Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia, Tahu Tak Ada 729 Perkhidmatan Teksi Haiwan? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia, Tahu Tak Ada 729 Perkhidmatan Teksi Haiwan?

Trending

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia, Tahu Tak Ada 729 Perkhidmatan Teksi Haiwan?

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia, Tahu Tak Ada 729 Perkhidmatan Teksi Haiwan? | Pernah tak korang yang memiliki haiwan perliharaan menggunakan perkhidmatan pet taxi atau teksi haiwan? Hari ini buat pertama kalinya Kak Bell cuba perkhidmatan ni sebab nak bawa kucing ke hospital veterinar. Biasanya memang Kak Bell akan bawa mereka dan drive sendiri, tapi kebetulan pulak semalam dah hantar kereta ke bengkel. Jadinya menggelabah la kejap pikir cara nak pergi vet.

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia

Sebelum ini memang Kak Bell ada perasan perkhidmatan ni tapi tak pasti samaada dari Grab atau kompeni lain. Jadi buatlah research sendiri untuk dapatkan info tentang perkhidmatan pet taxi di Malaysia. Mulanya Kak Bell survey Grab dan perkhidmatan Pet Grab hanya tersedia di Singapura dan Philiphine tapi tak ada kat Malaysia (kalau ada boleh nyatakan kat komen).

Then di Maxim pun ada. Kak Bell try Maxim sebab harga basenya murah dan cuma tambah RM3 untu pet. Masalahnya servis Maxim ni sangatlah susah nak dapat sebab tak banyak driver. Dah speed search dan bid sampai harga paling mahal pun tak ada yang pick-up order. Kalau order waktu biasa pun memang susah ye nak dapat. Cuma pernah guna sekali je servis Maxim ni. Dah fed-up so cari alternatif lain.


Pengalaman Guna Servis Jojo Pets Taxi

Disebabkan dah kesuntukan masa, Kak Bell install app Jojo Pets dan terus buat booking. Actually harga pet taxi ni agak mahal. Ni berdasarkan pengalaman guna servis Jojo Pets Taxi lah sebab Kak Bell belum cuba servis yang lain.

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia

Dalam aplikasi Jojo Pets ni ada pelbagai servis macam Pet Taxi, Cat Basic Grooming, Dog Basic Grooming, Cat Full Grooming, Dog Full Grooming, Cat Hotel dan juga Dog Hotel. Pada app tu dah ada senarai klinik vet atau hospital veterinar dan juga kedai grooming kucing/anjing di sekitar Lembah Klang. Untuk pet taxi servis, kereta yang datang dah siap ada carrier/cage untuk letak pet. Tapi Kak Bell sarankan korang bawa juga carrier sendiri sebab nanti masa kat klinik vet tak kan nak pegang aje kucing korang kan. Nasib baik baik terlepas payah pulak ceritanya.

Untuk harga pula, Jojo Pets ni mula dengan harga base iaitu Handling Fees RM35 + regular rate RM1.90/KM. Untuk harga booking harini Kak Bell kena RM45 route dari Bangsar ke Hospital Veterinar Jalan Gasing. Btw. untuk pelanggan baru dan pertama kali guna app boleh apply discount code RM25. Kak Bell hanya buat one way trip sebab ambil masa lama di hospital sebab meow kena CKD dan kena buat blood tranfusion. Untuk trip balik, Kak Bell order sekali lagi dengan kos RM45.

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia


Nanti korang boleh semak apa yang ditawarkan untuk servis mereka. Contoh untuk pet taxi ada cage/carrier, sanitizer, video recording/cam camera, pet seat belt, pet cushion dll. Bagi servis grooming ada servis mandi, blow, potong kuku, bersihkan telinga dan private part shaving. Kalau nak try, boleh daftar di aplikasi Jojo Pets atau pakai referral Code: 9PNTP7

Bandingkan Harga Perkhidmatan Teksi Haiwan Di Petbacker

Setelah Kak Buat lakukan seikit info dan pencariann tentang teksi haiwan, rupa-rupanya ada sebanyak 729 perkhidmatan teksi haiwan di Malaysia. Menariknya korang boleh Bandingkan Harga Perkhidmatan Teksi Haiwan Di Petbacker denagn mendapatkan 5 sebut harga terbaik.

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia


Buat ibu bapak bulus ynag ada isu transport, bolehlah cari servis pet taxi yang bersesuaian dengan bajet dan tengok juga haiwan apa yang boleh di bawa. Next time Kak Bell nak cuba pula di teksi haiwan malaysia Petbacker.

5 Senarai Perkhidmatan + Pet Taxi Price Malaysia

Berikut Kak Bell kongsikan 5 senarai servis pet taxi Selangor atau Lembah Klang beserta dengan Pet Taxi Price Malaysia. Nak semak list lain boleh baca di Best Pet Taxi Malaysia.

Pengalaman Guna Pet Taxi Malaysia

1. Brown Sugar Pet Taxi, Petaling Jaya
Brown Sugar Pet Care dikendalikan oleh Jo dan rakan serumahnya. Mereka telah berurusan dengan ramai pelanggan/client dan masing-masing berpuas hati dengan memberikan rating 5 bintang di PetBacker. Antara review diterima oleh Brown Sugar Pet Taxi sebagai menepati masa, mesra dan memahami pelanggan.

Maksimum 3 haiwan peliharaan dibenarkan setiap perjalanan, dan mereka juga menawarkan perkhidmatan pet boarding, pet sitting, dan walking service.Mereka juga menerima tempahan saat akhir untuk sesiapa sahaja yang memerlukan pengangkutan cepat untuk haiwan kesayangan.

Accepted Pet Types: Dogs, cats, rabbits, ferrets, guinea pigs, or birds
Cost: From MYR 30/trip
Where to book: Petbacker

2. Ezzy Pet Taxi, Puchong
Ezzy Pet Taxi dikendalikan oleh Anis dan Kamil, pasangan yang menyayangi haiwan peliharaan tanpa syarat. Jika pemilik tidak pergi bersama haiwan kesayangan, mereka akan update pemilik dengan foto dan rakaman haiwan peliharaan mereka dari semasa ke semasa semasa proses penghantaran. Selain itu, mereka akan mengambil dan menghantar semula haiwan peliharaan tepat di depan pintu anda untuk memastikan ia selamat sampai ke rumah anda.

Accepted Pet Types: Cats, guinea pigs, rabbits, or ferrets
Cost: From MYR 20/trip
Where to book: Pet Backer


3. Pet Taxi Service by Shazali, Banting
Teksi haiwan peliharaan 24/7 ini menawarkan perkhidmatan jemput dan hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat). Melalui perkhidmatan tempahan mereka, anda boleh meminta untuk bawa haiwan kesayangan anda ke kedai grooming, klinik haiwan, atau pun ke rumah baharu (rehoming).

Anda juga boleh menghubungi mereka untuk perkhidmatan pengangkutan segera atau ad hoc. Selain itu, mereka juga melayan perubahan masa saat akhir atau tempahan jika perlu. Rating 5 bintang.

Accepted Pet Types: all pets except dogs
Cost: From RM 100/trip
Website: Facebook
Where to book: Call or WhatsApp 019-2336576

4. NauFar Pet Taxi
Perkhidmatan pengangkutan NauFar Pet Taxi ini bertujuan memudahkan urusan pelanggan, keselesaan dan keselamatan haiwan kesayangan pelanggan mereka. Pada hari bekerja, mereka menerima tempahan perjalanan dari KL ke semua 12 negeri di Semenanjung Barat dan beroperasi on-call basis pada hujung minggu.

Untuk perjalanan jauh/lama, NauFar Pet Taxi menyediakan pet carriers, makanan kucing yang mencukupi dan wee pad untuk haiwan kesayangan anda. Ini memastikan haiwan kesayangan anda mempunyai perjalanan yang selesa dan menyeronokkan sepanjang perjalanan.

Accepted Pet Types: Cats and dogs only
Cost: From RM 50/trip
Website: Facebook
Where to book: Call or WhatsApp 011-3317 3897


5. Ride With Me, Kuala Lumpur
Berpusat di Kuala Lumpur, perkhidmatan teksi haiwan peliharaan ini dikendalikan oleh seorang pelajar kolej perempuan yang juga seorang pet person. Beliau akan mengambil 3 haiwan peliharaan pada satu masa perjalanan. Ulasan pelanggan, belaiau adalah seorang yang mesra, punctual dan sangat membantu. Perjalanan saat akhir juga diterima.

Accepted Pet Types: Cats, rabbits, or guinea pigs
Cost: From RM 15/trip
Where to book: Pet Backer

Pada Kak Bell bagus juga ada pet taxi/teksi haiwan ni bagai memudahkan urusan haiwan kesayangan. Nak ke vet, nak rehome atau ke mana sahaja boleh di selesaikan dengan mudah. Walaubagaimanapun kena semak dululah senarai haiwan apa yang diterima oleh penyedia servis.

Untuk pengalaman Kak Bell so far so good dengan Jojo Pets. Pemandu tu sanggup tunggu sampai habis sesi Kak Bell kat vet. Bersyukur sangat urusan harini di permudahkan. Doakan juga kesihatan Cik Luna Kak Bell yang sakit sebab sakit buah pinggang, CKD. Semoga korang semua sentiasa dirahmati sebab kongsi kasih sayang dengan haiwan dan makhluk bumi yang lain.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post