Trending


Lirik Lagu Dirgantara Aiman Sidek feat Alin Sidek

Lirik Lagu Dirgantara Aiman Sidek feat Alin Sidek | Selepas hits dengan lagu duet ‘Cinta Sejati’ yang meraih lebih 10 juta tontonan muzik dan lirik video di Youtube dan platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music, Deezer, Amazon Music dan lain-lain, pasangan adik beradik, Aiman Sidek dan Alin Sidek tampil dengan single terbaru yang bertajuk ‘Dirgantara’ bersempena dengan sambutan Hari Tahun Baru, 1 Januari 2023 yang lalu.

Lirik Lagu Dirgantara Aiman Sidek feat Alin Sidek

‘Dirgantara’ diciptakan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang mula menapak dalam industri dengan lagu yang pernah popular, Cinta Terakhir lebih sedekad lalu. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, buah tangan Dirgantara ditunggu-tunggu oleh peminat ‘Cinta Sejati’ sebagai sebuah sekuel kepada penceritaan lagu duet yang telah menambat hati peminat muzik tanah air tersebut, sarat dengan lirik yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat.


Dirgantara merupakan kisah pasangan yang dilamun cinta namun dipisahkan jarak yang sentiasa menantikan saat untuk disatukan semula. Bait kata dan melodi lagu yang didendangkan dapat menemani hari-hari sang pencinta yang merindui pasangan mereka. Lagu ini juga dirancang untuk dijadikan OST beberapa drama dan telefilem yang sedang berada dalam proses perbincangan untuk kerjasama.

Walaubagaimanapun, penyanyi yang mula dikenali dengan penampilan sulung ‘Cinta Sejati’, Alin Sidek berkemungkinan menjadikan lagu ‘Dirgantara’ sebagai penutup karier nyanyiannya untuk memberikan tumpuan kepada keluarga dan kerjaya di sebuah syarikat perbankan.


Sejak dilancarkan, lirik video ‘Dirgantara’ telah berjaya meraih lebih 100,000 tontonan di Youtube di mana rata-rata pendengar memberikan maklumbalas positif terhadap lagu yang dikatakan mempunyai kata-kata puitis dengan melodi yang dekat di hati semua.

Tajuk lagu : Dirgantara
Penyanyi : Aiman Sidek ft Alin Sidek
Lagu : Aiman Sidek
Lirik : Aiman Sidek / Faizal Abidin

Lirik Lagu Dirgantara
Dirgantara
Melewati pusat bumi
Begitulah jarak memisahkan kita

Bersenandung dalam irama yang syahdu
Menantikan bait bait
Kata manis bicaramu

Akulah arjuna
Menanti cintanya
Menunggu saatnya
Ratna cinta tiba

Dirgantara
Sejauh aku dan kamu
Namun hati tetap kuat kan menyatu

Saat itu pasti tiba kan waktunya
Dua hati jadi satu
Dua jiwa kan bersatu

Akulah rahara
Menanti cintanya
Menunggu saatnya
Roman cinta tiba

Walau dalam gelap malam
Masih terlihat bintang
Walau dalam fana cinta
Pasti ada sinar

Aku lah rahara
Menanti cintanya
Menunggu saatnya
Roman cinta tiba (ratna cinta tiba)

Akulah pencinta
Menanti cahaya
Memberi sinarnya
Warnai dunia


Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi.


Alin Sidek yang merupakan adik kandung kepada Aiman Sidek, adalah Pensyarah Sambilan di UNISZA mempunyai minat dan bakat dalam nyanyian seperti adik-beradik mereka yang lain. Cinta Sejati merupakan penampilan pertama Alin dalam industri muzik tanah air dan bercadang untuk tampil dengan beberapa buah lagu di lagi di masa akan datang. Mereka pernah berduet dengan single ‘Cinta Sejati’ yang hits di corong-corong radio dan platform media sosial pada tahun 2021.

dirgantara maksud, Lirik Lagu Dirgantara Aiman Sidek feat Alin Sidek, Lirik Lagu Dirgantara Aiman Sidek, lirik lagu aiman sidek, lirik lagu dirgahayu,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post