Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal

Trending

Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal

Pendahuluan

Setelah konsert AZ40 pada 28 Oktober 2023 lalu, Kak Bell sekali lagi berkesempatan ke konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal. Showcase istimewa ini menjadi pentas untuk memperingati ulang tahun ke-40 konsert Anuar Zain yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain. Acara ini hanya terbuka secara eksklusif untuk mereka yang turut hadir di konsert AZ40 dan mendaftar melalui JioTix.

Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal



Showcase Bersama Peminat Di JioSpace Petaling Jaya

Pada 17 Februari 2024, suasana hangat kembali memenuhi JioSpace, Petaling Jaya, ketika lebih dari 1,000 peminat setia berkumpul untuk merayakan momen bersejarah bersama Anuar Zain.

Dalam konsert intim yang dianjurkan JioBuddy dan Anuar Zain Network, Anuar Zain menghiburkan para peminat dengan 11 lagu popularnya seperti Sedetik Lebih, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini, dan Andainya Takdir. Meskipun skala acara ini lebih kecil dari sebelumnya, Anuar Zain mengakui bahawa interaksi yang lebih dekat dengan peminat membuatnya merasakan konsert ini lebih bermakna.

Senarai Lagu Showcase AZ40 Birthday Celebration

Selain menyanyikan lagu popularnya, Anuar Zain juga turut meminta kakaknya penyanyi Ziana Zain menyanyi bersama lagu Saving All My Love For You dendangan Whitney Houston. Berikut adalah senarai lagu dinyanyikan selain lagu Hello (Lionel Richie), Emosi (Sheila Majid), Hujan (Sudirman Arshad):

1. KAULAH SATUNYA
2. SESUCINYA CINTAMU
3. PERMATA / SURIA & SIARRA
4. CINTA HARUS MEMILIKI
5. KEABADIAN CINTA
6. SAVING ALL MY LOVE / EMOSI / HELLO / HUJAN
7. KETULUSAN HATI
8. ANDAINYA TAKDIR / CINTA TAKKAN BERAKHIR TALK
9. SEDETIK LEBIH
10. KAU BUNGA CINTAKU
11. LELAKI INI



Anuar Zain Hadiahkan Peminat Patung Beruang

Di tengah-tengah suasana santai yang penuh kasih sayang, Anuar Zain Network menghadiahkan lebih dari 1,080 patung beruang kepada semua peminat yang hadir.

Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal


Pemberian anak patung beruang kepada peminat adalah sebagai ungkapan terima kasih kepada peminat yang telah setia menyokong Anuar Zain sepanjang perjalanan kariernya. Selain peminat Malaysia, penghibur itu turut menerima kedatangan peminat daripada luar seperti Singapura dan juga Indonesia.

Terima Kejutan Kek Bersaiz Gergasi

Sebagai tambahan manis semasa showcase tersebut, Anuar Zain turut menerima kejutan istimewa berupa kek bersaiz gergasi daripada pihak produksi. Kek megah degan tulisan AZ40 itu disampaikan untuk menyambut ulang tahun Anuar yang jatuh pada 15 Februari lalu.

Konsert Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal


Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal akan menjadi kenangan dan acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama para peminat tersayang.

Merentasi 40 Tahun Bersama Anuar Zain

Bukan sekadar acara hiburan biasa, konsert ini merupakan satu pengiktirafan kepada Anuar Zain yang telah mengukir nama dalam industri muzik Malaysia selama empat dekad (40 tahun).

Melalui konsert ini, Anuar Zain meraikan pencapaian luar biasa dalam industri muzik, sambil mempererat lagi hubungan dengan peminat yang setia. Dengan demikian, peristiwa ini tidak hanya menjadi satu-satunya dalam senarai acara Anuar Zain, tetapi juga satu penanda aras bagi keikhlasan dan kasih sayang yang beliau miliki terhadap para peminatnya.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post