Trending


Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia, Satu Negara Panik!

Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia, Satu Negara Panik! | Hi korang! Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Bell. Selepas dua tahun raya Aidilfitri tak meriah sebab tak dapat balik kampung beraya, raya tahun ni betul-betul kejutan dan kalut luar biasa.

Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia

Hampir 20 tahun tidak pernah kita bercanggah dengan Kaedah Hisab atau bercanggah dengan kalendar Kuda. Kak Bell pun menjangkakan tarikh Hari Raya Aldifitri jatuh pada 3 Mei 2022 sebab biasanya kalau jangkaan Hari Raya kat kalendar kuda tu biasanya tepat aje. Memang tak bersedia pun nak beraya sebab satu barang pun tak beli dan masih sibuk mengemas rumah aje. Tiba-tiba bomm lepas diumumkan raya jatuh esoknya, 2 Mei 2022.

Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia

Kemudian ramai dah masing-masing mula menaikkan status di media sosial masing-masing akibat keributan dan panik sebab esok nak raya. Kak Bell tengok penduduk kat kawasan rumah ni lepas berbuka dah mula gerak balik ke kampung. Menjelang tengah malam terdengar pulak orang bergaduh kat bawah. Mungkin akibat panik terus emosi dibuatnya kan!

Selepas pengumuman hari raya, Kak Bell menyinggah ke PetShop Pantai Hill Park beli barangan keperluan kucing. Gerai tepi jalan yang jual lemang terus penuh orang beratur ya. Mana taknya, ramai 'kalut' dengan raya terkejut esok. Daging pun tak sempat beli dan buat orang ramai membeli-belah saat akhir sampai pasar raya penuh. Kawan yang nak balik Sabah atau Sarawak pun terpaksalah akur sebab tiket penerbangan dah beli siap-siap kan.


Kaedah Tentukan Hari Raya 2022 Malaysia

Hari Raya 2022 Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Aidilfitri dan Aidiladha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang dipersetujui semua negeri.

Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia


Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan pertama yang dikendalikan oleh jawatankuasa melihat anak bulan negeri-negeri atau ‘rukyah’ yang diketuai oleh mufti masing-masing. Negera-negara kecil dan negara lain pun mengiktiraf dan ikut keputusan cerapan ahli falak kita contohnya seperti negara Jepun.

Rukyah
Rukyah adalah aktiviti melihat/penelitian/cerapan bagi menentukan Hilal/anak bulan/new moon samaada dilakukan dengan mata kasar atau dengan alat bantu optik seperti teleskop. Rukyah ni dilakukan setelah matahari terbenam selepas waktu Maghrib.

Rukyah bukan sahaja dilakukan untuk menetukan jatuh tarikh puasa dan raya sahaja. Ianya adalah aktiviti utama untuk menentukan bulan baru setiap bulan dalam kalendar hijrah.

Hisab
Hisab atau kaedah pengiraan astronomikal dalam konteks ini merujuk kepada kaedah perhitungan pergerakkan bulan menggelilingi bumi dalam menentukan awal bulan pada kalender Hijriyah.

Pengumuman hari raya dibuat selepas pengesahan data penampakan bulan oleh ahli falak Malaysia di Stesen cerapan Labuan dan Stesen Cerapan Langkawi. Bukan suka-suki je nak tetapkan tarikh raya ye. Semuanya bergantung kepada peredaran bulan.


Gantian Cuti Hari Pekerja

Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu 4 Mei 2022 (Gantian Cuti Hari Pekerja).



Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah bekerja di negeri-negeri tersebut.

Indonesia, Brunei, Thailand, Arab Saudi sambut Aidilfitri serentak dengan Malaysia pada 2 Mei 2022 manakala republik Singapura menyambut 1 Syawal 1443H/2022 pada 3 Mei 2022.

Walaupun persiapan akhir dibuat secara mengejut untuk hari raya 2022 raya terkejut semalam tetap disambut meriah. Raya paling riuh setelah dua tahun terpaksa beraya jauh dari keluarga akibat pandemik COVID-19. Anyway enjoy your holiday festive. Rayakan sebulan!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post