Trending


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran Bantuan Tunai B40 Mulai 17 Januari 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran Bantuan Tunai B40 Mulai 17 Januari 2023 | Menerusi kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Kewangan, STR/BKM telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran Bantuan Tunai B40 Mulai 17 Januari 2023

STR Fasa 1 untuk B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal pada Mac depan bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.


STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100). Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah kepada 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion, akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR secara berperingkat mulai esok 17 Januari 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran Bantuan Tunai B40 Mulai 17 Januari 2023


KATEGORI DAN KADAR BANTUAN STR FASA 1
Untuk makluman, terdapat 3 kategori yang akan terlibat menerima bantuan STR fasa 1 ini dengan kadar yang telah ditetapkan seperti berikut :

Kategori isi rumah : Menerima bayaran sebanyak RM300
Kategori bujang : Menerima bayaran sebanyak RM100
Kategori warga emas tiada pasangan : Menerima bayaran sebanyak RM100

TARIKH BAYARAN STR
Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 17 Januari 2023 di seluruh negara.


KAEDAH BAYARAN STR
Dimaklumkan pembayaran STR akan diberikan secara kredit terus ke akaun masing-masing. Bagi yang tidak mempunyai kad bank, anda boleh tebus bantuan di mana-mana cawangan Bank simpanan nasional (BSN) berdekatan. Tuntutan boleh dibuat bermula pada 17 Januari 2023.

PENERIMA STR TANPA AKAUN BANK
Bagi penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari.


SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

Untuk makluman, pemberian sumbangan ini adalah bagi rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Pemberian bantuan STR ini bagi menggantikan bantuan BKM pada tahun ini.

Kredit :
https://carianterbaru.com/category/bantuan/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1052688/bantuan-tunai-b40-kini-sumbangan-tunai-rahmah-bayaran-fasa-pertama


bantuan tunai b40, sumbangan tabung masjid, sumbangan bersamamu tv3, bantuan tunai one off rm500, bantuan tunai one off, sumbangan b40, sumbangan tabung haji, Sumbangan Tunai Rahmah STR, Bantuan Keluarga Malaysia BKM, Bantuan Tunai Rakyat BTR, cara mohon BTR, cara semak BTR, semakan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rakyat, permohonan bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah hasil gov, bantuan tunai hasil gov my login, daftar bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah semakan online,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post