Sos Cajun Shellout Paling Power Hanya Di Ombak Kitchen

Kak Bell sebenarnya bukanlah penggemar makanan laut 'seafood'. Setakat hendak melepaskan keinginan anak tekak, cukup sekadar makan satu hidangan atau menikmati 2,3 ketul udang pun sudah memadai. Buat pencinta makanan laut pastinya mampu menghabiskan sepinggan hidangan udang ataupun meratah berekor-ekor ketam. Barulah seafood lover!


Bila dah bercerita tentang makanan laut, memang sinonim sangatlah dengan shell out. Sebut sahaja shell out, mesti anda akan terbayang menu makanan laut yang dihidang dengan sos pilihan di atas meja tanpa pinggan. Fenomena shell out yang telah popular kebelakanagn ini melahirkan banyak restoran-restoren yang menjadikan 'shell out' sebagai tarikan utama menu mereka.


Pernah mengunjungi beberapa restoren di sekitar KL untuk menikmati shell out. Masing masing ada resepi dan rasa yang tersendiri. Terus terang Kak Bell tidak rasa teruja sangat menikmati shell out kerana setiap kali pergi mesti tak habis dan rasa tak puas hati. Mungkin pada sesetengah orang ok, tapi pada Kak Bell memang tak kena dengan citarasa sehinggalah Kak Bell berkunjung ke Ombak Kitchen. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca terus ya! 


Minggu lalu, Kak Bell ke restoren makanan laut Ombak Kitchen yang terletak di Bangsar. Walaupun sudah berpuluh tahun duduk di Bangsar, inilah kali pertama Kak Bell sampai ke sini untuk menikmati shell out dengan sos cajun istimewa mereka iaitu Sos Cajun Ombak Crazy.

Restoren Ombak Kitchen ini menampilkan konsep berkaitan laut dan kapal dengan dekorasi hiasan dalaman yang menggunakan tali kapal, jaring pukat dan dayung sampan. Memang sangat menarik bila dilimpahi dengan lampu neon oren.



Susun atur perabot dan ruang makan luas memang cukup selesa buat pengunjung yang datang untuk makan di sini.



Pakai Tangan Jer
Konsep makan di Ombak Kitchen memang santai. Mereka mengekalkan cara makan cara tradisional hanya menggunakan tangan selain peralatan untuk menikmati ketam. Tiada sudu atau garfu gitu, pinggan mangkuk mahupun alas meja! Makan sahaja pakai tangan dan makan lah sesuka hati seperti anda berada di rumah!


Di Ombak Kitchen, masakan mereka tidak menggunakan wok-fried atau deep-fried seafood tetapi menggunakan kaedah merebus bagi memastikan kesegaran dan 'juicyness' makanan laut tersebut kekal dan lebih sihat. Terdapat pelbagai jenis menu yang boleh dicuba samada pilihan kombo atau secara ala-carte. Jika datang dalam kumpulan ramai, bolehlah pilih diantara 8 jenis hidangan kombo.


5 Jenis Sos Istimewa Ombak Kitchen
Ombak Kitchen hanya menggunakan sos hidangan Western Sauce seperti Cajun Seasoning dan Old Bay Seasoning dan masakan mereka menggunakan 100% butter dan tidak menggunakan minyak masak. Terdapat 5 jenis sos hidangan yang boleh anda pilih bersesuaian dengan citarasa anda untuk dinikmati dengan seafood pilihan anda.

  • Signature Ombak Crazy Cajun Sauce: For Spice Adventures
  • Creamy Butter Milk Sauce: Creamy but gentle on your taste buds
  • Cheezy Zesty Lemon Butter Sauce: Mild and Flavourful, minus the spice
  • Creamy Tom Yam Sauce: When East Meet West (balance of both flavor)
  • Peranakan Seri Nyonya Sauce: Creamy and little spicy

Kombo 2 Sweet Princess RM169.90

Signature Ombak Crazy Cajun Sauce: For Spice Adventures & Creamy Butter Milk Sauce
Untuk kunjungan lepas, Kak Bell memesan pilihan Kombo 2 Sweet Princess yang berharga RM169.90. Dalam hidangan ini ada Crawfish Lobster Baby, Udang saiz XL, mussel, sotong, sosej, kentang, jagung dan nasi. Untuk sos cajun pilihan pula adalah Signature Ombak Crazy Cajun Sauce: For Spice Adventures & Creamy Butter Milk Sauce.

Sos Cajun Ombak Crazy ada rasa pedas dengan tahap kepedasan sederhana dan Creamy Butter Milk Sauce memang lazat bila ditambahkan ke atas nasi semasa menikmati makanan. Paling penting tidak memuakkan.


Sos cajun signature Ombak Kitchen memang terbaik. Paling sedap Kak Bell pernah rasa sepanjang mengunjungi restoren shell out! Kedua-dua sos hidangan yang Kak Bell pilih sangat menepati citarasa dan hasilnya licin! Disamping makanan laut yang segar dan bermutu, penggunaan butter tersebut memang menambahkan lagi rasa sedap shell out mereka. Bagi penggemar shell out memang Kak Bell sarankan anda semua mencubanya. Craving satisfied!



Makanan laut di Ombak Kitchen hanya menggunakan bahan segar dan tidak menggunakan makanan laut sejuk beku. Mereka menghidangkan ketam segar dengan isi yang lebih manis dan juicy manakala hanya udang bersaiz XL (Extra Large) sahaja akan dihidangkan demi kepuasan pelanggan. Mereka juga menggunakan Kerang Hamaguri yang diimport khas dari Jepun kerana mempunyai isi yang lebih banyak jika nak dibandingkan dengan kerang tempatan. Selain daripada itu, mereka turut menghidangkan Alaskan King Crab, Canadian Red Lobster yang diimport dan banyak lagi.


Ombak Signature Drinks
Untuk pilihan minuman Ombak Kitchen ada disediakan Mocktails, Bubble Tea, Fruit Tea, Cold Cafe, Fresh Juice, Matcha dan minuman ringan.

Ombak Signature Mango Max (RM9.90), Signature Bubble Tea (RM9.90) & Tropicana Pineapple Summer (RM9.90)

Kesimpulannya, hidangan shell out yang telah Kak Bell cuba ini memang paling sedap dan power pernah Kak Bell makan. Walaupun harganya yang agak tinggi ianya amat berpatutan dan padan dengan kualiti dan kesegaran makanan laut premium di sini. Kalau ditanya, memang confirm Kak Bell akan datang berkunjung lagi ke sini! Suka dengan tagline mereka "Pakai Tangan Jer"..

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri keenakan sos cajun istimewa Ombak Kitchen, bolehlah berkunjung ke outlet flagship mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam ataupun di Bangsar. Alamat adalah seperti di bawah dan boleh rujuk laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut.


Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, 
59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: 010-2165946
Operating Hours: 12PM-10.30PM

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
5.G.01, D’Vida Business Centre, 
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Contact: 010-2205946
Operating Hours: Weekdays 5PM-11.30PM | Weekend 12PM-12AM

DELIVERY SERVICE
Order melalui panggilan/whatsapp di 010-2205946

Website: https://ombakkitchen.my/
FB Page: https://www.facebook.com/ombakkitchen/
Instagram: https://www.instagram.com/ombakkitchen/?hl=en

CONVERSATION

14 comments:

  1. best nyer.
    shah alam sgt byk tempat best utk makan :) terbaik lah.
    aida teringin nak try sos tomyam or peranakan nyonya tu.
    2 rasa yg beza. sure sedap try nyer :)
    dgn seafood yg gojes besar tu = puas makan!

    ReplyDelete
  2. Samalah iols pun suka makan seafood tapi bukanlah seafood lover. btw..iols tak pernahlah makan shell out ni..takut tak kena dengan selera je..tp tengok shell out sini mengancam habis..must try one day

    ReplyDelete
  3. Thanks bell kerana kongsikan tempat shellout nie..tengah plan nak bawa family makan-makan...bolelah cuba nie..nampak menarik dgn sos cajun tue

    ReplyDelete
  4. Uiyo Bell, nampak gambar pun dah sedap ni. Dah lah saya ni gila udang. Terliur pulak

    ReplyDelete
  5. Cantiklaa interior design Ombak Kitchen ni. Tapi seriusla Kak Bell makan 2 3 ekor udang je dah cukup. Kalau nur, tak cukup tu! Haha

    ReplyDelete
  6. Sedaonya.. kalau bawa anak2 nakan kat sini mesti dowang ecxited. Nampak semuanya sedap

    ReplyDelete
  7. sedapnya. sos cajun pun mmg dah sedia sedp kan, di tambah dengan makan dengan shellout, bertambah kesedapan

    ReplyDelete
  8. Letup la tempat nie. Sos dia pun banyak pilihan. Tapi sebagai seorang Sarawakian Rawlins sejenis tak makan pedas. Tapi teringin nak cuba sos cajun. Nanti Sis bawa Rawlins ye

    ReplyDelete
  9. Memang sedap kan? Tp kte suka buttermilk sauce tu lagi hehhe memang terangkat tp utk yg tak suka rasa terlalu creamy cajun is the best la

    ReplyDelete
  10. Amboi nama dia "ombak" teringat kat Ombak Rindu. hehehe... nama menu pula "Ombak Crazy"... berdebar pula saya baca entri sis bell ni. Meleleh liur tengok gambar udang besar tu sis + dengan sosnya... udang saiz XL kalau fresh memang best giler makan! confirm berhari hari tak move on.. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  11. Waktu Lunch ni la nampak menu ni semua. Terlior tengok. Huwaaaaa. Kena pergi ni.

    ReplyDelete
  12. wah.. TB belum lagi sempat merasa shellout atau seafood yang dihidang macam ni.. teringin gak nak mencuba yang ombak kicthen ni punya

    ReplyDelete
  13. Tengah sakit ni, memang teringinya makan sheel out..boleh plak masuk sini ada shell out..huwaaa sedapnyaa Bella..

    ReplyDelete
  14. Saje tau buat kita teringin. Nak pi makan sekarang pun tak boleh keluar rumah tengah2 musim covid ni. Bertabah ajela hehe

    ReplyDelete

Back
to top