Cara Jawap Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Jawap Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Trending

Cara Jawap Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Cara Jawap Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh) | Menjawab seruan azan setelah azan dilaungkan adalah dianjurkan sebagai umat Islam. Perkara yang nampak mudah, mungkin dianggap tidak susah, kadangkala kita lupa nak buat. Di sini dikongsikan cara jawab azan yang betul, termasuk cara menjawab azan Subuh.

Cara Jawab Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]



Apa Maksud Azan?

Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan). Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan bukan perempuan dan kaedah azan adalah dilaungkan dengan lafaz-lafaz dan nada tertentu.

Cara Jawab Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)


Maksud Azan Dalam Rumi


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah
.


Cara Jawab Dan Lafaz Azan Dalam Rumi

Anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, boleh lihat infografik dibawah supaya lebih mudah.

Cara Jawab Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Lafaz Azan & Lafaz Jawab Azan


Lafaz Azan : Allahu Akbar, Allahu akbar
Jawab Azan : Allahu Akbar, Allahu akbar

Lafaz Azan : Ashadualla ilaha illallah
Jawab Azan : Ashadualla ilaha illallah

Lafaz Azan : Ashaduannamuhammadar rasulullah
Jawab Azan : Ashaduannamuhammadar rasulullah

Lafaz Azan : Haiyya ‘alas solah
Jawab Azan : Laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Lafaz Azan : Haiyya ‘alal falah
Jawab Azan : Laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Lafaz Azan : Allahu akbar, Allahu akbar
Jawab Azan : Allahu akbar, Allahu akbar

Lafaz Azan : Laa ilaha illallah
Jawab Azan : Laa ilaha illallah



Cara Jawap Azan Subuh

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah ini:

Lafaz Azan : 
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Solat itu lebih baik daripada tidur.

Jawab Azan :
sodaqta wa bararta
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.

Ringkasan Cara Jawab Azan


Kalimah Hayya ‘alas-salāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

Kalimah Hayya ‘alal-falāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

Kalimah Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm hendaklah dijawab dengan sodaqta wa bararta yang bermaksud Benar dan Engkau mendapat kebaikan.


Bacaan Doa Selepas Azan / Doa Selepas Azan Dalam Rumi


Cara Jawab Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Berikut adalah doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.


Maksud Doa Selepas Azan

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. 
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

cara jawap azan rumi, cara jawab azan subuh, lafaz azan dan jawab azan, maksud jawab azan subuh, cara jawab azan dengan betul, cara jawab azan dan iqamah, doa selepas azan dalam rumi, cara jawab lafaz azan, cara nak jawab azan,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post