Resepi Ikan Bawal Hitam Masak 3 Rasa Dengan Epal Hijau - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ikan Bawal Hitam Masak 3 Rasa Dengan Epal Hijau

Trending

Resepi Ikan Bawal Hitam Masak 3 Rasa Dengan Epal Hijau

Hi Korang! Resepi ni Kak Bell masak minggu lepas. Lama dah rasanya tak masak resepi ikan. Kebetulan pula masa cuti, jadi haruslah ke dapur sebab nak isi perut. Pada mulanya nak buat Ayam Masak Sambal Hijau sebab dah lama tak buat masakan faveret all time ni. Sampai je kedai bawah rumah, terus tukar plan nak buat masakan ikan sebab tengok ayamnya macam tak fresh sahaja. Tak jadi nak beli ayam. Jadinya, Kak Bell belilah ikan bawal hitam dan ikan kembong. Makan sumber protin dari ikan. Dah alang-alang memasak, mestilah nak masak yang sedap sikit dan bolehlah kongsikan resepi kat sini. Anak-anak kat rumah pun memang suka makan ikan. 8 ekor anak bulus pasti mengacaulah bila dapat bau ikan ni nanti.


Katanya, terdapat perbezaan antara masakan sweet sour & 3 rasa. Kalau masak sweet sour, sosnya tak pedas dan ada rasa masam dan manis dari tomato dan nenas. Masakan 3 rasa pula katanya lebih pedas dan pekat. Bagi Kak Bell lebih kurang sahaja pun resepi dan bahan yang digunakan. Korang nak panggil sweet sour ke, 3 rasa ke, ikut suka koranglah. Betul ke macam ni? Kalau betul memang ada beza, cuba korang bagitahu Kak Bell. Kongsi-kongsilah ilmu masakan korang tu dengan Kak Bell ni.


So, resepi kali ni Kak Bell buat Ikan Bawal Hitam 3 Rasa. Ikan yang sesuai untuk masakan ini ialah ikan bawal hitam, ikan siakap, ikan kerapu dan ikan kembong. Nak guna ikan lain pun boleh. Cubalah korang buat paus biru masak 3 rasa ke, manalah tahu sedap dan viral nanti kan. Very the fussion one! Ikan bawal ni nak siang pun senang sebab isi perutnya tak banyak. Walaupun senang, Kak Bell suruh tukang kedai je siangkan. Dalam tengah menunggu ikan disiang, tetiba ada seorang abang ni tegur. Katanya, sianglah ikan sendiri! Gittew. Sangsang kita ke cik abang oiii! Yang penting, Kak Bell tak kenal siapakah dia, dan tak pernah juga nampak sebelum-sebelum ni. Hey cik abang, ikut suka kitalah kan. Kita malas nak turun buang sisa ikan tu nanti. Dahla lift kat penthouse Kak Bell ni asyik rosak aje. Tak laratlah nak menapak nanti naik turun tangga. Apa-pun, Kak Bell balas dengan senyuman paling manis ajelah. Orang tegur, kita balas lah ye tak?


Disebabkan tak ada buah nenas kat rumah kita, Kak Bell gunakan epal hijau. Adalah 3,4 biji epal hijau dalam peti yang kekononnya nak amalkan makan buah-buahan. Berbulan-bulan, tak jugak habis buah tu dimakan. Elok jugalah Kak Bell masukkan dalam masakan ni. At least, ada juga rasa masam manis buah epal kan. Biasalah kalau konsep Kak Bell memasak, gunakan apa yang ada dan pandai-pandai je masukkan bahan. Lagi satu konsepnya, masak tengah-tengah malam! Haha. Ni korang tak payahlah follow, nanti jadi macam ikan paus jangan salahkan iols tau! Ada 2 cara masakan ikan ni. Pertama korang boleh masukkan ikan yang telah siap digoreng ke dalam sosnya dan satu lagi korang boleh curah sosnya kemudian. Ikutlah sukalah hangpa nak buat lagu mana. Kay jom tengok resepi.


Bahan A
2 ekor ikan bawal hitam
1 inci halia*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang Holland (potong bulat)
3 batang kacang panjang
2 biji tomato
2 biji epal hijau*potong kecil/dadu
1 biji lada merah
3 biji cili api

Bahan B
2 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam
Gula


Cara memasak:
1) Goreng ikan yang dah dilumur garam dan kunyit hingga garing dan ketepikan.
2) Kisar/tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
3) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang bertanda (bahan tumbuk) samapi layu dan naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Goreng bagi cili tu masak garing sedikit, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
5) Jika kuahnya pekat, boleh tambahkan sedikit air. Tunggu mendidih.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Masukkan kacang panjang, epal hijau yang telah di potong, cili padi, lada merah, tomato dan hirisan bawang holland.
8) Bila sayur dah masak, layu, bolehlah tutup api.
9) Curah sos sweet sour atas ikan yang dah digoreng tadi.

TIPS!
  • Cili kisar adalah optional, boleh tambah ikut rasa kalau nak pedas.
  • Boleh taburkan juga hirisan daun bawang.
  • Boleh tambah sayuran lain seperti bunga kobis, lobak dan guna lada benggala.
  • Epal hijau diguna untuk gantikan nenas.

Kalau korang tahu beza 3 rasa dengan sweet sour, bolehlah tinggalkan komen kat bawah ni yer. Ikan tu goreng garing-garing, barulah mengancam. Kay bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post