AME 2021 GUGUR DUA KATEGORI, PERKENAL TIGA KATEGORI BARU - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal AME 2021 GUGUR DUA KATEGORI, PERKENAL TIGA KATEGORI BARU

Trending

AME 2021 GUGUR DUA KATEGORI, PERKENAL TIGA KATEGORI BARU

Kemeriahan AME 2021 kini kembali lagi. Untuk tahun ini, sekali lagi Nabil Ahmad dan Jihan Muse menggalas tugas sebagai hos utama. Senarai calon ‘Top 20’ AME2021 turut diumum secara rasmi semalam ketika sidang media virtual AME 2021.


Susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sektor industri kreatif untuk negeri dalam Fasa 3, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan kembali penganjuran anugerah pilihan penonton, Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME 2021’ untuk tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.


TAGLINE AME2021 ‘Yang Fresh, Yang Legend’

‘AME 2021’ kembali lebih mantap dan meriah dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ telah dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand. Istimewa untuk para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, siaran ‘AME 2021’ juga akan turut disiarkan dalam format resolusi kualiti 4K UHD. Pengacara versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas ‘AME 2021’ selaku hos utama.

16 KATEGORI UTAMA DIKEKALKAN DI AME 2021

Format penganjuran asal ‘AME’ yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan. Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Video MeleTOP’. Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu ‘Hos MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’.

Sidang media virtual AME 2021

AME 2021 BAKAL UNDANG HOS JEMPUTAN

Untuk majlis AME2021 kali ini bakal menampilkan seorang lagi hos jemputan yang masih belum lagi diumumkan oleh pihak ASTRO. AME 2021 juga akan menampilkan persembahan mantap oleh penyanyi dan artis undangan fresh dan legend. Nantikan pengumuman seterusnya untuk mengetahui siapakan hos jemputan dan artis yang bakal membuat persembahan di malam kemuncak AME 2021 nanti.


TRIVIA MENGENAI ‘AME 2021’

1. Penyertaan ‘AME 2021’ adalah terbuka pada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit, artis-artis dan penyumbang lain dalam industri hiburan untuk mengambil bahagian.

2. Senarai pencalonan ‘Top 20’ untuk 16 kategori utama yang dipertandingkan telah disenarai pendek menerusi sesi penilaian tertutup oleh panel juri khas yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air merangkumi platform muzik, radio, televisyen, filem, digital dan pengamal media.


3. 16 kategori utama yang dipertandingkan adalah ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘Si Cilik MeleTOP’, ‘Filem MeleTOP’, ‘Bintang FilemMeleTOP’, ‘Drama MeleTOP’, ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Video MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’, ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘Influencer MeleTOP’, ‘Artis Baharu MeleTOP’, ‘Couple MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’.

4. Selain daripada 16 kategori tersebut, turut dipertandingkan ialah tiga kategori kemuncak yang ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi di kalangan calon ‘Top 5’ untuk kesemua kategori utama iaitu ‘Top Top MeleTOP Lelaki’, ‘Top Top MeleTOP Wanita’ dan ‘Top Top MeleTOP Grup/Duo’.

5. Penganjuran ‘AME 2021’ diaktifkan oleh 100PLUS selaku Penaja Utama. Dua buah kategori utama yang turut dipertandingkan iaitu ‘Influencer MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ dibawakan oleh 100PLUS. Jenama 100PLUS mengakui semangat dalam bentuk dan skala yang berbeza. 100PLUS hadir menemani supaya menjadi lebih baik dalam perkara yang digemari.


6. Manakala portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital untuk ‘AME 2021’.

7. Barisan penyanyi popular yang berpadu suara untuk menyanyikan lagu tema ‘Anugerah MeleTOP ERA 2021’ adalah Darmas Band, Dolla, Lil J, Syamel, Yonniboii dan Iman Troye. Lagu tersebut turut mendapat sentuhan Ezra Kong selaku komposer serta lirik nukilan oleh Ezra sendiri bersama Lil J.


Undian fasa pertama untuk memilih calon ‘Top 5’ boleh dihantar mulai 5 Oktober 2021, jam 6.00 petang hingga 19 November 2021, jam 6.00 petang menerusi laman rasmi www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post