Tiket Percuma Untuk Teater Muzikal Semarak PertiwiKu Anjuran SPRM & UNIMAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tampil mempersembahkan sebuah teater berjudul Semarak PertiwiKu yang mengangkat integriti sebagai subjek utama.


Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM laksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas". Pada kali ini, pihak SPRM ingin menyampaikan mesej kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

Diberi judul Semarak PertiwiKu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya cukup teruja mengumumkan teater yang mendapat sambutan hangat saat dipentaskan di Kuching, Sarawak pada Julai 2019 lalu dan kini akan dipentaskan di Kuala Lumpur hujung Januari ini. 


Dalam sidang media semalam, Puan Latheefa Koya menyatakan pengisian Semarak PertiwiKu akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Beliau juga yakin ianya juga mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera.



Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani serta pelakon, Ungku Ismail, Taufik Hanafi serta Muhammad Azri Ali sebagai pengarah teater.

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana itu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega. Teater tersebut akan dipentaskan di dalam dialek Melayu Sarawak kerana ingin mengekalkan keaslian persembahan dan juga kerana mesejnya yang kuat.


Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang cuba disalurkan dalam medium hiburan. Aktor berprofil tinggi, Ungku lsmail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak PertiwiKu bersama barisan pelakon lain temasuk Anding dan Taufik Hanafi.


Penganjuran teater bertajuk ‘Semarak Pertiwiku’ adalah sebahagian usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membimbing dan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu integriti dan rasuah. Teater yang boleh ditonton secara percuma ini bukanlah sebagai satu seni semata-mata, tetapi penting untuk dihayati mesej dan kandungan yang akan disampaikan kelak.



Semarak PertiwiKu akan dipentaskan selama 2 hari bermula 30 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya dan sebanyak 2,000 tiket percuma diperuntukkan bagi pementasan teater tersebut. Orang ramai yang berminat menonton teater muzikal tersebut dan boleh mendapatkan tiket melalui tempahan awal dengan menghubungi nombor di bawah:
0388911501 Kumaran Regaya
0388911468 Azami
0388911471 Saiful Azri

CONVERSATION

13 comments:

  1. bagus ada program macam ni.. semoga orang awam datang support dan ambil ikhtibar kandungan pementasan..

    ReplyDelete
  2. Ohh good to know nii, bagus juga ada program mcm ni at least sambil menonton tu dpt juga kesedaran positif yg penting kan..

    ReplyDelete
  3. Saya sekali pun tak pernah tengok pementasan camni. Tema teater ni pun menarik jugak. Boleh la share kat kawan yang berminat.

    ReplyDelete
  4. bagus ada program macam tu..tak pernah layan teater rasanya 2 kali je kot..tu pun teater masa zmn study dulu...hahaha. sllu tgk wayang je

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat tengok teater sekali sekala pun best. Program mcm ni kadang kala dpt memberi kesedaran kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Lama tak masuk kat Istana Budaya kali ni teater yang agak berat juga kalau tak minat nak tonton mesti akan cepat bosan tapi kalau ada unsur lawak dan humor dalam tu mungkin ramai orang muda akan pergi heheheh..

    ReplyDelete
  7. Fuyoooo sprm adakan teater pulak yer... lain macam pulak approach sprm. Walaupun dulj aktifi dalam teaater tp lama sungguh i tak pi istana budaya

    ReplyDelete
  8. tak pernah tengok teater sebab selalu tak ada geng nak pergi tapi teringinnnn nak gi hahaha

    ReplyDelete
  9. Wah, tiket free. Menarik tu. Tapi bila baca pasal cerita ni, nampak macam agak heavy isu yang dieorang nak ketengah kan, betul tak?

    ReplyDelete
  10. Semoga cerita2 macam ni dapat mberi kesedaran kepada kita semua kan... Good initiative by sprm

    ReplyDelete
  11. Lamanya saya tak pegi Istana Budaya. Bolehlah nnti pergi untuk tengok teater ni. Tak sangka SPRM pun ada kerjasama dengan Istana Budaya. :)

    ReplyDelete
  12. wah bestnya kalau dapat tonton teater ni.. Wawa xpernah lagi tengok secara live... Kalau la kat sini ada teater cmni boleh juga tgok.. Hehee...

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada inisiatif macam ni. Emi teringin tau nak tengok pementasan macam ni, tapi tak pernah berpeluang.

    ReplyDelete

Back
to top