Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia

Trending

Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia

Secara mudahnya, pendapatan isi rumah di Malaysia ni dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu T20, M40 dan B40. Apakah pula maksud kategori Miskin Tegar? Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui perbezaan pendapatan isi rumah bagi ketiga-tiga kategori ini bagi rakyat Malaysia.

Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia

Maksud Pengkelasan Isi Rumah B40, M40 & T20

Setiap isi rumah rakyat Malaysia boleh dikelaskan dalam salah satu kategori mengikut pendapatan bulanan. Pendapatan isi rumah bulanan penengah (min) bagi kumpulan adalah seperti berikut:
  • Terendah 40% atau bottom 40% (B40)
  • Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40)
  • Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20)

Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia


Untuk makluman, ini adalah pendapatan isi rumah, bukan gaji individu.

Kumpulan T20

Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan RM 8,319.00 dan ke atas.
20% daripada penduduk Malaysia adalah dalam kumpulan T20

Kumpulan M40

Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan antara RM 3, 860.00 hingga RM 8,319.00
40% daripada penduduk Malaysia adalah dalam kumpulan M40.

Kumpulan B40

Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan dibawah RM 3, 860.00
40% daripada penduduk Malaysia adalah dalam kumpulan B40.

Miskin (PGK)

Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM950.00


Maksud Kategori Miskin Tegar

Golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.

Maksud T20, M40, B40, Miskin Tegar : Beza Pendapatan Di Malaysia


Terkini mengikut purata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini bagi tahun 2022 adalah RM2,589 ke bawah.

Mengenai analisis kemiskinan mutlak pula, Mohd Uzir berkata nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi 2022 meningkat kepada RM2,589 berbanding RM2,208 pada 2019.

Terdahulu menurut JKM, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.

Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda boleh mendaftar di e-Kasih untuk membolehkan anda menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada Program Bantuan anjuran Kerajaan dan Badan-badan berkaitan.

Dengan perkongsian ini, dapatlah tentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah. Pengkelesan ini digunapakai oleh kerajaan bagi memberikan bantuan dan subsidi yang berpatutan dari kerajaan seperti bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah).

t20 malaysia 2023, t20 income, t20 malaysia income, b40 m40 t20 meaning, b40 m40 t20 malaysia, malaysia income classification, t20 income 2023, b40 m40 t20 2023,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post