Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2

Hi Korang! Baru ada masa ye nak menghapdate untuk Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2, Gegar Vaganza All Stars 2023. Walaupun dah basi tapi sis post la jugak.

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2


Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2

Minggu kedua menyaksikan para peserta menyanyikan lagu pilihan sendiri. So far semua sebat-hebat. Untuk Naqiu dengan Tomok memang sis rasa agak over sikit bila depa menyanyi untuk minggu ni. Try hard sangat. Cliff Omar pun sama tak berjaya menambat hati sis tengok dia perform.

Hady Mirza menjadi juara minggu 2 bagi All Stars Gegar Vaganza dengan markah 79.00%, mengatasi 15 peserta yang lain. Hady Mirza menyanyikan lagu How I Am Supposed To Live Without You nyanyian Michael Bolton.

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2


Kejutan pada minggu kedua, terdapat dua peserta tersingkir iaitu Suki Low dan Cliff Umar. Masing-masing memperoleh markah 56.25% dan 53.25%.Datuk Syafinaz Selamat berpendapat kekurangan pada aspek penyampaian membuatkan dua peserta itu mendapat markah terendah.

Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2

Tarikh konsert: 1 Oktober 2023
Tema: Lagu Pilihan Sendiri

1. Hady Mirza (How I Am Supposed To Live Without You) - 79.00%
2. Jaclyn Victor (Sepi Sekuntum Mawar Merah) -75.50%
3. Azharina (Ayah) - 74.50%
4. Liza Hanim (Setelah Aku Kau Miliki) - 73.00%
5. Aishah (Flashdance What A Feeling) - 69.50%
6. Noryn Aziz (Akhirnya Kini Pasti) - 69.25%
7. Nikki Palikat (Bersama Akhirnya) -68.50%
8. Naqiu (Setahun Sudah Berlalu) - 66.75%
9. Siti Nordiana (Sepi) - 66.50%
10. Ayai (Bunga Pujaan ) - 66.25%
11. Tomok (Malam) - 65.75%
12. Zamani (Sambutlah Kasih) - 65.50%
13. Aliff Aziz (Sampai Mati) - 65.25%
14. Ezad Lazim (Potert) - 60.50%
15. Suki Low (Tak Ingin Usai) - 56.25%
16. Cliff Umar (Laskar Cinta) - 53.25%

Juri jemputan: Tiada
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Tomok
Peserta Tersingkir Minggu ke-2 - Suki Low dan Cliff Umar

Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 : Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 3

Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-3 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 8 Oktober 2023
Tema: Putar Kiri Putar Kanan

  1. Hady Mirza – Lemak Manis (Roslan Madun)
  2. Jaclyn Victor – Bole Chudiyan (Sonu Nigam, Udit Narayan, Alka Yagnik, Amit Kumar, Kavita Krishnamurthy)
  3. Azharina – Sayang Disayang (Rublah)
  4. Liza Hanim – Pantun Janda (Ami Hadi Mahdami)
  5. Aishah – Pematah Hati (Nabila Razali)
  6. Noryn Aziz – Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
  7. Nikki Palikat – Canggung (Wany Hasrita)
  8. Naqiu – Santai (Faizal Tahir)
  9. Siti Nordiana – Temberang (Ayda Jebat)
  10. Ayai – Donde (Andi Bernadee)
  11. Tomok – Cinta Tak Karuan (Amigos)
  12. Zamani – Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)
  13. Aliff Aziz – Kasih (Hetty Koes Endang)
  14. Ezad Lazim – Zapin Rindu Rinduan (Sheqal)

Untuk minggu kedua ni banyak lagu best-best. Tak sabar nak dengar lagu Pematah Hati, Temberang dan Kemelut Di Muara Kasih. Agak-agak siapa menyerlah untuk konsert minggu ketiga?

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar: Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 2 full episode, gegar vaganza 2023 markah minggu 2, markah gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 episode 2, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 2,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post