Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4

Hi Korang! Pejam celik rupanya dah hari Jumaat. Dah nak masuk episod 5 GV 10, sis baru sempat nak hapdate. Jom ikuti Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4 dan tugasan lagu untuk minggu hadapan. Macam mana dengan tekaan korang minggu lepas? Mengena tak?

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4


Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4

Minggu lepas menyaksikan para peserta menyanyikan lagu pilihan dengan tema Berdua Bersatu. Untuk minggu keempat memang best giler sebab tampilkan artis popular tanah air berduet dengan peserta. Mulanya memang agak sukar lah nak predict siapa yang boleh tapau kedudukan atas. Tekaan sis cuma meleset untuk Tomok & Stacy je.

Kebanyakkan persembahan memang best dan Kak Bell enjoy sangat. Top rating memanglah duet Ayai & M.Nasir (Raikan Cinta), Noryn Aziz-Liza Aziz (I’m Every Woman) dengan persembahan Liza Hanim & Ziana Zain (Madah Berhelah). Abang Ayai memang perform habis dan berjaya buktikan dia mampu naik carta. Sis pun suka dengar lagu-lagu Datuk M. Nasir. Awet muda betul M. Nasir ye.

Antara persembahan yang kurang pada sis dan macam tak kena vokal duetnya adalah Jaclyn Victor-Idayu, Datuk Aishah-Vince dan Siti Nordiana-Amir Masdi. Warna vokal beza sangat dan buat lagu tak sedap di dengar. Nana suara nya lembut bergabung pulak dengan suara rock Amir Masdi, memang rasa janggal betul.

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4


Datuk Aishah & Vince yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta diumumkan tersingkir pada minggu ke-4 konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad lalu. Maaf la ye, tapi Vince pun macam tak boleh nak saling blend dengan Aishah.

Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 4

Tarikh Konsert: 15 Oktober 2023
Tema: Berdua Bersatu

1. Noryn Aziz & Liza Aziz (I’m Every Woman) – 85.25%
2. Liza Hanim & Ziana Zain (Madah Berhelah) – 85.00%
3. Ayai & M.Nasir (Raikan Cinta – 83.25%
4. Tomok & Stacy (Menggegar Dunia) – 74.00%
5. Nikki Palikat & Wani Kayrie (Tak Tercapai Akalmu) – 66.75%
6. Aliff Aziz & Aisyah Aziz (If I Ain’t Got You) – 66.00%
7. Naqiu & Misha Omar (Aku Dan Dirimu) – 65.50%
8. Ezad Lazim & Mamat Exists (Untukmu Ibu) – 63.00%
9. Azharina & Azmi Saat (Pupus) – 62.50%
10. Jaclyn Victor & Idayu (Dialah Di Hati) – 62.25%
11. Zamani & Jamal Abdillah (Aku Penghibur) – 61.50%
12. Hady Mirza & Marsha (Tentang Rahsia) – 60.25%
13. Siti Nordiana & Amir Masdi (Ada Apa Dengan Cinta) – 49.75%
14. Datuk Aishah & Vince (Terlanjur Cinta) – 43.75%

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Noryn Aziz
Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Tomok
Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Siti Nordiana
Peserta Tersingkir Minggu ke-4 - Datuk Aishah



Baca juga : Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 : Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 5


Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-5 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 22 Oktober 2023
Tema: Misteri

1. Noryn Aziz – Asmara (Anneke Grönloh)
2. Liza Hanim – Kembali Terang (Marsha)
3. Ayai – Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra)
4. Tomok – Biarlah Rahsia (Dato’ Siti Nurhaliza)
5. Nikki Palikat – Depresi (IAMNEETA)
6. Aliff Aziz – Penghujung Rindu (Dato’ Jamal Abdillah)
7. Naqiu – Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
8. Ezad Lazim – Pada Syurga Di Wajah Mu (Dato’ Nash)
9. Azharina Azhar – Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim)
10. Jaclyn Victor – Perpisahan (Anuar Zain)
11. Zamani – Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
12. Hady Mirza – Biru Mata Hitamku (Wings)
13. Siti Nordiana – Ngajat Tami (Noraniza Idris)

Lets kita nantikan persembahan Ahad depan. Mana tahu kedudukan peserta berubah drastik sekali lagi kan. Peserta GV ni memang kita tak jangka. kalau kena forte dia berdesup la dia hajar kannnn.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 4 full episode, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 4, Keputusan markah gegar vaganza 10 minggu 4 full, keputusan gegar vaganza 2023 minggu 4, gegar vaganza 2023 minggu 4, markah gegar vaganza 2023 minggu 4,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post