Trending


Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 7 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 7 (Gegar Vaganva 2022) | Persembahan untuk minggu ke-7 GV9 menyaksikan para bintang GV buat persembahan dengan tema Merentas Masa Kencang Selamanya. Minggu lepas top 3 prediction Kak Bell dapat tangga teratas mengikut turutan tetapi tersasar sikit bila Tomok yang jadi juara. Tak sangka pulak Tomok dapat sailang top 3 pilihan Kak Bell minggu lalu.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 7 (Gegar Vaganva 2022)

Untuk minggu ni mungkin tak banyak perubahan sebab kebanyakkan peserta makin stabil terutama top 5 minggu lepas. Hari ni Kak Bell tak tahu nak pilih siapa but tak sabar nak tengok Dina Nadzir mempersembahkan Lady Marmalade dan juga Tom bagi lagu Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak). Adakah minggu ni ada 2 penyingkiran? Sama-sama kita tunggu kay!


Akhirnya Dina berjaya naik ke tangga ke-4 dengan persembahan Lagu Lady Marmalade. Memang best pada Kak Bell. Persembahan Dina juga turut diiringi dengan rakan artis seperti Atilia, Elvira, Nadia Aqilah dan Cikgu Delly yang memberikan sokongan kepada Dina yang baru kehilangan bapanya minggu lalu.

Persembahan Tomok, Shila sangat luar biasa disamping Bob yang akhirnya berjaya dapat tempat pertama. Jac pula sebab tak berinteraksi dengan penari latar dan kurang fokus sebab sedih berikutan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti sebagai tribute kepada mendiang ayahnya. Apapun Jac still maintain.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 7 (Gegar Vaganva 2022)

Malam ini menyaksikan Tom gagal layak ke peringkat seterusnya. Menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak, Tom terpaksa akur menerima keputusan markah, 55.20% daripada juri terdiri daripada maestro muzik Datuk Ramli MS, penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang dan pelakon Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.

Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu ke-7 berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh Konsert: 30 Oktober 2022
Tema: Merentas Masa Kencang Selamanya
Lagu pembukaan: Senyuman Ragamu (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Bob Yusof – Kasih (Dato' Sudirman) - 85.60%
2. Shila Amzah –  Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram) - 84.10%
3. Tomok – Kenangan Lalu (Flybaits) - 81.50%
4. Dina Nadzir – Lady Marmalade (Labelle) - 77.10%
5. VE – Belahan Jiwa (Innuendo) - 76.70%
6. Jaclyn Victor – Dimana Kan Ku Cari Ganti (P.Ramlee) - 76.40%
7. Hazrul Nizam – Azizah (P.Ramlee) - 68.70%
8. Asheed – Pagi Yang Gelap (Hujan) - 60.30%
9. Fuad Rahman – Hari Ini Dan Semalam (J.Mizan) - 57.80%
10. Tom – Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) - 55.20%

Anugerah Next Level Digi - Tomok
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Bob Yusof
Anugerah Memukau Adabi - Jaclyn Victor
Peserta Tersingkir Minggu ke-7 - Tom


Tugasan Lagu Minggu ke-8
Tarikh Konsert: 6 November 2022
Tema: Kata Di Kota Nama Di Carta
Lagu pembukaan:  Fiona by 4U2C (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Bob Yusof – My Baby You (Marc Anthony)
2. Shila Amzah – Coba (Faizal Tahir)
3. Tomok – Mentera Semerah Padi (Dato M.Nasir)
4. Dina Nadzir – Hijau (Dato Zainal Abidin)
5. VE – Rozana
6. Jaclyn Victor – Lelaki Ini
7. Hazrul Nizam – Widuri (Bob Tutopoly)
8. Asheed – Tiara (Kris)
9. Fuad Rahman – Laila Namamu Teratas (Search)

Baca : Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022)
Baca : Keputusan GV 9, Senarai Lagu Tugasan Dan Keputusan Mingguan


Persembahan minggu ke-8 akan membawakan tema Kata Di Kota Nama Di Carta di mana para bintang GV akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah menggungguli carta.

Jangan lupa minggu depan hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-8 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma.

gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri, gegar vaganza 2022 minggu 7 lagu, gegar vaganza 2022 minggu 7 live,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post