Review Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan (2022)| Hi semua! Semalam
telah berlangsung majlis perasmian dan tayangan perdana filem Filem Mat Kilau (2022). Pengarah filem Mat Kilau Syamsul Yusof dan Studio Kembara
tampil dengan filem ini bagi memeriahkan lagi industri perfileman negara
sedia ada dengan penghasilan filem-filem berkualiti yang menghiburkan dan
membawa mesej-mesej yang memberi manfaat kepada para penonton serta semua
lapisan masyarakat. Kos filem mat kilau ini menelan belanja sebanyak RM8 juta setelah dibuat semula kali kedua setelah produksi pertama. Jom ikuti ulasan dan review filem Mat Kilau.
Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar
ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat
banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian pahlawan Mat Kilau dan
terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh
besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat
mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang
tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang
dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada
British.
Sinopsis Filem Mat Kilau
Filem ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.
Mat Kilau dibuat dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.
Mat Kilau menampilkan contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada
setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya
Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanah air, berani dan sedia berkorban
untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga
diiktiraf sebagai tokoh negara.
Barisan Pelakon Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan
Mat Kilau Cast/watak filem mat kilau
Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau
Beto Kusyairy sebagai Wahid
Fattah Amin sebagai Awang
Johan Asari sebagai Yassin
Ali Karimie sebagai Brahim
Yayan Ruhian sebagai Toga
Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (ayah Mat Kilau)
Khir Rahman sebagai Usup
Farid Amirul sebagai Goh Hoi
A. Galak sebagai Pak Deris
Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
Farah Ahmad sebagai Yang Chik
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottogh
Namron sebagai Hj. Sulong
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
Ellie Suriati Omar sebagai Ibu Yassin
Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
Mark Geoffrry sebagai Stewart
Siraj Alsagoff sebagai Shidu
BIOGRAFI PELAKON
1. DATO ADI PUTRA sebagai “MAT KILAU”
Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim merupakan seorang pelakon yang terkenal
di seluruh Malaysia terutamanya di dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat
(2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014),
dan Makrifat Cinta (2018).
2. FATTAH AMIN sebagai “AWANG”
Abdul Fattah Mohd Amin ialah seorang pelakon yang mula meraih kemasyhuran
menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama
Playboy Itu Suami Aku (2013). Beliau juga dikenali menerusi filem Gerak Khas
(2016), Hero Seorang Cinderella (2017), dan KL Special Force (2018).
3. BETO KUSYAIRY sebagai “WAHID”
NurKusyairy Zakuan Osman atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy terkenal
dengan kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan (2007).
Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal
termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku
Datang! (2012), dan Gila Baby (2014).
4. ALI KARIMI sebagai “BRAHIM”
Ali Karimi Abdul Rahman merupakan seorang penggiat seni silat sebelum
menceburi diri di dalam industri perfileman. Penampilan sulung beliau adalah
sebagai Brahim di filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022).
Review Filem Mat Kilau
Review Filem Mat Kilau ni Kak Bell akan cuba tak bagi spoiler ye! Apa pun
ini adalah pendapat Kak Bell semasa memonton tayangan premiere filem ini di
GSC The Starling Mall.
Mat Kilau merupakan sebuah filem yang mengisahkan kebangkitan pemuda bernama
Mat Kilau bersama sama orang Melayu lain menentang kerakusan dan
penganiayaan penjajah British. Untuk plot penceritaan adalah staright
forward dan hanya fokus pada perjuangan Mat Kilau dan sahabat perjuangan.
Terdapat juga sedikit plot twist yang akan buat korang terfikir siapa kawan
dan lawan. Walaupun cerita ni bukan di adaptasi sepenuhnya dari kisah sejarah
sebenar, tetapi dibuat 70-80% ikut sejarah mat kilau dan di masukkan unsur dan watak
fiksi untuk sebuah filem. Sebagai contah watak Wahid lakonan Beto Kusyairy
adalah watak fiksi dalam cerita ini.
Untuk lakonan para pelakon semua baik dari pelakon utama, pelakon legend, pelakon baru mahupun pelakon pembantu. Bagi perkembangan watak dalam filem, watak Wahid sangat
menonjol dan dikembang dengan baik dan overshadow watak Mat Kilau. Bagi
pelakon seperti Yayan Ruhian, Khir Rahman dan pelakon legend lain memang
tiptop dan Kak Bell teruja juga dengan watak lakonan Zarina Zainoordin.
Sinematografi filem memang baik dan ada scene pertarungan yang panjang dari
awal sampai habis filem. Cuma untuk scene berlawan tak dapat nak fokus sebab
camera terlalu banyak pergerakan dan bergegar. Sebenarnya arahan begini
memang signature pengarah Syamsul Yusof macam dalam filem sebelumnya seperti
KlL Gangster, KL Special Force semua scene fight guna format yang sama tapi sis
pening kepala tengok. Apa pun scene fight memang mantap, tambah pula dengan
aksi silat. Walaupun scene lawan panjang tapi tak boring.
Bagi kesan khas make up pada muka Beto lepas luka kurang real termasuk warna
darah yang nampak agak palsu. Tak tahulah kalau mata sis aje. Kak Bell
perasan untuk Fattah Amin (awang mat kilau), muka dia flawless aje dari awal sampai hujung
filem tak macam pelakon lain. Ampun ye review jujur ni nanti nak tonton
sekali lagi sebab duduk depan sekali tak boleh nak fokus dengan 4 mata ni.
Nilai baik yang boleh diperolehi dari filem ini ialah sikap berani bangkit
menyatakan kebenaran dan hak walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman dan
rintangan. Durasi 2 jam filem rasa sekejap dan terhibur. Bagi peminat filem
aksi pertarungan, ia satu pengalaman non stop action yang berbaloi. Apa yang
penting, filem ni bawa banyak mesej dan teladan terutama kepada generasi
muda supaya lebih menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan kebebasan supaya
tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan. Kesimpulannya tak rugi
korang pergi tengok cerita ni. Memang korang boleh buat rasa semangat
perjuangan tu berkobar-kobar.
Sejarah silap perlu diperbetulkan. Beliau adalah tokoh yang mempertahankan
tanahair dan bukan pemberontak seperti yang dilabelkan oleh kerajaan British
dalam buku-buku sejarah. Jasa besar tokoh ini perlu dikenang zaman dan boleh
menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat kita.
Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan ini diharap dan dijangka
akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang
mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan
seterusnya melangkah lebih maju ke depan. Jangan lupa tonton mat kilau movie, mat kilau full movie 23 June nanti hanya di pawagam ya!
filem mat kilau trailer
Facebook:https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843
Instagram:https://www.instagram.com/filem_matkilau/
Twitter:https://twitter.com/Filem_MatKilau
TikTok:https://www.tiktok.com/@filem_matkilau
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg
Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/
Instagram:https://www.instagram.com/filem_matkilau/
Twitter:https://twitter.com/Filem_MatKilau
TikTok:https://www.tiktok.com/@filem_matkilau
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg
Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/
Katanya sampai sekarang mat kilau showtimes sentiasa full dan banyak tayangan. Memang rakyat Malaysia suka naskah macam ni kan dan sesuailah hasil dengan bajet filem mat kilau ni. Harga tiket wayang mat kilau pun boleh tahan tapi sangatlah berbaloi bila tonton! Boleh dikatakan filem Mat Kilau adalah filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara.
filem mat kilau wikipedia
filem mat kilau review
modal filem mat kilau
kehebatan mat kilau
Ramai yang tertunggu tunggu Filem Mat Kilau ini. Sejarah yang ada, diperbetulkan. Dengan barisan pelakon yang mantap, terbaik lah
ReplyDelete