Resepi Lodeh Chef Marina Mustafa

Sempena Hari Raya tahun ini, Philips Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa untuk sesi memasak ‘Raya Bersama Chef Marina Mustafa’ yang memaparkan kepelbagaian serta kemudahan penggunaan rangkaian peralatan dapur Philips.


Yang mana ada mempunyai peralatan Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62) dan Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), bolehlah cuba resepi dan langkah berikut. Kalau tak ada pun, boleh aja gunakan resepi ni dan masak dalam kuali. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHAN
1/4 cawan minyak masak
2 bawang merah besar, dihiris nipis
20 bawang merah kecil, dihiris nipis
8 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 inci halia, dimayang
4 inci lengkuas, diketuk
5 serai, diketuk
1 sb pes cili
2 sk serbuk kunyit
2 sb udang kering, direndam air panas & ditumbuk
½ cawan minyak masak
6 cawan air
1 ½ cawan udang segar, dibersihkan
1 keping sotong kembang, dipotong segiempat
1 keledek, dikupas kulitnya & potong saiz tak menentu
1 sengkuang, dimayang
2 lobak merah, dikupas kulit & dipotong segiempat
3 tauhu, digoreng dalam XXL Air Fryer & dipotong segiempat
1 papan tempe, digoreng didalam XXL AirFryer & dipotong segiempat
3 cawan santan pekat
3 sk garam
15 kacang panjang, dipotong sepanjang 1 inci
2 terung panjang, dipotong setengah memanjang dan serong, kemudian dipotong serong sepanjang 1 inci
½ bungkus suhun. Dipotong 1 inci anjang
5 keping tauhu kering, direndam & dipotong 1 inci panjang
*sb-sudu besar 
*sk-sudu kecil

CARA MEMASAK:
1) Buka tudung PHILIPS All-In-One Cooker. Tekan ‘SAUTE’ dan kemudian tekan “START’ untuk memula menumis.
2) Tuangkan minyak didalam periuk.
3) Tumiskan bawang besar, bawang merah, halia & bawang putih sehingga layu & harum.
4) Masukkan pes cili, serbuk kunyit and udang kering. Masak lagi sehingga minyaknya timbul.
5) Masukkan lengkuas & serai ke dalam periuk.
6) Tuangkan air kedalamnya.
7) Masukkan keledek, sengkuang & lobak merah.
8) Tutupkan tudung PHILIPS All-In-One Cooker dan pusingkan knob untuk mengunci tudungnya.
9) Tekan ‘SOUP’ di ‘PRESSURE COOKER’ mode. Kemudian tekan ‘START’.
10) Apabila Lodeh siap, lampu di panel akan menyala di ‘KEEP WARM’. Buka tudung AIOC dan tekan ‘SAUTE’’ kemudian ‘START’.
11) Masukkan udang, sotong kembang, tempe, tauhu dan santan.
12) Masukkan suhun, tauhu kering, kacang panjang & terung
13) Perasakan dengan garam.
14) Apabila meghidang, tuang ke atas nasi himpit & sambal kacang atau serunding sebagai sampingan.

English Version


INGREDIENT
1/4 cup cooking oil
2 large bulbs red onions, sliced finely
20 bulbs shallots, slice finely
8 cloves garlic, sliced finely
3-inch ginger, cut into thin strips/julienne
4-inch galangal
5 stalks lemongrass
1 tbsp chili paste
2 tsp turmeric powder
2 tbsp dried prawns, soaked & pounded
6 cups of water
1 ½ cup fresh medium sized prawns, cleaned but leaving skin and head on
1 large cuttlefish, cut into rectangles
1 medium-sized sweet potatoes, cut into irregular sizes
1 carrot, skinned and cut into large cubes
1 Chinese turnips (sengkuang),grated
3 cakes bean curd, deep-fried & cubed
3 cups of coconut milk
1 piece tempe, cubed and deep fried
15 long beans, cut into 1-inch lengths
2 long brinjal, cut half horizontally, then into 1-inch length, slanted
½ a handful Su-un, soaked & cut into short lengths
5 pcs Dried bean curd, soaked and cut short
1 green chili, cut lengthwise
1 red chili, cut lengthwise

METHOD:
1) Open the lid of the PHILIPS All-In-One Cooker. Press ‘SAUTE’/SEAR’ button. Then press START to begin sauteeing.
2) Pour the oil into the inner pot of the PHILIPS All-In-One Cooker.
3) Sautee the onions, shallots, garlic, and ginger till it softens.
4) Put in the chili paste, turmeric powder, and dried prawns. Continue cooking.
5) Put in the galangal and lemongrass.
6) Pour the water in. Put in the sweet potatoes, Chinese turnips, and carrots.
7) Close the lid and turn the valve to lock the lid.
8) Press ‘SOUP’ at the ‘PRESSURE COOKER’ mode. Then, press ‘START’.
9) The Lodeh is ready when the light of the panel flicks at ‘WARM’. Open the lid and press ‘SAUTE’/SEAR HIGH TEMP’ and then press ‘START’.
10) Add the prawn, cuttlefish, tempe, bean curd and coconut milk.
11) Finally put in the dried bean curd, suhun, long brinjal, long beans, red & green chilli.
12) Add salt to season.
13) Best eaten with compressed rice.


CONVERSATION

1 comments:

Back
to top