Mesti Cuba Makanan Cina Halal Di Restoren Jibby Chow SS15

Ada penggemar makanan Cina di sini? Kak Bell sebenarnya jarang makan masakan Cina tetapi sekali-sekala tekak ini teringin nak cuba rasa masakan yang berbeza bila dah hari-hari menghadap menu yang sama. Bagi penggemar masakan Cina sudah pasti ada restoren pilihan masing-masing yang sering dikunjungi. Sebelum ini, Kak Bell pernahlah mencuba masakan Cina di beberapa restoren makanan Cina Muslim seperti Abdullah Chan, Hj. Sharin Low Seafood dan Homst. Kali ini Kak Bell mencuba pula hidangan masakan Cina di restoren Jibby Chow. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti sampai habis.


Minggu lalu, Kak Bell telah berkunjung ke restoren Jibby Chow yang terletak di SS15 Courtyard, Subang Jaya yang dahulunya dikenali dengan nama First Subang Mall. Jibby Chow merupakan rangkaian restoren di bawah Serai Group selain Jibby & Co. dan Jibby East. Bagi penggemar makanan Barat atau Australia moden, anda boleh ke Jibby & Co manakala Jibby East menawarkan makanan ‘fine dining’ dan bagi penggemar masakan Cina Muslim HALAL, bolehlah berkunjung ke Jibby Chow. Ya, anda semua tidak perlu risau kerana restoren ini memiliki sijil Halal.


Restoran ini berkonsep santai, luas dan selesa dengan susun atur perabot gaya minimalist dan moden. Selain itu, restoren ini juga dihiasi dengan barangan antik seperti pasu dan pinggan mangkuk koleksi dari China.



Terdapat 4 bahagian ruang makan yang selesa di sini dan Kak Bell sukakan suasana makan di sini dan sangat sesuai buat pengunjung yang ingin menikmati masakan Cina bersama seisi keluarga.




Umum kita ketahui yang masakan Cina ini sememangnya lebih ringkas dan lebih sihat. Kebiasaannya, masakan mereka mesti menggunakan kicap soya, sos tiram dan juga sos-sos istimewa yang lain. Di Jibby Chow, mereka menawarkan pelbagai pilihan lauk dan menu yang menarik. Semasa kunjungan yang lepas, Kak Bell telah mencuba 6 jenis menu masakan dan 3 jenis pilihan minuman.


Kunjungan kali pertama di sini, Kak Bell telah memesan hidangan nasi dan lauk pauk. Bagi yang lebih menggemari hidangan mi pun boleh didapati disini. Untuk nasi, anda boleh memilih sama ada nasi jenis beras wangi pada harga RM3.50/mangkuk dan nasi beras Basmathi pada harga RM4/mangkuk.

Jibby Chow Cantonese Style Crab Meat Fried Rice

RM19

Salted Egg Yolk Duck Meat Fried Rice

RM19

Kedua-dua menu ini sedap terutama nasi goreng itik. Semasa makan memang anda mungkin tidak perasan ianya adalah daging itik dan Kak Bell sukakannya. Selain dari 2 menu ini, anda juga boleh cuba nasi goreng Char Siew Chicken (RM16) atau Kam Heong Udang (RM18).


Untuk menu asli masakan Cina juga pelbagai yang terdiri dari menu ayam, daging, makanan laut dan juga ikan segar. Penggemar ayam, mungkin anda boleh memesan Ayam Masam Manis Cantonese Style (RM23), Lemon Chicken (RM23), Kam Heong Chicken (RM24) atau Crispy Yam Ring with Kungpao Chicken (RM29).

Sweet Sour Chicken Cantonese Style

RM23

Dah berkunjung ke restoren makanan Cina, mestilah Kak Bell tidak lupa untuk memesan makanan laut. Anda boleh mencuba menu udang, sotong atau kima dengan pelbagai pilihan cara masakan seperti salted egg, kari, Kung Pao atau Cantonese style. Harga untuk 1 set masakan udang adalah RM42, sotong RM27 dan kima RM23.

Kam Heong Clams

RM23

Salted Egg Squids

RM27

Kak Bell recommend anda untuk cuba Kam Heong Clams. Memang puas hati makan kima masak Kam Heong yang besar dan segar. Masakan ini tiada rasa berpasir atau lumpur dan rasa kuahnya pekat. Untuk Salted Egg Squid juga sedap tetapi Kak Bell lebih sukakan rasa salted egg yang lebih extra berbanding dengan jenis masakan Cina yang ada di sini. Walaubagaimanapun untuk kategori masakan Cina, rasa masakan ini memang dah memadai dan sotongnya juga tidak liat.


Bagi pilihan sayur, Kak Bell memilih Kacang Buncis goreng. Diantara ke semua menu, menu Kacang Buncis Goreng Sos XO ini menjadi top pick Kak Bell. Hidangan kacang buncis ini dimasak dengan udang kering dengan rasa yang sangat tebal. Menu yang patut anda cuba jika datang ke Jibby Chow!

Stir-Fried French Bean With XO Sauce

RM25

Untuk minuman pula Kak Bell telah pilih seperti menu di bawah. Ni Hao Coconut Mocktail ini memang sangat sedap dan Kak Bell recommend juga anda semua cuba. Bagi yang nak mencuba dessert, anda juga boleh cuba Ice Kacang (RM12), Red Bean/Lotus Pancake (RM12) atau Musang King Gelato/2 scoop (RM15).

Ni Hao Coconut Mocktail RM15
Jasmine Chinese Tea RM3
Chrysanthemum Chinese Tea RM3


Bagi anda yang ingin berkunjung ke restoren Jibby Chow, bajet untuk seorang makan adalah dalam RM30-RM50 untuk 1 hidangan lauk, nasi dan minuman. Tidak dinafikan harga makanan Cina yang agak tinggi tetapi pada Kak Bell ianya berpatutan dengan rasa dan kualiti masakan di sini. Hanya terdapat 1 saiz hidangan sahaja dan saiz hidangan mereka besar dan cukup untuk dikongsi oleh 2 orang. 


Keseluruhan menu yang Kak Bell cuba memang menepati citarasa Kak Bell untuk kategori masakan Cina. Top pick pilihan Kak Bell untuk kunjungan kali ini adalah Stir fried French bean with XO sauce, Salted Egg Yolk Duck Meat Fried Rice, Kam Heong Clams dan juga Ni Hao Coconut Mocktail. Memang Kak Bell sarankan anda semua mencubanya nanti!

Nak voucher makan di Jibby Chow?
Buat pembaca blog Ini Adalah Bellarina Natasya, Kak Bell nak berikan voucher makan percuma sebanyak RM80 buat 2 orang pembaca bertuah untuk makan di restoren Jibby Chow.

Caranya:
1) Follow akaun IG @bella_natasya dan FB Page Ini Adalah Bellarina Natasya.
2) Tinggalkan komen "SAYA NAK VOUCHER MAKAN JIBBY CHOW" di ruangan komen pada artikel ini atau di FB/IG post Jibby Chow Giveaway.
3) Tag 3 rakan di FB/IG post Jibby Chow Giveaway.

**Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2020.


Bagi yang ingin menikmati masakan Cina halal yang mewah, bolehlah datang berkunjung ke Jibby Chow. Bayaran parking juga tidak mahal, cuma RM2 per jam di lot parking atas. Lokasi mereka adalah seperti di bawah dan layari laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut. 

Jibby Chow Restaurant
G.02, Ground Floor, SS15 Courtyard, 
Jalan SS15/4G, SS 15, Subang Jaya, Selangor 47500
Waktu operasi: 10 pagi-10 malam (setiap hari)

Website: https://www.seraigroup.com.my/
FB Page: https://www.facebook.com/jibbygroup/
IG: https://www.instagram.com/jibbygroup/?hl=en


CONVERSATION

14 comments:

  1. Anak Sis dah pergi makan sini Bella, memang sedap katanya..Nanti datang sana nak suruh dia bawa Sis plak laa..cantik gile dan luas tempatnya...

    ReplyDelete
  2. terliur tengok nasi goreng dia! Boleh try ni nanti sebab harga mampu bayar. restoran dia pun cantik

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ni di bawah Serai group.. boleh la paani cuba sini lak. Abdullah chan dah try...

    ReplyDelete
  4. voucher percuma RM80? omg la sis... dah la makanan dia tengok dari gambar dah buat lapar. hahaha... tapi jauh la dari tempat saya. Tahniah untuk pemenang tu nanti. hehe.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya sesekali dapat tukar selera. Makanan cina is not bad juga rasa dia. Semua makanan ni pun nampak sedap sedap

    ReplyDelete
  6. aida sgt suka chinese food.
    sedap. berasa. yg kacang panjang dgn xo sos tu nampak ohsem.
    aida boleh ratah je sayur tu sepinggan dgn asben.

    ReplyDelete
  7. Adush! Terus kecur liur ye sebab Rawlins memang sejenis yang gemar Chinese food (almaklum mak kita pun Chinese). Terus teringat masakan my mum.

    ReplyDelete
  8. wah bestnya. saya pun suka makanan cina macam ni. best sedap2 kan.

    ReplyDelete
  9. Sesapnya makana laut tu.. Lala tu menyelerakan tengoknyaa.. Lama tak makan makanan cina ni

    ReplyDelete
  10. Baru nak rasa pelik sebab seingatnya Jibby & Co tu dieorang jual makanan barat kan. Bila Bell Jibby jual makanan cina halal, rasa pelik pulak. Bila baca baca ohhhhh, Jibby Chow rupanya. Baru tau dia ada bukak cawangan and jual jenis jenis makanan lain

    ReplyDelete
  11. Memang kena cuba ni sebab saya memnag peminat makanan Chinese. Tengok menu yang ada pun not bad lah

    ReplyDelete
  12. kita ni merupakan salah seorang penggemar makanan chinese sis. sedapnya tengok menu-menu dia. boleh buat kita mengidam tau.

    ReplyDelete
  13. Berbunyi irama keroncong bila tgk menu2 di sini.. boleh la AM ajak adik AM ke sini hujung mggu nnti.. nak cuba menu masakan d sini

    ReplyDelete
  14. Sedapnya sis semua makanan sini masakan cina ni kalau tak kena dengan cara kita tak berapa sangat tepi tengok kat sini memang menarik dan menyelerakan yang penting Halal hehehehe nak kena cuba ni...

    ReplyDelete

Back
to top