A Bad Moms Christmas (2017)
Celebrate The Holiday Like A Mother
Hi Korang! Harini Kak Bell berkesempatan menonton premiere screening 'A Bad Moms Christmas' di GSC Mid Valley. Biasalah, dah dekat-dekat nak sambut Krismas ni mestilah ada movie yang dikeluarkan untuk Krismas. Tayangan di Malaysia akan bermula esok 30 November 2017. Harini, Chriss Pratt Kak Bell tak datang teman sebab dia ada shooting. Kita pergi menonton dengan cik lawyer Ms Ija Faye. Kebetulan ada kelapangan dan lama tak jumpa, elok sangatlah dapat luangkan masa. Okay, movie ni membariskan ramai juga pelakon terkenal Mila Kunis, Kristen Bell, pemenang Academy Awards Susan Sarondon dan lain-lain. Filem A Bad Moms Christmas ni juga merupakan filem ketiga Mila Kunis dan Kristen Bell berlakon bersama. Paling latest dalam sekuel sebelum ni iaitu Bad Moms (2016).
29 comments:
Post a comment