Frekuensi Suria FM Di Seluruh Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Frekuensi Suria FM Di Seluruh Malaysia

Trending

Frekuensi Suria FM Di Seluruh Malaysia

Suria FM merupakan salah satu stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Media Group Berhad. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan senarai Suria FM frekuensi atau frekuensi Suria FM di seluruh negeri di Malaysia.

Frekuensi Suria FM Di Seluruh Malaysia

Info Mengenai Suria FM

Suria FM mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pengaturcaraan stesen radio disasarkan kepada orang Melayu moden, berumur antara 25 hingga 35 tahun.

"Segalanya Hiburan" digunakan sebagai cogan kata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite" iaitu gabungan format kontemporari hit dan kontemporari dewasa dengan memainkan dua atau tiga lagu Melayu 90-an setiap jam disamping memainkan lagu-lagu popular kontemporari hit Malaysia, lagu terkini dari Indonesia dan juga K-Pop. Segmen Suria Cinta yang disampaikan oleh DJ Lin sejak 2006 pada waktu malam merupakan segmen paling popular di Suria dan hanya memainkan muzik jenis kontemporari dewasa

Senarai DJ dan Penyampai Radio Suria FM

Suria mempunyai tujuh orang penyampai radio dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 1 pagi pada hari Ahad hingga Jumaat. Manakala, pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam pada hari Sabtu. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu dan iklan sahaja akan ke udara.

Frekuensi Suria FM Di Seluruh Malaysia


Senarai DJ dan penyampai radio stesen ini pada masa kini adalah:
  • Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)
  • Suraya Burhan (Suraya)
  • Tuah Zulqarnain (Tyzo Xander)
  • Feeya Iskandar (Cik Piah)
  • Sharifah Shahirah (Rara)
  • Shahmira Muhammad (Shuib Sepahtu)
  • Mohd Hanaffi Razak (Ajak)

Suria FM Frekuensi

Berikut adalah senarai frekuensi Suria FM yang terkini dan diambil dari laman Suria FM sendiri. Pada 9 November 2019, frekuensi Suria di Kota Kinabalu, Sabah telah ditamatkan siarannya.

Frekuensi Suria FM

  1. Frekuensi Suria FM Lembah Klang = 105.3 FM
  2. Frekuensi Suria FM Seremban = 107.0 FM
  3. Frekuensi Suria FM Johor Bahru = 101.4 FM
  4. Frekuensi Suria FM Melaka = 88.5 FM
  5. Frekuensi Suria FM Taiping = 91.7 FM
  6. Frekuensi Suria FM Ipoh = 96.0 FM
  7. Frekuensi Suria FM Perlis = 106.9 FM
  8. Frekuensi Suria FM Kedah = 106.9 FM
  9. Frekuensi Suria FM Penang = 106.9 FM
  10. Frekuensi Suria FM Kuala Terengganu = 102.4 FM
  11. Frekuensi Suria FM Kuantan = 96.1 FM
  12. Frekuensi Suria FM Kota Bharu = 106.1 FM
  13. Frekuensi Suria FM Kota Kinabalu = 105.9 FM
  14. Frekuensi Suria FM Hypp TV = Saluran 956
  15. Frekuensi Suria FM di Astro =

Anda juga boleh mendengar radio Suria FM secara online melalui pautan https://dengar.suria.my/r.suria.my/.


Segmen Suria FM

Berikut merupakan segmen-segmen yang terdapat di stesen radio ini:
  • Morning Morning Suria - Shuib, Suraya, Ajak
  • Suria Cinta - DJ Lin
  • Gaya Suria - Cik Piah
  • Suria Petang - Tyzo, Rara
  • Hello Suria - Tyzo, Cik Piah
  • Muzik Top Suria - Cik Piah
  • Carta Suria Top 40 - Suraya
  • Refleksi Di Suria
  • Info Trafik d Di Suria
  • Carta Rockmantika - Rara

Morning Morning Suria
Meriahkan pagi anda bersama penyampai Morning Morning Suria, Shuib, Ajak dan Suraya, setiap Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi!

Gaya Suria
Dengarkan celoteh Cik Piah mengenai tips kekeluargaan, kesihatan dan kewanitaan dalam segmen Gaya Suria setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Muzik Top Suria
Sampaikan ucapan dan dedikasikan lagu pilihan anda untuk yang tersayang di segmen Muzik Top Suria bersama Cik Piah. Pada setiap Isnin hingga Jumaat, 1.00 petang hingga 3.00 petang. Caranya mudah sahaja, hantarkan ucapan dan lagu pilihan anda melalui Whatsapp di 012 555 1053.

Suria Cinta
Layan perasaan anda dengan lagu-lagu cinta bersama DJ Lin setiap Ahad hingga Jumaat, jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi. Dedikasikan lagu pilihan atau kongsikan ucapan anda kepada yang tersayang dan anda juga boleh luahkan masalah cinta anda kepada DJ Lin.

Suria Petang
Jadikan kesesakan petang anda lebih lancar dengan mendengar Suria Petang bersama Tyzo dan Rara setiap Isnin hingga Jumaat, 3.00 petang hingga 7.00 malam!

Carta Suria Top 40
Carta Suria 40 memainkan lagu-lagu popular pilihan pendengar bersama Suraya serta selebriti popular sebagai tetamu jemputan selama 4 jam pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Setiap minggu, 2 lagu baru akan diundi oleh pendengar untuk dimasukkan di dalam Carta Suria Top 40 (Percalonan Baru).

Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio, tidak kira ia dimiliki oleh kerajaan ataupun swasta. Suria FM merupakan salah satu daripada 5 stesen radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia. Baca juga tentang stesen Radio Rakita.

Frekuensi suria fm playlist, Frekuensi suria fm live, frekuensi suria fm kuala lumpur, frekuensi suria fm pahang, frekuensi suria fm perak, frekuensi suria fm selangor, frekuensi suria fm kuantan, frekuensi suria fm penang,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post