Pertaruh Lagu Berentak Balada, Ikuti Lirik Lagu Dustakan Cinta Kelly Azman - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pertaruh Lagu Berentak Balada, Ikuti Lirik Lagu Dustakan Cinta Kelly Azman

Trending

Pertaruh Lagu Berentak Balada, Ikuti Lirik Lagu Dustakan Cinta Kelly Azman

Pertaruh Lagu Berentak Balada, Ikuti Lirik Lagu Dustakan Cinta Kelly Azman | Penghibur serba boleh, Kelly Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.

Pertaruh Lagu Berentak Balada, Ikuti Lirik Lagu Dustakan Cinta Kelly Azman

Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.

“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan,” kata Kelly.

Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman,” kata Kelly.


Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta
Komposer: Mohariz Hj Yaakup & Kelly Azman
Penulis Lirik : NJ/ KR & Kelly Azman

Kamu Bagaikan Jiwa Ku Kasih
Menemani Aku Selalu
Tapi Engkau Berpaling Dari Ku
Meninggalkan Ku Dalam Rindu

Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku

Kamu Bagai Pelita Ku Kasih
Menerangi Tiap Waktu Ku
Tapi Engkau Mendustakan Aku
Melenyapkan Kasih Ku Pada Mu

Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku

Suratan Takdir Ku
Mengapa Dustakan
Janii Mu Yang Pernah
Kau Lafazkan

Hu... Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu

Adakah Ini Suratan Takdir Ku
Adakah Ini Suratan Takdir Ku


Video Muzik Dustakan Cinta Kelly Azman
Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.

Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang.

Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air.


Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam. Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.

kelly azman siapa, kelly azman, dusta cinta, cinta kelmarin, kelly azman wikipedia, lirik lagu dustakan cinta Kelly Azman, Lirik lagu Kelly Azman Dustakan Cinta,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post