Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi

Trending

Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi

Filem Fanna akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 September 2023. Filem ini menampilkan pelakon Fify Azmi dan Syafie Naswip sebagai watak utama. Fanna merupakan sebuah filem aksi romantik yang diarahkan oleh Andy Weng Sum Liew, terbitan Jaguar Lim Films & Productions Sdn. Bhd.

Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi

Filem Fanna yang diterbitkan oleh Jaguar Lim Films ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. Skrip filem ini ditulis oleh oleh Azlina Pa'wan. Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada 22 September 2023.

Info Filem Fanna (2023)

Filem: Fanna
Genre: Aksi Romantik
Pengarah: Andy Weng Sum Liew
Penulis skrip: Azlina Pa'wan
Produksi: Jaguar Lim Films & Productions Sdn Bhd
Pengedar : MIG
Tarikh Tayangan: 28 September 2023
Durasi : 87 minit


Barisan Pelakon Fanna (2023)

Menampilkan pelakon hebat Syafie Naswip sebagai peneraju utama dan digandingkan bersama Fify Azmi, seorang pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi.

Filem Fanna juga di terajui pelakon-pelakon seperti Colleen Rosanna Augustin, Andy Black Tan, Rashid Salleh, Charles Nilbert, Kenji Sawahii, Sahronizam, Roy Azman, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Fify Azmi sebagai Fanna
  • Syafie Naswip sebagai Shafik
  • Colleen Rosanna Augustin sebagai Sabrina
  • Andy Black Tan sebagai Black
  • Rashid Salleh
  • Charles Nilbert
  • Kenji Sawahii
  • Sahronizam sebagai Mask Man
  • Roy Azman sebagai Bapa Fanna
  • Aleza Shadan sebagai Ibu Fanna

Sinopsis Fanna 2023

Filem ‘Fanna’ berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser dan menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas.

Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta terhadap Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh ahli kongsi gelap. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna telah melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara. Baca juga Sinopsis Filem Pulau.


Review Filem Fanna (2023)

Biasanya kalau menonton filem tempatan, Kak Bell tak akan akan high expectations. Sebab pengalaman sebelum ini memang banyak sangat yang syok sendiri dan memang sis tak boleh nak hadam.

Permulaan filem ini ok, perkenalkan watak Fanna. Babak masa Fanna balik rumah memalam buta lepas rewang dengan moto besar dia, ada majlis baca Yassin gitu, ingatkan Fanna dah mati sebab semua orang tak hiraukan dia. Rupanya mimpi. Part ni plot twist berjaya menipu sis. Cuma scenę dia merewang tu macam panjang sangat je.

Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi


Sinematografi filem ni not bad. Memang nampaklah cantik dan gambar bila shoot close up, scene Fanna masa hujan memang cantik. Sis tak nafikan. Masa ni sis semangat sikit sebab jalan cerita awalnya not bad at all.

Kemudian masa first half filem untuk babak aksi thriller dengan scene romantik, scenenye sekejap-sekejap jump dari romantic ke aksi macam tak ada continuity. Nasib backlash overall scene aksi dan romantik dalam filem ni tak buat sis cringe! Serius sis okay ye tonton filem ni tanpa rasa cringe. Kalau korang sis tak tahu.

Babak aksi, lakonan Colleen Rosanna Augustin sebagai Sabrina memang power. Nampak tak lembik dan berjaya sangat dia bawak watak tu. Watak aksi bagi Syafie dengan Kenji Sawahi pun ok. But masa babak Fanna kena tangkap, nampak pulak dia lembik sedangkan dari awal cerita tonjolkan dia berwatak tomboy dan boyish.

Review Fanna 2023, Menampilkan Syafie Naswip & Fify Azmi


Jalan cerita sebenarnya berat kepada tentang kasih kasih sayang keluarga dan perasaan cinta pada kekasih hati. Bagaimana kita boleh korbankan segala untuk melihat orang yang kita sayang bahagia. Sabrina sebagai adik dan ayah kepada Shafik sentiasa pantau gerak geri dan back-up Shafik ni dalam dunia mafia membuatkan Shafik rasa ayah dia tak percayakan dia untuk handle gang mafia dia.

Pada sis lakonan Fify Azmi dalam filem Fanna sangatlah ok. Not bad jugak dia berlakon dan menbawakan waak Fanna dengan baik. Untuk Syafie Naswip, Sahronizam, Roy Azman memang kita dah tahu lakonan depa ni ok sebagai pelakon lama yang berpengalaman.

So far filem ni baik, sis tak rasa cringe. Masa babak flashback Fanna-Shafik pun ok. Ala ala style filem Thai. Mungkin boleh garap lagi sikit skrip dan watak bagi lagi power. Pada Kak Bell korang boleh tonton filem ni. Bagi sokongan kat filem tempatan. First time ye sis bagi review macam ni. Tapi kalo korang rasa cringe or tak best itu pendapat korang! Oklah, bye.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 September ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Filem Fanna di Fanna Movie Official.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post