Trending


The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Malaysia 2022 Di Subang Skypark, Private Air Hanger

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Malaysia 2022 Di Subang Skypark, Private Air Hanger | Selepas dua tahun acara penganugerahan The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) diadakan secara maya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini ia diadakan semula secara fizikal di Subang Skypark, Private Air Hanger pada 21 Oktober 2022 lalu.

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Malaysia 2022 Di Subang Skypark, Private Air Hanger

100MIYE adalah majlis penganugerahan yang memberi pengiktirafan kepada 100 usahawan muda paling berpengaruh di Malaysia.

Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua, berkata, “Majlis anugerah ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan dan mengiktiraf usahawan muda yang terbaik, cemerlang, bersemangat dan inovatif dalam perniagaan yang mereka ceburi.”

 

“Untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga boleh diangkat sebagai ikon bukanlah mudah. Mereka pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan. Usahawan perlu ada iltizam yang tinggi , bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Datuk KK Chua berkata, 100MIYE adalah acara tahunan anjuran majalah Entrepreneur Insight dan ini adalah penganjuran kali ketujuh. Bagaimanapun jelas beliau, untuk tahun 2020 dan 2021, penganjuran 100MIYE dilakukan secara maya berikutan PKP.

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Malaysia 2022 Di Subang Skypark, Private Air Hanger


Ujar beliau lagi, 100MIYE bukan sekadar pemberian anugerah tetapi membina komuniti usahawan bagi berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang perniagaan.

“Mengeratkan lagi komuniti rakan niaga ini, pemenang juga layak menyertai percutian tiga hari dua malam (Private Business Networking Retreat for 3D2N) untuk membina rangkaian perniagaan, berkongsi maklumat dan seterusnya boleh membentuk kerjasama dalam perniagaan."

Matlamat utama 100MIYE adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan yang betul-betul berjaya di samping memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan sesama usahawan.

Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin.


KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE
  • Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.
  • Berada di dalam pengurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.
  • Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Malaysia 2022 Di Subang Skypark, Private Air Hanger

DANA USAHAWAN MUDA
Dana ini adalah inisiatif kepada bakat muda dalam bidang perniagaan menerusi pembabitan ahli perniagaan terkemuka yang akan berkongsi pengalaman dan selaku pembimbing.

KEISTIMEWAAN PENERIMA ANUGERAH
  • 100MIYE 2022 Digital Award Presentation
  • Award night at private jet hangar
  • 2 pages feature in best-selling hardcover The MIYE award coffee table book
  • Receive the Prestigious Designer Trophy
  • Receive the Certificate of Merit
  • Exclusive 100MIYE winner personal branding video
  • Announcements and features on social media platforms
  • Exclusive Entrepreneurs Focus writeup on the Entrepreneur Insight website
  • GDN/Google Adwords 2 weeks keyword search for winner’s name
  • Private Business Networking Retreat for 3D2N
  • Business Networking Sessions
  • Jom Beli Live
  • Recognize as Green Malaysia approve business inclusive logo usage and certificate.


Entrepreneur Insight (EI)
EI adalah majalah keusahawan terbitan Armani Media Group Berhad. Majalah ini bermotokan “Entrepreneurs Growing Entrepreneurs.

top 100 young entrepreneurs, young entrepreneur award, top 100 entrepreneurs Malaysia, entrepreneur insight Malaysia, young entrepreneurs award Malaysia, entrepreneur insights, the 100 most influential young entrepreneurs, top 100 most influential young entrepreneurs Malaysia 2020,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post