Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Hi Korang! Ikuti Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3 yang akan dikemaskini selepas konsert. Siapa artis pilihan korang yang bakal mendahului carta?

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Minggu ketiga menyaksikan para peserta menyanyikan lagu pilihan dengan tema Putar Kiri, Putar Kanan. Untuk minggu ketiga memang Ayai dan Zamani nampak kurang sikit persembahan mereka. Untuk Nana tak cukup kick dan gedik. Kalau menggedik sikit cara nyanyi macam Aida Jebat mesti best lagu tu.

Antara persembahan yang best bagi Kak Bell adalah Liza Hanim, Noryn Aziz dan Naqiu. Hadi Mirza pun not bad sebenarnya.

TIADA penyingkiran diumumkan pada minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Penyanyi Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu Bole Chudiyan menerima kedudukan markah tertinggi untuk minggu ini.Manakala Liza Hanim di tempat kedua dan Naqiu ketiga Ayai Ilusi yang menyampaikan lagu Donde menjadi peserta menerima markah terendah.

Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Tarikh konsert: 8 Oktober 2023
Tema: Putar Kiri Putar Kanan

1. Jaclyn Victor (Bole Chudiyan) - 76.00%
2. Liza Hanim (Pantun Janda) - 74.75%
3. Naqiu (Santai) - 74.50%
4. Noryn Aziz (Kemelut Di Muara Kasih) - 66.00%
5. Aliff Aziz (Kasih) - 66.00%
6. Nikki Palikat (Canggung) - 65.75%
7. Hady Mirza (Lemak Manis) - 65.00%
8. Siti Nordiana (Temberang) - 62.75%
9. Tomok (Cinta Tak Keruan) - 61.00%
10. Ezad Lazim (Zapin Rindu-Rinduan) - 58.00%
11. Azharina Azhar (Sayang Di Sayang) - 58.00%
12. Aishah (Pematah Hati) - 57.25%
13. Zamani (Yang Sedang Sedang Saja) - 53.75%
14. Ayai (Donde) - 51.75%

Juri jemputan: Tiada
Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Jaclyn Victor
Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Tomok
Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Zamani
Peserta Tersingkir Minggu ke-3 - Tiada penyingkiran

Baca juga : Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 : Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4

Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-4 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 15 Oktober 2023
Tema: Berdua Bersatu
 
  1. Jacyln Victor & Idayu – Dialah Dihati (Datuk Siti Nurhaliza)
  2. Liza Hanim & Ziana Zain – Madah Berhelah (Ziana Zain) 
  3. Naqiu & Misha Omar – Aku Dan Dirimu (Bunga Cinta Lestari) 
  4. Noryn Aziz & Liza Aziz – I’m Every Woman (Chaka Khan) 
  5. Aliff Aziz & Aisyah Aziz – If I Ain’t Got You (Alicia Keys) 
  6. Nikki Palikat & Wani Kayrie – Tak Tercapai Akalmu (Elyana) 
  7. Hady Mirza & Marsha – Tentang Rahsia (Judika) 
  8. Siti Nordiana & Amir Masdi – Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw & Eric) 
  9. Tomok & Stacy – Menggegar Dunia (Adam & Stacy) 
  10. Ezad Lazim & Mamat – Untukmu Ibu (Exists) 
  11. Azharina & Azmi Saat – Pupus (Dewa 19) 
  12. Dato’ Aishah & Vince – Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu) 
  13. Zamani & Dato’ Jamal Abdillah – Aku Penghibur (Dato’ Jamal Abdillah) 
  14. Ayai Illusi & Dato’ M. Nasir – Raikan Cinta (Dato’ M. Nasir)

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 3 full episode, gegar vaganza 2023 markah minggu 3, markah gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 episode 3, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 3,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post