Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!

Trending

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta! | Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan hari ini, 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Manakala trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun nanti untuk khalayak. Tayangan filem mat kilau akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022 depan. Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof. Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau. Sebuah filem biopik terhebat alaf ini.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur."

“Filem Mat Kilau Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Latar perjuangan dan sumbangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.


Barisan Pelakon Mat Kilau

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang. Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga. Berikut adalah senarai barisan pelakon Mat Kilau.

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!
Yayan Ruhian sebagai Toga

FILEM MAT KILAU
Tarikh mula tayangan : 23 Jun 2022
Pengarah : Syamsul Yusof
Produksi : Studio Kembara, Skop Productions
Penulis: Shahruddin Dali, Syamsul Yusof
Penerbit : Shahruddin Dali
Genre : Aksi

Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau
Beto Kusyairy sebagai Wahid
Fattah Amin sebagai Awang
Johan Asari sebagai Yassin
Ali Karimie sebagai Brahim
Yayan Ruhian sebagai Toga
Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (ayah Mat Kilau)
Khir Rahman sebagai Usup
Farid Amirul sebagai Goh Hoi
A. Galak sebagai Pak Deris
Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
Farah Ahmad sebagai Yang Chik
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottogh
Namron sebagai Hj. Sulong
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
Ellie Suriati Omar sebagai Ibu Yassin
Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
Mark Geoffrry sebagai Stewart
Siraj Alsagoff sebagai Shidu


Sinopsis Filem Mat Kilau

Sinopsis Filem Mat Kilau | Filem arahan Syamsul Yusof ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh), Namron (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!

Filem Mat Kilau Syamsul Yusof Menelan Belanja RM8 Juta!

Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

The film is inspired by the epic Malaysian historical figure Mat Kilau who had fought against the British colonists in Pahang before independence - IMDB


Kronologi Perjuangan Mat Kilau
  • Mac 1892 - Mat Kilau menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis dan Kampung Budi bersama Tok Gajah dan Datuk Bahaman
  • Mei 1894 - Mat Kilau bergerak dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat
  • Julai 1892 - Mat Kilau berundur ke Pasir Atas (berhampiran Sungai Tembeling)

Filem Mat Kilau Trailer

Offical trailer Filem Mat Kilau, Studio Kembara You Tube.


Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, filem epik mat kilau yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanah air tercinta. Nantikan filem mat kilau trailer pada 16 Jun 2022 yang akan datang.

#kebangkitanpahlawan
#jagabangsajagaagama
mat kilau full movie watch online
mat kilau 2021 full movie
mat kilau full movie download
filem mat kilau full movie

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post