Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer | Bella Jamal

Trending

Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer | Bella Jamal

Tempohari Kak Bell ada kongsikan pengalaman memasak menggunakan air fryer. Terus terang memang sangat membantu dan memudahkan proses memasak. Sesambil buat kerja lain, cuma campakkan sahaja bahan masakan dalam air fryer hujung-hujung dah siap. Jimat masa surirumah sekalian dan mengadap kerja lain pulak. Maklumlah kerja di rumah memang tak akan pernah nak habis. Ada sahaja perkara yang perlu dibuat. So, hari ni Kak Bell share cara nak buat ayam bakar madu guna Russel Taylor air fryer AF24.

Ayam Bakar Madu

Selalunya bila nak menggoreng jejari kentang (fries), nugget atau ayam yang menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak amat melecehkan. Bukannya apa, nak menyimpan baki minyak tu yang rimas.

Disebabkan baru status newbie, harini Kak Bell kongsikan resepi ayam bakar madu menggunakan air fryer. Kak Bell pun dah mula rujuk group memasak air fryer di FB, tambahan pula rakan sekerja di pejabat pun ramai yang pakai. Lepas ni nak cari baking paper dan cooking spray. Ada kelapangan, boleh Kak Bell kongsikan resepi lain bila menggunakan air fryer.

resepi ayam bakar diet

Bagi korang yang nak baca tentang air fryer Kak Bell, bolehlah klik sini > Russell Taylor Air Fryer Review. Jom lihat bahan-bahan untuk Resepi Ayam Bakar Madu Blackpepper Air Fryer.


Bahan A
5 ketul bahagian ayam
2 sudu lada hitam (dikisar halus)
Kicap manis
Madu
Garam
Butter/minyak zaitun/minyak masak

Bahan B
1 biji hirisan lemon 
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/holland
1 biji capsicum
1 biji brokoli
1 biji kentang
1 paket thyme segar

Cara membuatnya:
1) Basuh bersih ke semua bahagian ayam, cuci dan hiris/potong bahan-bahan B. Untuk daun thyme cuma potong 2 atau 3 bahagian sahaja.
2) Gaulkan bahagian ayam dengan semua bahan A kecuali butter. Untuk menu ni Kak Bell hanaya guna butter. Perap 1 jam atau semalaman. Kak Bell perap 20 minit sahaja.

ayam bakar madu air fryer

3) Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 10 minit dan masukkan ayam dan renjiskan sedikit minyak atau sapukan butter atas ayam.
4) Taburkan sedikit daun thyme dan masak pada suhu 200°C selama 20 minit. Boleh balikkan ayam selepas 10 minit memasak.

resepi ayam bakar air fryer


Nak bakar ayam guna air fryer berapa minit?
5) Selesai masak ayam, campakkan sayur kemudian masak pada suhu 150°C selama 10 minit. Untuk kentang pepandai lah adjust masa dan suhu sampai masak.

Kak Bell asingkan memasak ayam dan sayur sebab sayur cepat masak. Bila masukkan sekali dengan ayam, sayuran cepat burn dan tak cantik. Mungkin boleh juga letakkan sekali, tetapi letakkan sayur di bahagian bawah ayam (Kak Bell belum cuba, jadi tak pasti hasilnya).

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Memang sedap sangat ayam yang dimasak dengan air fryer ni. Semua bahagian ayam pun masak sempurna. Sangat puas hati. Makan pula dengan bihun sup resepi nenek pendek terus terbungkang lepas makan!

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper
Ayam Bakar Madu yang tender

Resepi Air Fryer Ayam Bakar Madu Blackpepper

Bagi yang ada pengalaman dan ada resepi masakan menggunakan air fryer, mungkin boleh berkongsi dengan Kak Bell di ruangan komen di bawah. Mesti korang diluar sana lebih arif dan pandai dalam bab masak-memasak ni. Esok Kak Bell nak cuba masak daging pula dengan menggunakan Russell Taylors AF-24 ni. Muah!

ayam bakar madu, resepi air fryer russell taylor, koleksi resepi Air Fryer, resepi ayam bakar air fryer, resepi ayam bakar diet,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

26 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Elok kejadian dia ye kak bell. Ni nak beli satu air fryer ni. Leceh nak goreng kentang nuget nak simpan minyak lepastu.

    ReplyDelete
  2. mmg senang guna air fryer....mcm2 juga dh masak guna air fryer...

    ReplyDelete
  3. Bezakan rasa dia bila letak daun tyme dengan tak letak, sebab Sis dah try keduanya, sedap bila kita letaknya. Rumah ni emmang air fryer ni sangat ebrguna sebab Sis tinggal sendiri je siang hari, so memang membantu snagat time nak makan..hehehe masuk tekan tunggu siap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kene letak baru sedap. Tambahan guna yang fresh herb kan.

      Delete
  4. tak pernah lagi masak guna air fryer ni kak bell. Sedap tengok ayam yang kak bell masak ni. Masak elok pulak tu isi dalam dia.

    ReplyDelete
  5. Kenapa nampak sedap sangat niii. Ya Allah, presentationnya memang meletop la. Jadi teringin pulak.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!! Sedap nyer ayam madu nie. Tengok gamba pun day tahu rasa nyer macam mane.

    ReplyDelete
  7. Sis belum pernah cuba masak dalam air fryer ni. Memang mudah ke? Bukan kena guna banyak minyak ke?

    ReplyDelete
  8. Memnag dh lama aim air fryer russel ni.. Tapi tu la tak beli2 lagi... Hehehe... Harap ade rezeki nak beli.. Sedp tu ayam dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli dah ni nad. Senang nak buat kerja memasak.

      Delete
  9. Nyum2... Terima kasih shared resepi.. Bertambah lagi resepi ayam.. Puasa nak dekat dah ni.. Harus try ni..

    ReplyDelete
  10. sedapnya sis. teringin pulak nak rasa hasil air tangan sis. semua menu mesti nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. tak habis2 tau dengan resepi sedap-sedap. masak sedap2 pun bukan nak jamu kita makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kita takut nak jemput awak dtg umah. Takut kene review. Hahaha

      Delete
  12. Rajinnya dia masak! Heheh kte kan kalo berjiran rasanya selalu hulur pinggan je. Pandai awak masak

    ReplyDelete
  13. wah cantik sangat hasil kejadiannya ^_^

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap giler mcm yg di jual kat kedai ni haa.. mengiurkan gitu!! TQ gak utk resepi, mana tau satu hari nnti teringin nk makan, boleh cuba :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post