Justice League (2017)

Trending

Justice League (2017)

Everybody knows that the dice are loaded
Everybody rolls with their fingers crossed
Everybody knows the war is over
Everybody knows the good guys lost
Everybody knows the fight was fixed
The poor stay poor, the rich get rich
That's how it goes
Everybody knows..

Hi Korang!! Mission accomplished! Nasib masih tak menyebelahi, so Kak Bell beli sendiri tiket untuk tayangan Justice League (2017). Buat semakan untuk booking online sebab takut tiket habis. Maklumlah, ramai yang menantikan filem ni keluar. Banyak pulak tayangan midnight sampai 2,3 hall untuk waktu yang sama. So, walk-in sajalah beli tiket. Puas menunggu lewat jam 12AM filem masih belum tayang. Iklan pun tak muncul. Dalam hati betul ke hall Kak Bell masuk ni. Lepas hampir 30 minit baru staf GSC maklumkan ada masalah teknikal untuk subtitle. Jadi dipindahkan ke panggung Atmos D-Box. Semua peserta gigih berlari nak rebut seat katanya. But iols mantain cun ajelah catwalk dengan kawan kita, Chriss Pratt. Ehh. Sempatlah merasa 2,3 kali kerusi tu bergerak. Jadilah, 1st experience duduk kat kerusi ni kan. Kalau sepanjang movie, kerusi bergerak maunya Kak Bell menjerit kalau time suspen kan!



Filem yang diedar oleh Warner Bros. Pictures dan diproduksi oleh DC Films ini diarahkan oleh Zack Snynder. Filem ni merupakan filem kelima dari DC Extended Universe.


Rating: PG-13 (for sequences of sci-fi violence and action)
Genre: Action & Adventure, Drama, Science Fiction & Fantasy
Arahan: Zack Snyder
Penulis: Chris Terrio, Joss Whedon
Mula Tayangan: Nov 15, 2017
Runtime: 110 minutes
Studio: Warner Bros. Pictures

Okay permulaan cerita imbas tentang Superman mati dengan Justice League OST, Everybody Knows by Sigrid. Suasana sedihlah mengenangkan Superman yang mati masa movie Batman vs Superman: Dawn of Justice. Jadi, sah-sahlah lah watak Clark Kent ni akan muncul. Umum tahu, Superhero yang hadir dalam film ini adalah Batman (Ben Affleck), The Flash (Ezra Miller), Aquaman (Jason Momoa), Wonder Woman (Gal Gadot), Cyborg (Ray Fisher) dan Superman (Henry Cavill). Batman dan Wonder Woman mengumpulkan semua superhero ni untuk menghadapi ancaman Darkside, Steppenwolf (Ciaran Hinds) yg datang ke Bumi untuk mencari tiga "Mother Box", yang akan digunakan untuk hancurkan bumi.


 Binatang serangga robot

Terlebih dahulu aksi pembukaan dari Batman, aksi Wonder Women menghalang letupan bom pengganas dan Steppenwolf yang telah menyerang Amazon (Themyscira) untuk dapatkan mother box pertama. Sebelum ni Darkside parnah menyerang bumi dan ada imbasan Hero alliance yang terdiri daripada Green Lantern dan Shazam dalam misi menyelamatkan dunia. Bezanya, kali ini ada Aquaman. Jadi ketiga-tiga mother's box tu diberi berasingan pada kaum Amazon, Atlantis dan penduduk bumi untuk disorok. Batman memberi idea untuk menghidupkan kembali Superman untuk membantu mengalahkan Steppenwolf yang hanya boleh dikalahkan dengan bangsa Krypton yakni Superman lah. Superman dihidupkan semula dengan menggunakan mother box terakhir yang ditanam kat bumi. 


Jalan ceritanya agak biasa bagi Kak Bell. Macam penat menunggu sebab nak intro 5 cerita superhero dlm movie ni. Unsur humour ada diselitkan sedikit antara Flash dan Superman. Aksi paling kelakar bila seorang budak kecik mersiap-sedia dengan penyembur racun serangga nak bunuh serangga robot tu. Then, watak yg beraksi pun tak seimbang. Mostly watak Batman dengn Wonder Women je yang bnyk. Btw, i love Wonder Women. Memang suka dengan watak aksi Wonder Women dan aksi Batman pun ok. Yang lain, macam watak tempelan je, Aquaman adalah tunjuk yang dia tahan air masa air masuk kat loji nuklear semasa berlawan dengan Steppenwolf. Bagi i aksi kurengg dan aksi penjahat pun biasa2 saje.


 Heyy Batman, malulah suit you ni! Hahaha

Watak Steppenwolf yang memula nampak gah, besar hebat, hujung-hujung kalah dengan mudah. Rasa tak hebat lah aksi berlawan dengan villian ni. Rasa macam ada kekurangan je movie ni. Lebih sukakan Thor Ragnarok lagi. Sebelum ni Batman dan Wonder Women bekerja secara rahsia, now lepas berjaya dalam alliance ni Wonder Women dah tonjolkan diri dia pada umum. Cerita ni still menarik untuk ditonton. Jangan lupa ada 2 credit scenes diakhir cerita. 2nd spoiler ada Lex Luthor dan Deathstroke! Maaf la da bg spoiler. Hahaha. Selamat menonton.

Berapa bintang nak bagi? : 6.5/10


You Cant Save The World Alone
We use our power to protect the world and always have #Wonder Woman
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

15 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Sis dah tgok tayangan perdana kat genting semalam. Paling suka gan wonder women dan flash. Tgok aksi wonder women tu terasa macam kita lak beraksi hahaha. The flash cute n kelakaq..suka gak gan dia. Jalan cite simple, tak serabut otak memikir..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ingat nak bawa anak pergi tengok tapi macam tak berapa best. Maybe we should go for other movie instead.

    ReplyDelete
  3. Patut nak tgok hari ni...terpaksa cancel mak tak sihat..so kena balik seremban..pas tu plak tetiba boss kuar arahan kena stay back malam ni...erm....poning acik

    ReplyDelete
  4. Best tak cite dia?nti nak ajak anak pg tengok

    ReplyDelete
  5. dah lama tak tengok wayang since ada anak kecik ni.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Menarik en citer dia? Cinematography pun cantik betul. Tapi Bal tengok sekerat je. Sebab tidur dalam panggung wayang tu. Hahahahahaa

    ReplyDelete
  7. Entahlah kita macam tak berminat lak bila movie yang gabungkan ramai superhero macam ni hehehe sebab susah nak fokus mana yang hero. Kita pun tak tengok lagi movie ni hehehehe nasib ramai orang review dah boleh baca jer hehehee..

    ReplyDelete
  8. Justice League best juga kan. Suka part Flash tu. Pastu suka Aquaman. Awww kacaknya. hahahah

    ReplyDelete
  9. Pada Rawlins - best tapi perkembangan watak lama sangat jadi sedikit lembap hahaha.. tapi takleh lawan Thor!

    ReplyDelete
  10. i baru pi tengok semalam~~ one kesimpulan, superman is the best among all heroes... haha this i tak pernah tau..

    Which Income Group Do You Belong To?

    ReplyDelete
  11. Tak sabar nak tengok sequel movie ni nanti.
    Macam best je kalau dia buat movie pasal flashman tu jugak, hahaha

    ReplyDelete
  12. Semenjak ada anak kecik ni..jrg2 tgk wayang. Tp citer ni best sgt..meronta2 pulak jiwa nk tgk wyg

    ReplyDelete
  13. Trending movies sekarang... unite semua super power :D

    ReplyDelete
  14. My children favourite superheroes are there. Planning to watch it together during school holidays.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post