Resepi Puding Jagung Mudah - Bella Jamal | Sepanjang Kak Bell berkongsi resepi, memang jarang sekali Kak Bell buat
pemanis mulut atau 'dessert'. Adalah Kak Bell kongsikan sebuah resepi pencuci mulut dan sampai
sekarang masih berada di dalam senarai top 10 carian tertinggi buat blog
Kak Bell. Resepi yang dimaksudkan adalah resepi Puding Sagu Gula Melaka (boleh KLIK untuk resepi). Disebabkan tiada resepi manisan, jadi Kak Bell gigih mencuba
resepi Puding Kastard Jagung sebab resepinya sangat mudah.

Ya, ini memang kali pertama Kak Bell membuat puding jagung ini. Setelah
meneliti resepi di Google, Kak Bell dapati ada 2 cara kebanyakkan orang
membuat puding jagung ni. Cara pertama yang mudah hanya gunakan sahaja bahan
asas: jagung tin, tepung kastad, gula, susu cair dan air. Untuk cara kedua,
ada yang gunakan bahan tambahan tepung jagung, cawan santan, marjerin dan juga
buah campur koktel. Kalau dah nama puding jagung pakai jagung aje lah kan, dah letak buah
koktel baik buat air koktel je. Hehe. Oklah jom risik bahan-bahan untuk resepi puding jagung kastard
Bahan-bahan
1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
secubit garam (secukup rasa)

Untuk bahan-bahan ni, Kak Bell gunakan jagung tin yang mahal sikit
termasuklah pakai tepung kastard jenama Bird's. Ada je yang murah sikit,
tapi takut tak sedap terus beli yang mahal. Walhal kalau dah tak berbakat
tak sedap jugak kan. Apapun sis cuba!
1) Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk/kuali dan kacau mesra.

2) Kacau bahan menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat
berkilat.

3) Kacau hingga bahan ada gelembung-gelembung meletup muncul.

4) Tutup api, masukkan ke dalam loyang atau bekas, tunggu sehingga sejuk
dan kemudian masukkan di dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan sejuk!

- Kacau dahulu bahan-bahan hingga sebati sebelum dimasak atas api.
- Gunakan api kecil semasa masak adunan, sentiasa kacau untuk elak berketul.
- Kacau hingga gelembung-gelembung meletup muncul menandakan puding dah masak.
- Pastikan adunan likat tadi lambat jatuh untuk elakkan puding lembik.
- Jika adunan jatuh laju dan bertali dari senduk menunjukkan adunan belum masak.
Akhirnya menjadi juga Puding Kastard Jagung Kak Bell walaupun sedikit
lembik. Buat Kak Bell yang pertama kali cuba ni, kiranya dah berjayalah.
Kalau makan sendiri, puding jagung yang tidak keras dan manis pastinya
lebih sedap. Kalau terlalu pejal tu Kak Bell tak lalu nak makan.
Terpulanglah yang mana satu jadi kegemaran korang semua. Yang penting Kak
Bell puas hati dengan rasa lemak manis dari susu cair dan manis dari
jagung untuk puding ni.

Kalau ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning
kalau tak ada pun tak pe. Kalau ada tips dan cara yang lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Selamat minum petang dan jangan lupa mencuba resipi puding jagung kastard
sedap ni! Kalau tak pandai jugak, cari je kat youtube channel sane.
fav ni..lama tk buat..saya suka yg lembik2
ReplyDeleteNampak mudah. Nak buat sangat la malas. Meh sini skit. Sedap betul nampak. Menguning je warn tu
ReplyDeleteNi letak dalam peti ais lepas tu baru makan sejuk sejuk mesti sedap. Ingat dulu kecik kecik my dad suka buat ni.
ReplyDeleteMmg dessert mudah kan..anak-anak suka sgt puding jagung, mamanya pun rajin gak buat sebab senang dan sedap
ReplyDeletelamanya tak makan pudding jagung, tengok ni kan dah craving.. tapi kedai punya pun biasanya tak sesedap buat sendiri (eh mak yang buat hehe)
ReplyDeleteSedap yer puding jagung ni. Lama betul tak buat. Pakai brand apa pun sama jer kot rasanya hehe.. yg penting sukatan gula dan bahan lain tepat.
ReplyDeletejarang nampak orang jual. mmeang saya pun minat sgt puding ni.
ReplyDeleteI pun suka buat puding kastard jagung ni Kak bell, sama resepi dgn kak bell! Sedap & senang kan kan!😍
ReplyDeleteSedapnyaaa.lama x buat puding jagung. Tengok terus rs teringin
ReplyDeletenampak sedap pulak puding ni. nak cubalah nnti terima kasih kak bell untuk resepi
ReplyDeleteSedapnyaaa.lama x buat puding jagung. Tengok terus rs teringin
ReplyDeleteMy feveret ni Bell. Thanks for the recipe. Simple dan senang je rupanya.
ReplyDeleteSaya pun suka kalau lembik lembik. Kalau yang keras tu rasa macam kering dan lekat dekat tekak
ReplyDeleteaduh bell !! ni kalau buat menu berbuka puasa ni, i tak pandang makanan lain dah.. hadap dia saja..
ReplyDeleteLama tak makan puding jagung macam ni kak bell. Bulan puasa nanti cuba buat la. Harapnya menjadi la nanti
ReplyDeletepergh kagum dengan kak bell..semua pandai buat..sedap pulak tengok puding kastrd ni..nak buat tunggu kerajinna
ReplyDeleteSenang rupanya nak buat nie. Masalahnya Rawlins malas hahahaha so tunggu Kak Bell belanja je boleh?
ReplyDelete