Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023)

Trending

Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023)

Pulau ialah sebuah filem seram Malaysia yang ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios ini menceritakan tentang sekumpulan anak muda yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut. Pelbagai reaksi dari netizen mengenai filem ini yang mengundang kecaman ramai mahupun yang teruja untuk menontonnya.

Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023)

Filem Pulau arahan Euho dibintangi pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjana Suri, Evie Feroza, Namron, Sabronzo, Jazmy juma, Harris Annuar dan ramai lagi.


Info Filem Pulau

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2023
Pengarah: Euho
Produksi: My Way Pictures, Filmforce Studio, WebTVAsia
Genre : Thriller, Seram

Barisan Pelakon Filem Pulau

Berikut adalah barisan para pelakon filem Pulau:
Amelia Henderson sebagai Kat
Alif Satar sebagai Ben
Ikmal Amry sebagai Khai
Joey Leong sebagai Lili
Sanjna Suri sebagai Yus
Evie Feroza sebagai Moli
Jazmy Juma sebagai Dauz
Vikar sebagai Mark
Namron sebagai Azhan
Harris Annuar sebagai Desmond
Sabronzo sebagai Yaya
Siew Pui Yi sebagai Kitty
Mark O'Dea sebagai Hero
Alexander Henderson sebagai Toni
Penampilan khas
Wan Hanafi Su sebagai Tok Penghulu
Cedric Loo sebagai Chen An
Eddie Chong sebagai Eddie

Kontroversi Filem Pulau

Filem Pulau telah mencetuskan kontroversi sejak trailer Pulau Movie 2023 ditayangkan. Filem ini mempunyai dua kontroversi utama iaitu:

1. Dakwaan Ciplak Poster Fantasy Island

Kontroversi pertama adalah poster filem ini mendapat kritikan selepas mengeluarkan poster terawal mereka yang dilihat sangat sama dengan filem barat Hollywood iaitu Fantasy Island (2020) sebelum ditukar kepada poster yang baru.

2. Trailer Suntingan Tidak Disenangi LPF

Kontroversi yang lebih ketara ialah babak-babak dalam trailer yang mencetuskan reaksi pelbagai dari masyarakat.


Negeri Terengganu Haramkan Tayangan Filem Pulau

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu susulan keputusan kerajaan negeri telah mengharamkan tayangan filem ini di negeri berkenaan. Walaubagaimanapun, LPF memberikan kelulusan berdasarkan keseluruhan filem, bukan berpandu kepada trailer semata-mata. Apa yang ditayangkan dalam trailer filem langsung tidak sama dengan keseluruhan jalan cerita dalam filem. Setelah 4 babak dalam filem dipotong dan ditapis, filem Pulau telah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF), Syarat Wajib Tayang dan FINAS.

Sinopsis Filem Pulau

Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kalah dalam pertaruhan di sebuah pulau terpencil. Mereka terpaksa bermalam di pulau tersebut. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat jahat yang terperangkap di pulau itu.

Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023)

Seorang demi seorang dari mereka menjadi mangsa dan menerima akibat dari kesilapan mereka yang menimbulkan kemarahan makhluk jahat di pulau itu. Makhluk jahat yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup. Satu-satunya jalan keluar adalah di tangan seorang gadis yang menggunakan kelebihan indra ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta silang budaya yang tercemar pada zaman dahulu.

Trivia Filem Pulau

  • Pulau menelan belanja RM4 juta dan menjalani menggambaran selama 30 hari di Langkawi ketika negara dilanda pandemik (Disember 2021).
  • Pulau bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, tetapi bakal menembusi pasaran luar negara antaranya Singapura dan Brunei. Malah, Vietnam dan Thailand juga memberikan respons positif.
  • Secara tidak sengaja, pihak produksi telah menemukan Gua Kedah Marble yang terbiar lebih 20 tahun. Gua tersebut dijadikan salah sebuah lokasi penting dalam penggambaran Pulau.
  • Amelia terpaksa berendam dalam laut selama 12 jam semata-mata untuk mendapatkan feel lemas. Semua pelakon filem itu juga diwajibkan untuk mengambil lesen menyelam sebelum mula penggambaran.

Review Filem Pulau

Pulau, sebuah karya yang jauh dari dugaan beberapa pihak. Ia jauh lebih dari sekadar naskah yang kontroversial. Memang ada babak seram tetapi tidak cukup untuk menaikkan bulu roma. Ada babak yang sedih tapi masih kurang menyengat untuk buat penonton menangis. Kira ok ajelah secukup rasa bak kata orang.

Filem Pulau : Siapa Pergi Dia Mati (2023)


Namun, disebalik isu kontroversialnya, Pulau yang ditulis oleh Puovin dan Toomy Loh memiliki pengarahan yang menarik dan plot twist yang mampu membuka mata penonton. Skor muzik dalam filem itu juga disusun baik oleh komposer Ricky Lionardi, mampu membangkitkan mood dan emosi penonton dalam setiap babak.

Kritikan ke atas trailer filem ini yang keterlaluan menggunakan adegan tidak sesuai untuk menarik penonton sebenarnya tidak menonjolkan keseluruhan jalan cerita penuh filem. Fokus utama dalam filem Pulau lebih terarah pada mesej kemanusiaan dan juga persahabatan yang kuat.

Pulau Netflix, pengarah filem pulau 2023, pulau pencuri movie, pulau full movie telegram, Filem Pulau, Pulau Movie 2023, Pulau Full Movie, Pulau Full Movie Watch Online, Sinopsis Filem Pulau, Review Filem Pulau,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post