Temui Hrithik Roshan Di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Temui Hrithik Roshan Di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert

Trending

Temui Hrithik Roshan Di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert

Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosongsebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023. Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.

Temui Hrithik Roshan Di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert


Pemenang enam kali Filmfare Awards, menjadi salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India dan sangat terkenal kerana skil tarian yang mengagumkan, berita kehadiran figura bernama Hrithik Roshan di Malaysia adalah sebuah khabar ‘emas’ buat para peminatnya.

Konsert Terbesar Penutup Tahun 2023

Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour yang dibawakan oleh Yess Boss Groups, konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions dan  merupakan konsert terbesar buat tahun 2023.

Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau." ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.


Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

Konsert ini yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda - Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora yang sensasi serta Sanya Malhotra yang berkarisma.

Selain itu, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam tersebut.

Kemunculan Istimewa Prabhu Deva Menyertai Hrithik di Pentas

Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh pengarah koreografi, penerbit dan aktor Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan.

Selain itu, konsert ini menampilkan pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara. Ia turut diserikan dengan kemunculan Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.

Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjangtahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

Harga Tiket Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.

Temui Hrithik Roshan Di Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert


Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.

Info Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live

Acara: Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh: 1 Disember 2023
Penganjur: Yess Boss Groups
Dengan Kerjasama: Dembi Productions & Heart Art Entertainment
Talian Hotline: 011-11546805
Website: https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/
Info Tempat Duduk: WHATSAPP MIP

Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia. Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini untuk dapatkan tiketStars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post