Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera

Trending

Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera

Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera | Lagu Tandak Lebaran ini merupakan ciptaan Fauzi Mohammad, juga merupakan seorang pemuzik hebat dari Negeri Melaka. Beliau bertugas di Briged Seni Melaka sebagai pemuzik. Dengan kebolehan bermain berbagai alat muzik, beliau mengunakan kesempatan itu untuk mencipta lagu berirama tradisional melayu. Selain lagu Tandak Lebaran, Fauzi Mohamad juga adalah komposer bagi lagu lain iaitu Senandung Anak Melaka (Yasser Fikri) dan juga Tambatan Jiwa (Khaliza Putri/Nabila).

Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera

Manakala tugasan menulis lirik disempurnakan oleh Siso Kopratasa yang merupakan seorang penulis lirik terkenal. Siso seperti kita semua tahu banyak menulis lirik lagu raya. Menurut beliau, lirik lagu raya Tandak Lebaran ini agak lain sedikit olahannya. Ini kerana Siso telah memasukkan suasana pendemik, endemik dan ekonomi semasa dalam penceritaannya. Terdapat juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun ini. Jom ikuti Lirik Lagu Tandak Lebaran di bawah.


Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera

Lagu: Fauzi Mohamad
Lirik : Siso
Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd
Label Edaran : Buana Rama Records

Cantik Gemerlapan Indahnya Berseri
Baik dikota Atau Didesa
Terukir SenyumanIbu Yang Menanti
Pulang SemuaOrang Disayang

Walau Sederhana Tak Semewah Dulu
Bersakit sakit tetap ceria
Pakai mana ada Tak perlu yang baru
Asal Sempurna Dihari Raya

Yang Jauh Dah Balik Jumpa Abang Adik
Meriahnya Tidaklah Terkira
Jauh Berkunjungan Dekat Berdatangan
Saling Berampunan Bermaafan

Joget Berjoget Kita
Tandak Lebaran Joget Bernama
Joget Berjoget Kita
Santun Berhemah Penuh Beradat

Walau Pun Bertandak Menghiburkan Hati
Jangan Lebaran jadi Tercela
Walaupun Gembira Biarlah Bersantun
Agar Lebaran lebih sempurna

Joget Berjoget Kita
Tandak Lebaran Joget Bernama
Joget Berjoget Kita
Santun Berhemah Penuh Beradat

Walau Pun Bertandak
Menghiburkan Hati
Jangan Lebaran jadi Tercela

Walaupun Gembira Biarlah Bersantun
Agar Lebaran lebih sempurna

Dihari Mulia Hari Kemenangan
Bukalah pintu Hati dan Jiwa
Kita Mermaafan Kita Berampunan
Moga Lebaran Penuh Bermakna


Nyanyian Haziq AF4 atau Hazwan Haziq Rosebi, 34 turut diperindahkan lagi oleh guru seni muzik di sebuah sekolah utara Malaysia iaitu Cikgu Merra atau lebih mesra dengan panggilan Meera. Haziq juga dikatakan bagai kembar seiras dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais kerana daripada segi vokalnya.

Meera ATAU Cikgu Ameera bergiat aktif dalam nyanyian sejak zaman belajar. Seorang guru mengajar pendidikan muzik sek rendah. Asal Kodiang, Kedah. Meera, 30 tahun dikatakan selain mengajar di sekolah , beliau berkebolehan dalam nyanyian, antaranya dalam pertandingan Syair antarabangsa di Indonesia dan secara langsung dengan JKKN Negeri Perak.


Lagu TANDAK LEBARAN ini telah meriliskan video muziknya di saluran youtube Buana Rama Records untuk ditonton orang ramai di musim perayaan ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post