak rata. Untuk menjaga kebersihan, biasakann basuh bersih dahulu telur dan pecahkan dahulu dalam mangkuk sebelum di masukkan dalam masakan. Kalau dah yakin bersih, boleh sahaja pecahkan terus ke dalam kuali.


Bahan A
1/2 ikat kacang panjang
2-3 sudu besar minyak masak
1 sudu sos tiram
1 biji telur
Sedikit air
Garam

Bahan B (hiris/potong)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 biji lada merah


Cara memasak:
1) Potong kacang panjang memanjang atau serong, ikut suka korang. Basuh bersih pastikan tiada ulat.
2) Panaskan minyak, tumis semua bahan B.


3) Masukkan sos tiram, kacau sekejap.


4) Masukkan kacang panjang dan tambahkan sedikit air.


5) Bila kacang separuh masak, asingkan kacang satu bahagian dan masukkan telur. Kacau telur supaya hancur.


6) Kemudian tambahkan garam atau perasa dan kacau rata.



Macam biasa bila makan nak kena ada sambal pedas-pedas sikit. Jadi Kak Bell buat sambal ikan bilis segenggam gunakan cili boh kisar sahaja. Nasib baiklah cili boh tu sedap dan tak maung. Kemudian kesat pulak kuali dengan nasi. Kalau masa kecik-kecik dulu berebut nak nasi kesat kuali ni. Hehehe. Selamat memasak ya!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post