10 Tempat OOTD Raya Di Selangor Untuk Photoshoot - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 10 Tempat OOTD Raya Di Selangor Untuk Photoshoot

Trending

10 Tempat OOTD Raya Di Selangor Untuk Photoshoot

10 Tempat OOTD Raya Di Selangor Untuk Photoshoot | Hi semua! Buat korang yang mencari kawasan penggambaran kreatif atau nak dapatkan gambar menarik untuk menyemarakkan lagi ruangan media sosial Instagram anda, bolehlah jalan di sekitar Selangor yang ada banyak tempat menarik untuk photoshoot.

Tempat OOTD Raya Di Selangor

Banyak tempat OOTD di Selangor yang pastinya Instagram-worthy untuk Raya anda. Outfit Of The Day atau OOTD, kini menjadi aktiviti yang mesti dilakukan oleh semua orang yang bercuti, tidak kira peringkat umur. Ada pelbagai lokasi menarik dari kawasan pantai, landskap bandar, elemen kehijauan, dan banyak lagi latar yang menakjubkan tersedia untuk anda mulakan sesi fotografi dengan memperagakan busana hari raya. Jom kita lihat 10 lokasi yang disenaraikan untuk ootd raya, mana tahu ada yang sesuai dengan tema baju raya anda tahun ini!

1. Laman Seni 7
Laman Seni 7 menampilkan karya seni jalanan yang menarik. Tapak Laman Seni 7 bukan sahaja sesuai untuk merakamkan foto, tetapi ia juga merupakan tempat yang bagus untuk mengagumi kemahiran pelukis jalanan. Sudut struktur yang pelbagai, dengan lokasi yang berhampiran dengan i-City Shah Alam, Laman Seni 7 dipenuhi dengan lukisan pelbagai bentuk yang menarik. Empat mural berasingan, termasuk lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan lukisan sisi, dilukis pada setiap struktur dinding di sini. Tapak Seni 7 dibuka setiap hari dan kemasukan adalah percuma.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Credit: IG yenningtotravel

Alamat : Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor


2. Elmina Valley Park
Elmina Valley Park, destinasi Instagramable popular di Shah Alam, terletak di perbandaran baharu, Elmina City. Penduduk tempatan menyukai taman yang cantik ini, yang mempunyai beberapa tarikan yang sesuai untuk mengambil gamabr seperti laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti, termasuk berjoging dan berbasikal, sesuai untuk lawatan anda seisi keluarga.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Credit: IG sarahhhfyy

Alamat : Elmina Valley 3, 176, Jln Metafasa U16/3, Shah Alam, Selangor.

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah antara masjid yang tersergam indah di Negeri Selangor. Dikenali juga dengan “Masjid Biru, seni binanya yang megah mengangkat tema Melayu moden. Sudah tentu masjid ini agak besar, kerana ia boleh memuatkan sehingga 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Bukan hanya luaran, hiasan dalaman dan seni binanya juga menarik, dan seni kaligrafi pada dinding kubah dan gerbang di sini juga sangat menakjubkan. Setiap sudut bangunan mempunyai tujuan tertentu untuk keselesaan para jemaah dan pengunjung.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG discosangel

Alamat : Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40 000 Shah Alam, Selangor.


4. Padihijau Homestay
Padihijau Homestay merupakan rumah penginapan kampung tradisional yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Rumah inap yang berwarna cerah ini dikelilingi oleh sawah padi. Kawasan ini mempunyai konsep yang indah, dan persekitarannya adalah santai dan mendamaikan, jauh dari kesibukan kota. Sesiapa yang menggemari aktiviti OOTD dan mencari tempat menarik untuk photoshoot bolehlah menginap di sini sambil menikmati keindahan sebuah komuniti. Rakamkan imej penuh bergaya dengan baju raya anda. Satu tips, busana ala kampung pasti memberikan estetika yang anggun dan sesuai dengan suasana kawasan sawah padi!

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG ainfarahinnnnn

Alamat : Parit 7 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.

5. Lover’s Bridge Tanjung Sepat
Perjalanan ke Tanjung Sepat, walaupun berada di luar laluan biasa, umpama membawa anda kembali ke masa-masa lalu yang menyenangkan. Lover's Bridge Tanjung Sepat boleh dikatakan sebagai ikon yang paling dikenali di kampung nelayan yang berkembang maju ini sebgai tempat menarik untuk dating. Jambatan ini pernah menjadi tempat pertemuan di waktu malam yang romantik untuk para pasangan, maka, namanya diperolehi daripada itu. Ia kini menjadi destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang mencari kawasan bagi menyaksikan fenomena matahari terbenam yang indah dan berehat seketika dari kesibukan bandar.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Credit: IG elzara3003

Alamat : 21, Jalan Senangin 1, Taman Tanjung, Tanjong Sepat, Selangor.


6. Tamarind Square
Tamarind Square Cyberjaya pula mengangkat tema "kedamaian dalam bandar" dan menjadi tempat ootd di selangor yang popular. Pencinta alam semulajadi akan menikmati aktiviti OOTD di sini kerana keindahan flora dengan sktruktur bangunan yang cantik dan berciri tersendiri. Ia adalah luar biasa untuk menemui lokasi dengan struktur bangunan yang unik dan moden, namun masih dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur. Anda juga boleh menjamu selera dalam suasana yang tenang di salah sebuah kafe selepas ber-OOTD di sini!

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Credit: IG rj.rongjie

Alamat : Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.

7. Spacerubix
Jangan lepaskan peluang untuk ber-OOTD di Spacerubix! Hanya ada di Puchong, anda boleh mengambil foto dengan latar belakang bangunan berkonsep rubix yang terang. Rakam imej anda dengan cara yang unik di sini, ia boleh jadi tempat yang cantik untuk OOTD Raya yang anda boleh kongsikan di laman Instagram anda!

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG nnnaaaddd___

Alamat : Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.


8. Kampung Pelangi
Kampung Pelangi yang terletak di Daerah Kuala Selangor ini mempunyai persekitaran yang menenangkan seperti namanya. Hampir keseluruhan kawasan, termasuk rumah dan jalan, dicat dengan warna terang. Datanglah ke sini untuk bergambar jika anda mahukan sesuatu yang unik.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG surgaroute

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di chalet yang terdapat di sini, yang setiap satunya dibina dengan reka bentuk tersendiri. Tarikan lain yang terdapat di sini termasuk zoo kecil yang menempatkan pelbagai spesis haiwan yang luar biasa, serta aktiviti memancing dan memanah.

Alamat : Kuala Selangor Rainbow Village Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kg. Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor.

9. Bonda Valley
Tidak perlu melancong jauh hingga ke Bali, pemandangan seperti ini boleh didapati di Negeri Selangor! Selepas seharian menyambut Hari Raya, anda boleh berehat dari segi emosi dan fizikal dengan menginap di sini. Lokasinya menakjubkan, besar, dan bersih. Bonda Valley juga merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk ber-OOTD. Selain keindahan semula jadi di kawasan ini, arca dan seni binanya juga menawan. Ambillah seberapa banyak gambar yang anda mahukan di sini!

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG nanad_glamnara

Alamat : Lot 2380, Jalan Lama, 44300 Hulu Selangor, Selangor.

10. Istana Bandar Jugra
Anda boleh melawat ke Pekan Jugra yang terletak di Daerah Kuala Langat dan ber-OOTD di Istana Bandar Jugra. Semasa merakam foto di sini, anda juga boleh mempelajari tentang kisah silam Pekan Jugra yang menarik. Malah, tiada bayaran masuk ke tempat ini. Tapak-tapak bersejarah lain di kawasan ini termasuk Masjid Alaeddin, Musium Insitu Jugra, dan lain-lain lagi.

Tempat OOTD Raya Di Selangor
Kredit: IG suetrotstheglobe

Alamat : Jalan Istana Lama, 42700 Jugra, Banting, Selangor.


Bawa keluarga anda semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri ke mana-mana di antara 10 Tempat OOTD Raya Di Selangor tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi merakamankan gambar kenang-kenangan dalam penuh kegembiraan. Jika anda muat-naik seleksi gambar tersebut ke laman media sosial, jangan lupa sertakan tanda-pagar #PusingSelangorDulu bersempena musim lebaran ini.

Di kesempatan ini, seluruh warga-kerja Tourism Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Bergembiralah bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dalam penuh kesyukuran. Namun, adalah diingatkan, jangan lupa untuk mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan Bersama.

tempat ootd di selangor

Layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk sebarang informasi lanjut mengenai sektor pelancongan Negeri Selangor. Nanti nak kongsi tempat ootd di KL pulak!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post