Konsert WE 4U2C: Kembalinya Legenda Hip Hop dengan Flava 90-an! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert WE 4U2C: Kembalinya Legenda Hip Hop dengan Flava 90-an!

Trending

Konsert WE 4U2C: Kembalinya Legenda Hip Hop dengan Flava 90-an!

4U2C Buat Comeback Selepas Hampir 30 Tahun

Selepas lama menyepi, kumpulan rap ikonik 4U2C bakal menggegarkan pentas utama menerusi konsert eksklusif WE 4U2C: Bringin’ Back Da 90’s Flava yang akan berlangsung pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

Konsert WE 4U2C: Kembalinya Legenda Hip Hop dengan Flava 90-an!

Konsert ini menjadi simbol kebangkitan semula 4U2C selepas hampir tiga dekad tidak beraksi di pentas besar. Ia merupakan peluang keemasan buat peminat untuk kembali menyaksikan keunikan persembahan mereka yang pernah mencetuskan fenomena hip hop di Malaysia era 90-an.

Inspirasi Daripada Isteri dan Sokongan Padu Penganjur

Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik. Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya.

Konsert WE 4U2C

Konsert WE 4U2C

Malah AC serta ahli kumpulan lain berjanji akan melakukan persembahan yang terbaik demi peminat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.

“Ini impian lama saya. Dengan idea daripada isteri dan sokongan Juss Event, semuanya terjadi pada masa yang tepat. Kami akan beri persembahan terbaik untuk peminat,” kata AC.

Bukan Sejarah Baru, Tapi Trendsetter Baharu

Tujuan utama konsert ini bukan untuk mencipta sejarah, sebaliknya untuk membuktikan bahawa 4U2C masih mampu menjadi trendsetter buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain. dalam industri muzik tempatan. Jelas AC, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut.

“Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu.Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi trendsetter. Kami nak kembalikan era lama dan buktikan Malaysia punya artis berkualiti. Dulu kami yang pertama gabungkan nyanyian dan tarian. Konsert ini akan bawa semangat itu semula,” ujar AC.

Tiga Lagu Baharu Menanti Peminat

4U2C turut bakal melancarkan tiga single baharu tahun ini. Satu lagu balada dan dua lagu rancak yang mencerminkan sisi baru mereka sejajar dengan cita rasa muzik semasa. 4U2C mahu pendengar zaman sekarang lihat versi terkini 4U2C dan nyanyi bersama ketika konsert nanti.

AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman. 4U2C mahu tunjuk sisi baharu mereka buat pendengar zaman sekarang dan harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti.

Penghormatan Buat Legasi 4U2C

Selain AC, 4U2C dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam. Konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert We 4U2C ini juga dilihat sebagai satu penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia.

WE 4U2C Legenda Hip Hop

Diketuai oleh komposer tersohor Aubrey Suwito  bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisan pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri. Aubrey memulakan perjalanan muziknya pada usia 6 tahun dan telah banyak bekerjasama dengan ramai artis ternama, hasilnya dia berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri muzik.

Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka , konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta.

Barisan Penaja dan Rakan Strategik

Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group. Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman.

Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak.

Maklumat Tiket dan Cara Pembelian

Tiket konsert WE 4U2C boleh dibeli bermula 30 Jun 2025 menerusi Ticket Empire dan Fantopia, dengan harga bermula dari RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah.

Harga tiket konsert we 4u2c

Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite)

Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang sangat tinggi. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian atau secara 'beli dahulu, bayar kemudian' melalui Atome, Shopee Pay Later dan Pay Later by Grab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss, manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post