Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Beri Penghargaan Buat Artis Tamil Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Beri Penghargaan Buat Artis Tamil Malaysia

Trending

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Beri Penghargaan Buat Artis Tamil Malaysia

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Beri Penghargaan Buat Artis Tamil Malaysia | Buat kali kedua, acara tahunan penganugerahan dan penghargaan buat artis Tamil Malaysia bakal berlangsung November depan. Dalam festival filem ini, Seniman Pawagam dari Malaysia, Singapura dan Tamil Nadu turut akan mengambil bahagian.

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Beri Penghargaan Buat Artis Tamil Malaysia

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 akan berlangsung pada 12 November 2022 di Jade Garden, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula jam 6 petang. Untuk pengetahuan anda, Anugerah Cholan Film Festival ini diadakan untuk memberikan penghargaan yang tertinggi kepada para Artis Tamil Malaysia dalam arena perfileman.

Acara ini dianjurkan oleh Sai Nanthini Movie World Sdn.Bhd. dengan kerjasama Persatuan Filem India Kadaraam (Kadaraam Indian Film Association) dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Kementerian Komunikasi & MultiMedia serta Malaysian Indian Congress (MIC).


Selain mengenang jasa para Artis Tamil Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di Dunia Perfileman Antarabangsa khasnya di Negara India, acara ini juga memberikan dorongan yang berterusan kepada para Artis Tamil Malaysia untuk terus berkecimpung dalam arena perfileman.

Dif-dif kehormat yang bakal hadir ke majlis ini adalah Tan Sri Datuk Seri Dr. SA. Vikneswaran (Presiden Parti Malaysian Indian Congress & Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Selatan), YB Dato Dr. S. Ananthan DSDK (Pengerusi Malaysian Indian Congress Negeri Kedah & Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia) dan tetamu jemputan VIP iaitu YB Datuk Zaidi Zainul Abidin (Mantan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia).

Berikut adalah senarai juri yang akan menjurikan ke semua pencalonan filem dan karya bagi Festival Filem Cholan 2022.

Juri Untuk Kategori Filem / Telefilem / Filem Pendek
  • Tuan hassan Abdul Muthalib (Pengarah dan Pengkritik Filem)
  • Tuan Mohd Zaidi Hassan (Pengarah dan Pengkritik Filem)
  • Mr. Uthaya (Utusan Malaysia)

Juri Untuk Kategori Video Muzik
  • Mr. Balan Raj (Komposer)

Reviewer Bagi Shorts Films / Music Video
  • Nagenthiran (Filmy React)
  • Sp Saravanan (Vimarsagan)


Dalam festival filem ini, penganjur meraikan lebih daripada 70 anugerah untuk Filem Teater dan Filem Pendek. Festival Filem Cholan ini adalah satu-satunya festival filem yang diadakan untuk Artis Pawagam India di Malaysia.

Antara awards yang akan disampaikan adalah :
  • Anugerah Filem Tamil Malaysia (Teater Movie)
  • Anugerah Filem Pendek Tamil Malaysia (Short Film)
  • Anugerah Media Perfileman Tamil Malaysia
  • Anugerah Jasa Perseorangan Awam Perfileman Tamil Malaysia
  • Anugerah Jasa Artis Perfileman Tamil Malaysia
  • Anugerah Sepanjang Hayat Artis Perfileman Tamil Malaysia
  • Penghargaan Anugerah Memori Artis Global “Malaysia” Ravichandran dan ArtisGlobal “Malaysia” Vasudevan.
  • Anugerah Artis Perfileman Tamil Tertinggi Rajendra Cholan KIFA

Senarai penuh anugerah-anugerah lain akan diumumkan nanti dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.


Festival filem yang akan disertai dengan makan malam istimewa ini akan dihadiri oleh para Artis Tamil tempatan, Seniman Pawagam dari Malaysia, Singapura dan Tamil Nadu.


Majlis ini akan memberikan impak yang besar kepada para Artis Tamil di Malaysia dan Arena Perfileman Tamil Malaysia. Bagi anda yang ingin menyokong dan menyertai festival filem ini, anda boleh dapatkan tiket di nombor di bawah. Jom sama-sama menyokong artis dan industri perfileman Malaysia.

Dr. Latcha Perrabu - 016-4356900
Director Viknes Perrabu - 0164509539

Malaysia international film festival, Cholan Film Festival 2022, Festival Filem Tamil Malaysia 2022, film festival malaysia 2022, film festival Malaysia 2023, short film competition Malaysia 2022, south asian film festival 2022, short film competition 2022, cholan film festival 2022 malaysia,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post