Dododots X The Powerpuff Girls: Patch Jerawat Comel Edisi Terhad Kini Di Pasaran! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Dododots X The Powerpuff Girls: Patch Jerawat Comel Edisi Terhad Kini Di Pasaran!

Trending

Dododots X The Powerpuff Girls: Patch Jerawat Comel Edisi Terhad Kini Di Pasaran!

Dododots Lancar Acne Patch The Powerpuff Girls

Dododots, jenama tempatan yang terkenal dengan patch jerawat penuh gaya, kembali dengan kolaborasi epik bersama The Powerpuff Girls! Koleksi edisi terhad ini mula dilancarkan pada 25 Mac 2025 dan pastinya mencuri perhatian peminat kartun 90-an dan peminat kecantikan di Malaysia dan Singapura.

Dododots X The Powerpuff Girls Acne Patch

Blind Pack Surprise: Dapat Siapa?

Apa yang buat koleksi ini lebih menarik? Setiap pek dijual secara "blind pack" — maksudnya, korang tak tahu design mana yang korang dapat sampai korang buka! Ini menambahkan elemen kejutan dan keseronokan buat para pembeli dan pengumpul tegar.

Blind Pack Dododots

Dalam koleksi ni, ada tiga watak utama yang diangkat jadi inspirasi, serta satu versi bonus misteri:
❤️ Awesome Blossom
Patch berwarna merah menyala dengan sentuhan pink — sesuai untuk korang yang yakin dan natural-born leader!
💙 No Trouble Bubbles
Gabungan pastel biru dan kuning — sweet, ceria, dan penuh positive vibes, macam Bubbles.
💚 What’s Up, Buttercup?
Campuran hijau limau dan hitam — untuk yang fierce, bold, dan tak gentar tutup jerawat dengan gaya!
🌈 Sugar, Spice and Everything Nice
Pek Mystery Patch eksklusif yang menggabungkan ketiga-tiga watak Powerpuff Girls — mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak bersama The Powerpuff Girls!

Apa Kata Pengasas Dododots?

“The Powerpuff Girls mempunyai jenama uniknya yang menyeronokkan, pesona dan keterujaan, dan Dododots teruja untuk membawa lebih banyak trio memerangi jenayah ikonik ini ke dalam kehidupan semua orang.” — Esther Wong, CEO & Co-founder Dododots

“The Powerpuff Girls sentiasa mempunyai dan terus mempunyai daya tarikan berbilang demografi dan kami yakin bahawa kami akan melihat reaksi positif daripada pangkalan pelanggan kami untuk patches ini.” — Ethan Wong, Co-founder Dododots

Di Mana Nak Beli?

Koleksi eksklusif ini mula dijual pada 25 Mac 2025 dan boleh didapati melalui:
🛒 Laman web rasmi Dododots
🏪 Lebih 600 cawangan Guardian di Malaysia & 100 cawangan di Singapura
🛍️ Platform e-dagang (Shopee, Lazada)
💸 Harga: RM18 / SGD$9 setiap pek. Cepat dapatkan sebelum stok habis!

Dododots X The Powerpuff Girls

Fakta Best Tentang Dododots

  • Ditubuhkan pada tahun 2021 semasa pandemik oleh dua rakan, Esther & Ethan Wong, Dododots lahir daripada keinginan untuk jadikan pengalaman merawat jerawat lebih fun dan penuh keyakinan.Diperbuat daripada 100% hydrocolloid gred klinikal, sama macam pembalut luka hospital.
  • Diluluskan FDA, ISO dan CE-certified
  • Selamat digunakan untuk semua jenis kulit & semua peringkat umur
  • Dikenali dengan rekaan comel, berwarna-warni dan pelbagai bentuk berbeza

Dododots Juga Ada Mesin Layan Diri!

Selain jualan online dan di farmasi, korang juga boleh dapatkan patch ni dari mesin layan diri Dododots di lokasi popular seperti:
📍 Sunway Pyramid (Asian Avenue)
📍 MyTOWN KL
📍 Paradigm Mall JB
📍 Plaza Singapura

Kerjasama juga dijalankan bersama Miniso dan Guardian di Malaysia, Singapura & Vietnam.

The Powerpuff Girls Sticker Patch

Jerawat Bukan Halangan Untuk Nampak Comel!

Dengan gabungan fungsionaliti dan fun, Dododots X The Powerpuff Girls adalah cara paling stylish untuk ‘cover’ jerawat sambil throwback ke zaman kartun kegemaran kita. Patch ni bukan je berkesan, tapi buat korang rasa yakin dan cute dalam masa yang sama!

Bella J

Bella J serves as a part-time blog writer for Bella J Essence and is also known as a cat whisperer. She graduated from the National University of Malaysia with a Bachelor's degree in Chemistry and currently works as an Influencer & Social Media Manager for a telecommunications company.

Previous Post Next Post