Hi Korang! Kak Bell stress yer, asal malam je internet slow. Menganggu
konsentrasi sangat nak habiskan tour drama Korea. Lepas dah tengok habis 3
drama Korea sebelum ni terus sambung pulak cerita
'Jewel In The Palace'. Walaupun cerita ni dah lama tapi Kak Bell suka
sebab drama ni mengisahkan 'Court Lady' iaitu tukang masak istana
pada kira-kira 500 tahun yang lalu semasa zaman Dinasti Chosun.
Cerita ni merupakan pada kisah benar tentang seorang gadis legenda
(Jang Geum) yang menjadi wanita pertama menjadi doktor kerajaan
tertinggi pada zaman tu. Asalnya dari tukang masak istana, terus jadi doktor
lepas lalui banyak rintangan sebab nak balas dendam terhadap kematian ibu
dia yang mati disebabkan konspirasi. Memang sakit hati tengok penjahat dalam
cerita ni. Btw, Kak Bell kagum yer, macam-macam dorang masak untuk hidangan
raja. Siap dengan ulasan bahan tu diguna untuk apa, method memasak macam
mana, siap berlawan-lawan lagi sebab nak jadi Highest Kitchen Lady ala-ala
Master Chef gitulah. Nak tapis bahan pun gunakan kain yer sebab zaman tu tak
ada penapis macam kita sekarang ni. Yang penting bila time potong bahan-bahan, tetiba tangan pelakon jadi
gemuk. Nampak sangat bukan pelakon yang potong sayur kan.
Hehehe. Masa final year belajar dulu, sanggup ye dengan kawan sebelah bilik Ms
Kelly ponteng kuliah malam sebab nak tengok cerita ni. Nampak tak punyalah
minat cerita ni. Kak Bell baru je tengok sampai episod 29, semua ada 54
episod. Pitamlah nak habiskan.
Disebabkan internet macam haram, dah restart bagai, walaupun router ada
atas kepala ni ha, tetap tak boleh streaming. May be line congested kot
memalam ni. Semua orang nak tengok drama Korea gamaknya. Nak meroyan pun tak
guna. So Kak Bell gigihlah siapkan entri yang tertunggak ni. Haha. Bagus
jugak tak boleh layan drama, kalau tak sampai ke sudah lah tak siap kerja.
Hehe. Kalau korang nak tengok menu masakan rare pada zaman diraja Korea,
bolehlah tengok cerita ni. Mana tau dapat inspirasi buat resepi baru ke
kan!
Hari ni Kak Bell kongsikan resepi Sayur Goreng Jawa. Ada macam-macam versi
sayur goreng jawa ni dan kalau di Johor, lebih dikenali sebagai Sambal
Goreng Jawa. Bezanya, sambal goreng Jawa tu ada blend sekali dengan cili
kering. Bahan-bahan pun mudah, cuma renyah nak siapkan semua bahan dan kene
goreng bahan secara berasingan. Bila memasak nanti memang mudah sebab
campakkan aje semua bahan. Sekali tengok, macam bahan-bahan masakan untuk
nasi ambeng. Pertama kali mencuba dan masak menu ni dan hasilnya memang
sedap. Makan pulak dengan sambal kurau dan sambal hitam. Memang gemuk la
jawabnya. Dah siap sedia? Let's go through resepi then korang boleh pi
masak.
Bahan A (goreng berasingan)
Minyak untuk menggoreng
2 keping tempe
3 biji ubi kentang
4 ketul hati ayam
Bahan B (tumbuk bahan bertanda*)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci Halia*
2 biji lada merah
5 batang kacang panjang
2 pek suhun (direndam)
2 pek pucuk/fucuk (direndam)
Kicap lemak manis
Sedikit garam
1) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A di atas secara berasingan dan asingkan.
5) Tambahkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gaul rata.
TIPS!
- Boleh tambah tauhu,kobis dan udang jika ada.
- Goreng sedikit garing tempe dan tauhu.
- Kuantiti bahan ikut kesesuaian hidangan.
- Boleh lebihkan kicap manis jika suka.
Mudah kan resepi ni? Makan macam tu sahaja pun sedap yer. Kentang goreng
dengan tempe tu memang sangat sedap. Tambah pulak ada sambal kurau tu memang
membuka selera. Lepas ni nak repeat lagi sebab boyfriend ilusi Kak Bell dah
order nak makan. Selamat mencuba. Okayy, Bye.
Sayir goreng ni fav abah. Almaklumlah orang jawa hehehe..kalau raya ..ni lah makanan wajib ada ats meja
ReplyDeleteWaahh sdapnyeee ni fav saya jgk.. Stiap kli balik kampung msti sruh my mom masakkan..
ReplyDeleteUntunglah bakal suami Kak Bell kan sebab rajin masak.... bersedia lah untuk membesar bagai johan kelak hahaa
ReplyDeleteSayur Goreng Jawa terkenal di dalam masayarakat Jawa kan..sedap...SA suka..biasa jumpa yang letak udang...
ReplyDeleteSalam singgah dan follow sini..
ReplyDeleteTerjah entri ni CCL dapat resepi baru hari ni . Nak try la . Doakan CCL berjaya masak resepi ni yer
ReplyDeleteSedapnya akak !! Walaupun bukan org jawa masa study dulu asik makan makanan jawa. Suka sangat. Tq share resepi nt bleh buat 😘😘
ReplyDeleteApa sahaja lauk bila ada tempe memang saya suka. Sayur ni pun suka walaupun bukan jawa. Ratah macam tu saja. Terima kasih berkongsi resepi.
ReplyDeleteBella tunggu resepi CCL ya
ReplyDeleteHaha Rawlins. Sesama membesar menjadi johan.matilah nakk
ReplyDeleteSedapnya kak bell. Dulu kinah mana la reti mana la reti makan sambal jawa ni. Bila kawan-kawan ramai orang jawa dan belajar makan makan nasi ambeng terus jatuh cinta dengan sambal ni. Hihi kinah bookmark dulu resepi kak bell ni.
ReplyDeleteKita orang keturunan Acheh tapi suka masakan Jawa macam ni hehehe ni kalau makan ngan Nasi Ambeng kan sesuai sedapnya Nasi Ambeng mana nak dapat yer...
ReplyDeleteFuhh banyaknya resepi kat blog ni!! Seronok baca, Nanti boleh cuba! Hihi.
ReplyDeleteTQ for sharing :) Siqah follower baru here #35 :)
serious terliur ni. I love veggies.
ReplyDeletesinggah nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
SEDAPNYA ...
ReplyDeleteThanks Shiqah. Dah folow Google. Tgh cari blog link dan follow balik 😀
ReplyDeleteWalaupun saya bukan orang Jawa tapi saya suka makan sayur jawa ni sebab ada tempe
ReplyDeleteHee sedapnya memang fav kita ni! Makan ni dgn nasi panas pun dah okay sgt dah ^_^
ReplyDeletehahaa..nad nak buat tak baut-buat..tapi kawan ajar ada siap masukkan santan..tu pelik
ReplyDeleteYwow nampak macam sedap lepas ni nak kena try reseipi sayur ni haha
ReplyDeleteBell, rajinnya masak. Haih, saya dah lama teringin nak masak macam ni tau. Tapi bila ada budak kecik ni, masak sekadar mana yang boleh je. Sebab anak asyik nak ikut masak sekali masuk dapur. Risau jugak takut kena minyak panas ke kuali panas.
ReplyDeletePandai Bella masak... Rajin sangat2 lah.. dulu Racheal rajin jugak tapi semakin hari semakin malas... hahaha
ReplyDeleteracheal_foodilifecious
Tak pernah pulak tahu yang tambah santan tu Nad. Nanti Bella usha tgk resepinya.
ReplyDeleteSyafiera kalau hang tak pernah try, harus masak ni
Selalu nampak Fadzi post memasak dgn Aniq. Hehe. Rajin nak tolong mama dia.
ReplyDeleteRacheal you bagilah resepi Chinese, teringin nak try.
ReplyDeletesha suka sayur ni, kadang gi kedai selalu habiskan sayur ni haha taktau pulak yang namanya sayur jawa hehe tapi tempe takmakan
ReplyDeleteI love preparing nutritious recipe for my family. This Javanese Vegetable looks so healthy and a yummy recipe will definitely try this.
ReplyDeleteahhhhhh! kak bella! kita suka betul menu masakan jawa ni, lelagi menu time kondangan tu, ya Allah , Tuhan saja tahu nikmat dia macamana,hihi
ReplyDeleteI love watching Jewel in the Palace too... and that sayur goreng tempe looks so good... must give it a try...
ReplyDelete