Koleksi Resepi Dan Tips Menggunakan Air Fryer

Trending

Koleksi Resepi Dan Tips Menggunakan Air Fryer

Hi semua! Hari ini Kak Bell nak kongsikan tentang beberapa Tips Menggunakan Air Fryer dan juga beberapa jenis masakan dan resepi air fryer. Siapa cakap memasak tak penat? Memasak ni penat sebenarnya. Kitalah yang nak pergi beli barang, kitalah yang nak siang ikan, sediakan bahan bagai. Buatnya tengah mood tak baik, mudahlah kita ni naik angin kan kalau ada yang tak kena.


Zaman sekarang dah moden, nak memasak pun dah ada air fryer sebagai pembantu. Boleh cakap yang setiap surirumah di Malaysia mesti perkakas dapur ni untuk memudahkan kerja memasak. Air Fryer merupakan perkakas dapur untuk memasak atau menggoreng pelbagai makanan kegemaran kita tanpa minyak dan dimasak menggunakan peredaran angin/haba panas. Kak Bell pun ada gunakan Air Fryer jenama Russell Taylors AF4. Kalau datang malas memasak, memang pakai air fryer sajalah. Campak saje ayam atau frozen food kemudian biarkan aje masak. Mudah!


Tips Menggunakan Air Fryer

Memang banyak kelebihan dan kebaikan penggunaan air fryer, tetapi ada juga kelemahan air fryer ni. Untuk isu ni Kak Bell kongsikan dalam artikel seterusnya. Jom lihat beberapa Tips Menggunakan Air Fryer dan koleksi resepi Air Fryer.

  • Makanan beku (frozen) boleh dimasak terus dalam air fryer tanpa perlu nyahbeku (defrost)
  • Perap/marinate bahan masakan dengan bahan perapan terlebih dahulu sebelum dibekukan
  • Boleh sapukan sedikit minyak atau mentega atau guna air fryer cooking spray pada masakan
  • Jarakkan air fryer dari dinding dan sekeliling supaya ada ruang untuk udara panas keluar
  • Semasa memasak, elakkan mengundurkan timer ke minit 0 supaya timer tak rosak
  • Pastikan ada ruang dalam loyang air fryer untuk haba bergerak, jangan terlalu penuh


  • Pastikan air fryer dalam keadaan kering semasa digunakan
  • Biarkan bekas air fryer sejuk dahulu sebelum di cuci
  • Pastikan punca lektrik sesuai dengan voltan dan kuasa AF. Gunakan soket berlainan dan jangan berkongsi dengan barang elektrik lain untuk elakkan overload/power trip/litar pintas
  • Guna pelapik/acuan/baking paper yang sesuai dan tahan suhu yg tinggi AF
  • Berhati-hati bila mengeluarkan pan dr AF selepas memasak kerana ianya panas
  • Letak di tempat yang stabil dan selamat semasa memasak dan jauhkan dari kanak-kanak ataupun haiwan perliharaan

Berikut ada beberapa koleksi resepi Air Fryer seperti resepi ayam panggang air fryer, resepi pais patin air fryer, resepi ayam percik dan lain-lain. Resepi berikut menggunakan Russell Taylors Air Fryer AF4, Philips All-In-One Multicooker dan Philips XXL Airfryer. Boleh klik tajuk masakan untuk lihat resepinya.


Resepi Ayam Bakar Madu Black Pepper Air Fryer



Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin Air Fryer



Untuk keselamatan dan memudahkan kerja memasak, bolehlah rujuk buku panduan air fryer masing-masing dengan suhu memasak yang sesuai. Macam-macam hidangan hinggakan lemang guna air fryer pun boleh disediakan. Selamat memasak!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

13 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. belum beli lagi air fryer... bila nampak menu dan resepi yang menarik macam kena beli juga nie

    ReplyDelete
  2. Air fryer ni memang menyenangkan la bagi sis. Masak cara yang sihat sebab guna minyak sikit ajer. Air fryer sis banyak berjasa kat keluarga sis. Berbaloi rasanya beli air fryer.

    ReplyDelete
  3. wow..air fryer kita tak sampai lagi.tergoda plak nak cuba sebab macam-macam masakan boleh buat..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the list of recipe that one can cook using air fryer. I would want to try the one with Ayam Perchik. :)

    ReplyDelete
  5. macam2 boleh masak guna air fryer rupanya, ada jugak terjebak beli air fryer ni kang hahahaha

    ReplyDelete
  6. bulan puasa dapat makan ayam percik resipi air fryer memang best lahhh!

    ReplyDelete
  7. Seronok pula baca content resepi macam ni. Ruby dah lama tak update pasal resepi. Hahaha. Pas skit kerajinan tu. Air Fryer ni memang wajib ada. Dulu ruby ingat pressure cooker lg penting. Bila dah beli air fryer, ini adalah peranti yang Ruby tak simpan balik ke dalam store. Ada sebelah rice cooker. Lihatlan betapa pentingnya dia. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Bnayak kegunaan airfryer ni erk. Siap bolehbuat rendang tu..Kita pakai airfryer masih guna untuk bakar2 je, denagn gorneg makanan frozen macam kentang, nugget..hehee

    ReplyDelete
  9. Ni bagus ni, time bulan pose semua orang akan guna kannya time sahur, termasuk Sis hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Semuanya nampak sedap dan menarik. Tak sabar nak cuba nanti guna air fryer

    ReplyDelete
  11. Kak nina belum ada air fryer. Masih dok fikir² berbaloi ke beli. Risau excited memula jer lelama jadi tukun. Nampak nya banyakkkk boleh masak. Thanks Bell sharing

    ReplyDelete
  12. Dekat rumah tak ada airfryer lagi tapi menarik juga kalau beli senang nak masak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post