Pais Tempoyak Ikan Patin Air Fryer

Hi korang! Kak Bell memang dah lama betul tak memasak sendiri ikan patin. Kalau tak silap adalah 2 tahun lepas buat gulai tempoyak ikan patin. Maklumlah kalau kat KL ni tak terajin pula nak mencari ikan patin. Lagipun rata-ratanya kalau masak tak sedap. Hehe. Tetibe pula tekak mengidam nak makan pais patin. Di opis ni pun dah ada supplier tempoyak dan ikan patin jadi senanglah sikit nak dapatkan stok tempoyak sedap dan ikan pating Pahang.


Kebetulan pula kawan kita ni nak balik ke Pahang, jadi terus kirim ajelah ikan patin sangkar dalam 500g-600g berat. Kalau nak beli ikan patin sungai betul, memang pitam lah nak membayornye nanti. Patin sangkar ni berharga dalam RM16 dan agak besar. Untuk kak Bell yang tinggal sebatang kara ni bolehlah masak 2,3 kali.


Sebelum ni, Kak Bell ada kongsikan resepi pais patin tapi buat cara bakar menggunakan kuali ajaib. So, untuk kali ini Kak Bell cuba gunakan air fryer. Maklumlah sibuk memanjang sampai nak memasak pun dah jarang-jarang sekali. Kalau nak tengok resepi lama, bolehlah klik sini > Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar.


Bagi yang tak sukakan ikan patin, sangatlah rugi korang tak cuba makan. Kalau dicuci bersih, tak hanyir mungkin ada kot selera korang nak cuba masakan patin. Untuk cuci ikan, korang boleh melumur ikan patin dengan tepung gandum atau basuh menggunakan air asam jawa/asam limau. Sebenarnya ada kejadian masa nak masak ikan patin ni, salin dulu bahan-bahan, lepas ni kita membawang kat hujung-hujung nanti ya.

Bahan A
2 bahagian ikan patin
3 helai daun kunyit
Aluminium foil
Daun kesom
1 batang serai
Garam & gula
Sedikit mentega

Bahan B (tumbuk/kisar)
10 biji cili api
1 mangkuk tempoyak
1 inci kunyit hidup


Cara membuatnya:
1) Basuh bersih ikan patin bersih dengan air asam jawa dan kelar ikan.
2) Kisar atau tumbuk bahan-bahan B.


3) Masukkan bahan B ke dalam bekas tempoyak, tambah garam dan gula. Gaul sebati.


4) Sediakan aluminium foil dan alaskan dengan daun kunyit/daun pisang.
5) Ratakan tempoyak tadi atas daun kunyit, kemudian letakkan ikan patin.


6) Letakkan baki tempoyak atas ikan dengan hirisan daun kunyit dan daun kesom.
7) Sapu sedikit butter atas ikan dan balut ikan dengan kemas.


8) Setkan pada suhu 180°C dan bakar selama 20-25 minit.

TIPS!
  • Untuk cili bergantung nak pedas macam-mana. Kak Bell gunakan 5 cili merah dan 5 cili padi hijau.
  • Sukatan garam bergantung kepada rasa tempoyak. Kalau tempoyak dah masin, sesuaikan rasa.
  • Boleh percikkan sedikit minyak guna cooking spray atau guna mentega.


Dah pun siap. Ok, mesti korang perasan yang Kak Bell tidak gunakan aluminium foil untuk gambar masakan kat atas. Ceritanya bila turun ke kedai, kedai Acheh yang biasa jual barang basah tu dah tutup tak beroperasi. Jadi ada sebuah kedai sahaja yang jual barang basah. Masa Kak Bell turun, daun kunyit dah kuning, daun kesom pun segan mati tak mahu. Disebabkan dah berhajat, jadi Kak Bell beli sahaja dan teruskan jelah plan memasak. Lagipun tekak kita sorang aje yang makan pun.


Dah sampai rumah, cari aluminium foil pula tak berjumpa. Tak pelah, balut dengan daun kunyit ajalah kan. Yang paling membaranya, masa nak blender bahan, Kak Bell perasan blender pecah! Terus naik angin dibuatnya.

Kisahnya sebelum ni budak yang menumpang di rumah Kak Bell bawak lari 2 biji batu lesung dan harini blender pula pecah. Bila ditanya baru nak mengaku salah. Nasib baiklah ada blender kering, so pakai sahajalah asalkan boleh. Memang pantang kalau orang lain gunakan barang kita tapi tak gunakan dengan hemat dan jenis yang cemerkap. Dah la 2 minggu lepas, dibantainya Thermomix Food Warmer dijadikan periuk. Habis hitam! Katanya nak ganti blender, Thermomix RM360 tu nak ganti ke?


Ok, dah habis dah kupas bawang. Sikit masa memang kena halaulah jawabnya. Walaupun tengah marah, nasib baiklah sedap masakan pais ikan patin Kak Bell ni. Apa-pun, selamat memasak pais tempoyak ye. Hehe.

CONVERSATION

15 comments:

  1. Ouishh lama dah tak pekena patin, mai jenguk sini teruih teringat rasa ikan patin yang nyam2 :"D

    Demand bayaran sewa yang tinggi dari budak tu, takde tapi2 lagi... banyak rosakkan barang berharga >:(

    ReplyDelete
  2. ikan pantin.
    tempoyak.
    pais.
    wow! sedap nyer, bella.
    aida ni x brape pandai nak uruskan dan masak ikan patin.
    and kat sini yg dijual semuanya frozen :(
    rugi nyer lah kan. so, kalau jumpa kat kedai ikan patin masak tempoyak ni, memang kami amik semangkuk penuh la.
    ni nanti nak cuba la. tapi tukar kpd ikan tenggiri lah :)

    ReplyDelete
  3. Yum!!!!!!! Sedap nyer nampak pais tempoyak ikan patin nie. Thank you for sharing the recipe sis. Nanti leh la kita cuba.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak Bell! Aduhai kesiannya habis barang kak Bell rosak sebab diorang. Pantang betul kalau dah rosak tapi tak ganti lepastu diam2 je tak ngaku salah.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan ikan patin. Next time nak try masak juga yang ini. Nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan ikan patin sebab tak makan tempoyak. Biasa jumpa yg maska tempoyak je

    ReplyDelete
  7. senangnya masak guna air fryer tak payah guna minyak banyak kan. tup tup dah tahu masak je

    ReplyDelete
  8. AM mmg suka makan patin.. nak nak patin tempoyak.. kalau memancing dpt ikan patin confirm anak2 suruh AM jasak.. lebih kurang cara bella masak cuma AM suka letak belimbing buluh.. rasa asli masam dr belimbing buluh mmg trangkat abis..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap pulak pais ikan patin ni. Saya tak pernah makan ikan patin. Tapi ramai kata sedap

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Pais tempoyak ikan pain ni. Terus Terasa nak buat jugak

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi masak pais..kita nak cuba gak lah ikut rsepi ni. Dulu masa ada maid indon dia pernah buat pais, rugi pulak x belajar dr dia..sodap

    ReplyDelete
  12. Favourite ni tapi ena makan yg mck sedara pahang masak je. Haha. Memang btol tak sembarangan makan dri org lain. Tpi tgk kak bell masak mcm berselera plak tengok

    ReplyDelete
  13. Alamak sedapnya pais tempoyak ni. Tak ada la susah sangat nak masak rupanya. Tapi rumah Iza tak ada air fryer pulak.

    ReplyDelete
  14. Waaah nampak sedap betul lah.. pro sangat nampaknya cara memasak.. Mesti sedap ni makan dengan nasik panas-panas..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya! Minggu lalu baru makan ikan patin, itu pun dapat dari kolam kawasan rumah. Nak beli kat kedai memang tak dpt la musim ni...

    ReplyDelete

Back
to top