Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022)

Trending

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022) | Minggu lalu Kak Bell tak buat apa-apa prediction, cuma menjangkakan Dina akan menyerlah dengan persembahan Lady Marmalade. Memang puas hati sangat dengan persembahan Dina untuk layak berada di kedudukan ke-4 minggu lepas. Hari ini GV mengumumkan bahawa pertandingan akan dilanjutkan selama 1 minggu lagi. Jadi next week baru suku akhir GV9.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022)


Persembahan untuk minggu ke-8 GV9 menyaksikan para bintang GV buat persembahan dengan tema Kata Di Kota Nama Di Carta. Pilihan lagu malam ini adalah lagu-lagu yang pernah menggungguli carta lagu/muzik. Untuk top 4 pilihan malam ini ialah Jac dengan lagu Anuar Zain (Lelaki Ini), Bob, Shila dan Tomok. Mostly lagu-lagu malam ni best termasuklah lagu Laila Namamu Teratas, Coba dan Mentera Semerah Padi yang menjadi kesukaan Kak Bell. Mampukah Fuad Rahman membawakan lagu Laila Namamu Teratas dendangan Search dengan mantap?

Lepas persembahan tadi, memang paling power adalah Jac kemudian Tomok. Dua-dua lagu faveret ni depa nyanyi best sangat. Hazrul pun best malam ni bila bawakan lagu Widuri dengan cara unik dia. Untuk Dina malam ni rasa tak ngam arrangement lagu Hijau dengan backup performer yang buat teknik nyanyian klasik India tu. Setuju dengan kata Tok Ram lagu tu jadi macam tak de hala tuju dan terdengar kurang best. Fuad pun ada terkucil ya tapi Bunda kata ok la pulak. So far untuk lagu tu memang Amy Search bawak paling best!

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 8 (Gegar Vaganva 2022)

Untuk minggu ke-8 hari ini turut mengundang 2 bintang dari Indonesia iaitu penyanyi Cakra Khan dan Raisa di pentas V9. Memang makin menyengat dan lebih gemuruhlah tadi ye lepas dengar suara serak-serak Cakra Khan tu. Seksi sangat!


Selain GV dilanjutkan lagi seminggu, malam ni juga menyaksikan tiada penyingkiran dan Dina yang berada di kedudukan terbawah terselamat. Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu ke-8 berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh Konsert: 6 November 2022
Tema: Kata Di Kota Nama Di Carta
Lagu pembukaan: Fiona by 4U2C (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Jaclyn Victor – Lelaki Ini -85.00%
2. VE – Rozana -80.40%
3. Tomok – Mentera Semerah Padi (Dato M.Nasir) -79.00%
4. Hazrul Nizam – Widuri (Bob Tutopoly) -73.40%
5. Bob Yusof – My Baby You (Marc Anthony) -72.90%
6. Shila Amzah – Coba (Faizal Tahir) -71.20%
7. Fuad Rahman – Laila Namamu Teratas (Search) -69.80%
8. Asheed – Tiara (Kris) -63.20%
9. Dina Nadzir – Hijau (Dato Zainal Abidin) -60.60%

Anugerah Next Level Digi - Asheed Def Gab C
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - VE
Anugerah Memukau Adabi - Shila Amzah
Peserta Tersingkir Minggu ke-8 - Tiada Penyingkiran


Tugasan Lagu Minggu ke-9
Tarikh Konsert: 13 November 2022
Tema: You Like I Like
Lagu pembukaan:  Bebas (Kool) (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Jaclyn Victor – Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussin) -pilihan Asheed
2. VE - I Swear (All-4-One) -pilihan Dina
3. Tomok – Awas (KRU) -pilihan Bob Yusof
4. Hazrul Nizam – Writing On The Wall (Sam Smith) -pilihan Tomok
5. Bob Yusof – Surga Di Telapak Kaki Ibu -pilihan Hazrul
6. Shila Amzah – Survivor (Destiny Child) -pilihan VE
7. Fuad Rahman – Enter Sandman (Metallica) -pilihan Jaclyn Victor
8. Asheed –Lena Diulit Intan (Wings) -pilihan Fuad Rahman
9. Dina Nadzir – Unbreak My Heart (Toni Braxton) -pilihan Shila Amzah

Baca : Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 9 (Gegar Vaganva 2022)
Baca : Keputusan GV 9, Senarai Lagu Tugasan Dan Keputusan Mingguan


Persembahan minggu ke-9 akan membawakan tema You Like I Like di mana para bintang GV akan memilih lagu untuk bintang GV yang lain.

Jangan lupa minggu depan hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-9 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma.

gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri, gegar vaganza 2022 minggu 8 lagu, gegar vaganza 2022 minggu 8 live,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post