Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023

Trending

Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023

Hanya dengan menyebut judul-judul lagu ikonik dendangannya, You Know I Love You “tu sais jet’aime”, Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, penggemar sudah dapat meneka gerangan penyanyi legenda ini. InTour Live Events dengan bangganya membawakan Konsert Dato Shake di Zepp KL yang bakal berlangsung pada 16 Disember 2023.

Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023

Penyanyi Legenda Dengan Repertoir 3 Bahasa

Beliau artis Asia pertama yang menjadi penyanyi terkenal menyanyi dalam bahasa Perancis bersama-sama dengan Bruce Lee sebagai pelakon terkenal pada tahun 1976. Di tahun 1983, beliau membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu dan kemudian dikenali dengan nama “Dato Shake”.

Tidak hanya membuat penggemar jatuh hati saat beliau mengalunkan vokal emas lewat lagu-lagu Perancis, Melayu Dan Inggeris , Dato’ Shake mencetak nama sebagai artis antarabangsa terkenal yang berpangkalan di Paris, dan penerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits) yang berprestij daripada Kerajaan Perancis, atas sumbangannya terhadap mempromosikan bahasa Perancis dan budaya di seluruh Asia.

Dikurniakan gelaran Dato’ (Dato Paduka Mahkota Johor) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor (Malaysia) pada tahun 1979, Dato’ Shake akan membuat persembahan dalam beberapa repertoir bahasa iaitu Bahasa Perancis, Inggeris dan semestinya bahasa Melayu. Sedar betapa banyaknya jiwa yang dahagakan suara merdu dan melihat penghibur bertaraf antarabangsa ini beraksi di Malaysia.


Nostalgia Perjalanan Muzikal Dato Shake

Konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muziknya. Semua repertoir terbaik dalam kerjaya muziknya akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan yang merupakan koleksi malar hijau kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.

Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023


InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato ’Shake Zepp KL sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Dato Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an.

Dan tentulah karya-karya terkini yang telah dihasilkan termasuk Chameleon (2012) akan menjadi halwa telinga sekaligus dapat dinikmati secara langsung menerusi konsert anjuran InTour Live Events pada 16 Disember 2023 ini.

“Dato’ Shake merupakan artis yang benar-benar unik. Beliau mempunyai bakat yang tidak dapat dinafikan dan lebih penting lagi, seorang yang serba boleh. Beliau benar-benar dekat dengan perkataan "fusion", tidak dinafikan bahawa beliau merupakan lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Peminat akan merasai nostalgia dunia lama melalui lagu-lagu Melayu dan pop dan rock dunia baharu daripada lagu Perancis dan Inggeris beliau. Lagu2 baru yang dirakamkan semasa beliau berhijrah di Hollywood California USA pada tahun 1988 sampai hingga ka 2011."

Buat Dato ’Shake sendiri, pulang menyantuni penggemar di bumi kelahiran tercinta adalah sebuah impian yang sudah direncana sejak tahun 2020. Namun rencana yang sempat tertunda lantaran pandemik itu akan segera direalisasikan apabila legenda yang kini menetap di Paris, Perancis ini dilamar oleh InTour Live Events dan iMe Entertainment Group untuk mengadakan konsert.


Konsert Dato’ Shake Zepp KL Berkonsep Muzikal

Konsert dengan konsep muzikal adalah detik ajaib bagi Dato’ Shake dengan kostum karisma pentasnya, terutamanya vokalnya yang menakjubkan. Untuk mengembalikan nostalgia muzikal era 70-an 80-an 90-an dan kini, beliau akan membawakan perjalanan muzikal kerjayanya sejak 1976 hinggalah 2023 dengan menyanyikan lagu-lagu asalnya dalam tiga iaitu bahasa Perancis, Inggeris dan Melayu.

Konsert Dato ’Shake Zepp KL yang berlangsung pada 16 Disember 2023 akan menyaksikan penyanyi antarabangsa ini menghiburkan penggemar untuk tempoh 90 minit bermula pukul 8.30 malam.

Butiran Konsert Dato Shake Zepp KL

Judul: Konsert Dato Shake Zepp KL
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Tarikh: 16 Disember 2023
Masa: 8.30 Malam
Penganjur: InTour Live Events & iMe Entertainment Group
Rakan Media Rasmi: Sinar FM (Radio Rasmi)
Rakan Digital Rasmi: Astro Gempak
Rangkaian Sosial:
Facebook InTour Live: https://www.facebook.com/INTRLIVE
Instagram InTour Live: http://www.instagram.com/intourlive

Harga Tiket Konsert Dato Shake Zepp KL

Harga konsert tiket bermula dari harga RM358 ke RM598. Tiket-tiket mula dijual pada 3 OKTOBER 2023, Selasa, jam 11 pagi.

Konsert Dato Shake di Zepp KL Pada 16 Disember 2023


Harga Tiket:
Cat 1 - RM598
Cat 2 - RM498
Cat 3 - RM398
Cat 4 - RM458
Cat 5 - RM358
Kotak Premium - RM5,000 – untuk 8 pengunjung (tidak termasuk RM4 processing fee)
Pembelian Tiket: www.ticketcharge.com.my

“Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya! Kami penghibur memutuskan untuk bergerak ke hadapan (move on) dengan pertolongan dan kasih sayang Tuhan serta orang ramai. Nantikan untuk berjumpa anda tidak lama lagi Zepp KL!

“Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato’ Shake Zepp KL, 16 Disember 2023 ini. Jumpa anda semua nanti! Tidak sabar untuk membuat persembahan di Zepp KL kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp sebagai salah satu pentas terbaik,”katanya penuh teruja.

Konsert Dato Shake Zepp KL pada 16 Disember 2023 adalah sebuah penghormatan kepada legenda muzik. Konsert ini mengembalikan sentuhan nostalgia era muzik yang tak ternilai. Ia akan menjadi salah satu konsert penutup terbaik tahun 2023 yang pernah disaksikan peminat kerana Dato’ Shake merupakan penghibur ikonik yang mesti dijadikan rujukan pemuzik generasi masa kini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penghibur ikonik ini pada malam yang akan diingati selamanya. Dapatkan tiket anda nanti!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post