Hi semua! Lama sudah Kak Bell tak menghapdate resepi. Memang sekarang
    jarang betul memasak. Hari ini Kak Bell gagahkan diri buat resepi ikan air
    fryer. Buat resepi ikan yang mudah dan pantas sahaja. Memang lambat lagi lah
    kalau nak cuba resepi yang leceh sebab sis memang nak cepat dan senang
    kerja.
    Kebetulan pulak ada teman baru di dapur iaitu Air Fryer Gaabor GA-M4A,
    terujalah nak cuba. Air Fryer Russell Taylor yang lama tu masih ada lagi
    sihat walafiat. Hari ini Kak Bell cuba air fryer Gaabor warna putih model
    GA-M4A. Gaabor Air Fryer ni buatan German/Jerman dan ada satu lagi model
    warna hitam-gold iaitu Air Fryer Gaabor GA-M35A. Dari nama model tu
    sebenarnya tunjukkan kapasiti muatan air fryer. Air Fryer Gaabor GA-M4A
    berkapasiti 4 liter dan Air Fryer Gaabor GA-M35A kapasitinya 3.5L.
  
Apa yang best tentang Air Fryer Gaabor GA-M4A?
    Sebenarnya takkisah pun nak pakai air fryer jenama apa, air fryer cam ayam
    ke apa asalkan boleh pakai ada kelulusan SIRIM. Buatnya meletop risak ke apa
    niaya pula ceritanya. Kak Bell suka Air Fryer Gaabor GA-M4A ni sebab ianya
    akan masak sekata 360 darjah, tak bising yakni bunyi perlahan semasa memasak
    dan cepat sejuk lepas pakai. Lepas masak 200 darjah selsius pun, dah boleh
    pegang dan angkat air fryer. Untuk Russel Taylor bunyi dia bising sikit dan
    panas ya rabbi lepas pakai.
  
Kelebihan Air Fryer Gaabor
1) Peredaran udara panas tiga dimensi 360 °, pemanasan seragam2) Suhu boleh laras dalam lingkungan 80-200 ℃
3) Masa memasak boleh disesuaikan dalam masa 0-30 minit
4) Kapasiti besar 4L, memenuhi keperluan keluarga
5) 8 menu fungsi memasak
  Terdapat 2 Tombol berganda untuk kawalan suhu dan masa yang mudah dan reka
    bentuknya anti-melecur. Air Fryer Gaabor ni hanya datang dengan Grill
    non-stick yang boleh ditanggalkan dan mudah dibersihkan. Masa masak, boleh
    tarik tray untuk tengok masakan dan air fryer akan auto mati/auto power off.
    Ok jom tengok resepi mudah Kak Bell buat, Resepi Resepi Ikan Cencaru Pes
    Bihun Goreng Adabi. Malas aih nak menggiling sambal. Cara nak buat kejap
    bebenor.
  Bahan-bahan
  1 ekor ikan cencaru saiz sederhana
  1 paket pes bihun goreng Adabi
  Serbuk kunyit
  Garam
  Sedikit minyak
Cara memasak:
1) Siang dan cuci bersih ikan cencaru saiz sederhana.
3) Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
4) Perapkan dengan 1 paket pes bihun goreng adabi. Masukkan juga pes di bahagian dalam ikan.