Yuna Asia Tour 2023: Kuching Sarawak Jadi Lokasi Pertama Konsert - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Yuna Asia Tour 2023: Kuching Sarawak Jadi Lokasi Pertama Konsert

Trending

Yuna Asia Tour 2023: Kuching Sarawak Jadi Lokasi Pertama Konsert

Dengan antusias yang sangat tebal meski datang dari sebuah negara ‘kecil’, pemuzik wanita dengan nama Yunalis Zarai ini sedikit pun tidak gentar membawa karya dan menambah ilmu di benua lain di dunia.

Yuna Asia Tour 2023: Kuching Sarawak Jadi Lokasi Pertama Konsert

Perjalanan Karier Yuna: Dari Malaysia ke Dunia Antarabangsa

Setelah beberapa tahun ternyata hasil yang dituai manis sekali. Yunalis atau dikenali dengan nama pentas Yuna bukan sahaja menembusi pasaran lewat kolaborasi bersama figura-figura tersohor dunia antarabangsa seperti Usher dan Jay Park, namun yang penting bagaimana karya miliknya diterima baik oleh pendengar di seluruh dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih dan album demi album digarap Yuna menjadikan karier seni pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27, Terukir Di Bintang semakin bernilai.

Kini pada saat yang tepat, seiring album kelimanya Y5 dirilis, Yuna siap bertemu penggemar yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace sehingga dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music Group.


Kuching, Sarawak: Pilihan Unik Sebagai Lokasi Pertama Yuna Asia Tour 2023

Dan pertemuan lewat Yuna Asia Tour 2023 ini menjadikan Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak sebagai lokasi pertama seumpamanya yang pernah dibawakan oleh penganjur.

Yuna Asia Tour 2023: Kuching Sarawak Jadi Lokasi Pertama Konsert


Yuna Asia Tour akan mencipta momen tersendiri di antara penyanyi kesayangan ramai ini dengan penggemar yang sudah lama menantikan beliau kembali ke tanah air lalu mempamerkan kredibiliti seninya.

Tidak mengikut ‘arus’ memulakan sebuah konsert besar di ibu kota Kuala Lumpur, RK LiveAsia dan Icon Entertainment sebaliknya yakin Yuna Asia Tour yang bakal dilangsungkan di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan sukses.

“Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023 ini. Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa."

Save the Date: Yuna Asia Tour 2023

Yuna Asia Tour 2023 juga mengatakan bintang berusia 36 tahun ini tidak akan mengecewakan penggemar apabila bakal mendendangkan tembang hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Tentulah single terkini, Masih Sunyi yang dirilis tahun ini akan diperdengarkan bersama rendisi lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau.Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” ujar Iman Tang dan Rahul selaku penganjur.


 Baca juga : Konsert Dato Shake Zepp KL

Info Yuna Asia Tour

ACARA: YUNA ASIA TOUR
LOKASI: HIKMAH EXCHANGE, KUCHING, SARAWAK
TARIKH: 27 OKTOBER 2023
PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT & RK LIVEASIA
PEMBELIAN TIKET: https://www.ticket2u.com.my/event/32887/yuna-asia-tour
*sudah mula dijual dari Oktober 2023

LIQUIDROOM, TOKYO 16 OCTOBER 2023
CAPITOL THEATRE, SINGAPORE 18 OCTOBER 202
‘YUNAVERSE’CONCERT
KUALA LUMPUR 22 OCTOBER 2023
HIKMAH EXCHANGE KUCHING 27 OCTOBER 2023

Nantikan pengumuman Yuna Asia Tour di Yuna Music. Jangan sampai terlepas menyaksikan persembahan Yuna!

yuna concerts, yuna masih, yuna records, yuna merch, yuna cd, yuna lp,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post